Wednesday, December 28, 2005

Catatan Sedar YALIN

26 Disember 2005 bersamaan 24 Zulkaedah 1426

SETAHUN, genap setahun tragedi Tsunami melanda. Bencana alam yang meruntun jiwa. Kebenaran yang menyayat hati. Kematian yang terpaksa ditempuhi, kehilangan yang mesti diterima walau hati menolak hebat. Kesedihan yang dihadiahkan lantaran pemergian insan-insan tersayang. Bencana peringatan dari ALLAH agar manusia sedar tiada kuasa yang lebih HEBAT DARINYA. Tiada kuasa yang dapat menandingi-Nya. Ombak ganas yang menelan manusia, meranap harta benda sekaligus menitipkan peringatan. Takziah buat semua mangsa Tsunami. Moga segala yang berlaku menjadikan iman kita lebih mantap lagi. Ameen

Ya ALLAH aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku dan dengan muhammad sebagai nabi dan rasulku.Hindarkanku Ya Allah dari segala kemaksiatan sama ada yang aku ketahui ataupun tidak. SesungguhNya kau Tuhan yang Maha AGUNG.

Hari ini juga hari bersejarah buat adik saya. Adik Abu Umar. Genap setahun usia pertunangannya dengan gadis bertuah yang berjaya menarik perhatiannya. Maka saya titipkan ucapan Tahniah via SMS kerana dia berada jauh dari Malaysia. Dia sedikit terkejut kerana saya mengingati tarikh pertunangannya. Well adik, kak udakan kakak yang baik. Mestilah kak uda ingat hari bersejarah buat adik. Moga adik saya ini berjaya dalam imtihannya dan kembali menabur jasa di tanah airnya. Ustaz Umar moga kegemilangan islam itu bisa kau bawa sekembalianmu ke Malaysia. Kak uda mengharapkan segala yang terbaik buat adik. Cayok adik Umar!

Catatatn insanYalin
Brutal in iman.

No comments: