Sunday, November 27, 2005

Tinta Keinsafan

Kenapa kita perlu beragama?

Zaman kegelapan di Eropah berlaku bila penduduknya patuh bersungguh dengan kuasa gereja. Namun kegemilangan sinar islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw berjaya menabrak kezulmatan itu lalu mengantikannya dengan nur yang berupaya menyuluh zaman itu beralih dari gelap menuju zaman Renaissance. Ini diakui sendiri oleh Marquis of Dufferin and Ava dalam bukunya Speeches. 'Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan.'

Di Zaman Gelap ini Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.Walau bagaimanapun institusi ini terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.Maka disitu wujud kepincangan maka gereja sering dianggap mengonkong kehidupan masyarakat Eropah.

Berbanding dengan Islam.Islam adalah cara hidup!! Meminggirkannya seolah kita mencari nahas dalam hidup kita. Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat. Islam menyarankan umatnya maju dunia akhirat. Cuma kita yang masih tak sedar dan alpa. Lihatlah apa yang berlaku di dunia sekarang apabila islam dipinggirkan dalam kehidupan. Akhlak tercabut, malu hilang, pelbagai maksiat dan kucar kacir yang timbul. Terbaru seorang anak memukul ibunya sampai mati dan membelasah ayahnya dengan parah hanya kerana ditegur agar memperlahankan bunyi tv!

P/s: Eropah pincang bila patuh pada gereja tapi kita akan hancur bila meminggirkan islam dan menganggap temeh dengan kalam dan janji-janji ALLAH. Sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH. Ameen.

Sentuhan Tinta keinsafan insanYalin