Wednesday, December 14, 2005

Dia yang kukenal...

JIWA MUJAHID. Nama itu adalah insan pertama yang sedar akan kehadiranku dalam arena penulisan. Menggunakan nama mujahid tapi sebenarnya dia Mujahidah. Menghulur salam perkenalan buatku insan yang baru bertatih mengenal kuasa pena. Benar kehadirannya meniup semangatku untuk berkarya. Ya! Dia peminat pertamaku yang telah aku letakkan dekat dalam hati ini. Dia adik angkatku selain dari Abu Umar. Itu yang sering aku titipkan padanya jika dia bertanyakan tentang hal adik angkatku.Dia baik. Sangat baik. Selalu mengirim warkah buatku , malah dia tak pernah lupa akan tarikh lahirku. Pernah aku tersentak apabila menerima kiriman hadiah darinya semperna hari lahirku. Tidak kusangka dia ingat hari bersejarah dalam hidupku.Malah dia juga tidak lupa mengirim kad hari raya untukku setiap kali lebaran. Dia banyak membantuku dalam setiap perkara termasuk soal hati dan perasaan.

Tapi kini dia dilanda kesedihan. Sedikitpun tak mahu dikongsikan denganku. Limaza adik? Apa salahku. Mungkin seketika kakakmu ini terleka mengabaikanmu tapi jangan kau menghukum dia dengan kesalahan yang tidak disengajakan itu. Adik, benar hanya adik dan adik umar sahaja adik angkatku. Tiada yang lain. Yang lain hanya sahabat. Yang lain hanya kenalan . Sebaya kupanggil nama, setahun jagung ku gelar adik. Tapi adik lain, adik sahabat dan juga adikku. Kau harus tahu dan perlu tahu bahawa kakakmu ini sentiasa dan akan sentiasa mengasihanimu.

Lama kita bersahabat walau tanpa empat mata, percayalah adik dalam hati ini tersimpan niat untuk bertemu denganmu. InsyaAllah panjang umur, diizinkanNya kita akan bersua. Minta maaf adik andai ada tingkah yang merobek hatimu. Percayalah bukan niatku. Ingat kepercayaan perlu ada dalam pengukuhan sebuah jalinan persahabatan. Ketahuilah adik bertapa sedihnya akak bila mengetahui kesulitanmu dari insan lain. Dari kejauhan akak doakan agar ketabahan menyinari adik! Semoga awan gelap tak lama menyaluti langitmu. Ingat adik kadang kala selepas turunnya ribut petir yang meresahkan jiwa ada pelangi yang dihadiahkan-Nya kepada kita. Moga ada keajaiban yang berlaku Ameen.

BUAT ADIK UMAR. Adikku ini bakal menghadapi imtihan tak lama lagi. Sekalung doa juga buatnya agar dipermudahkan untuknya menjawab soalan peperiksaan. Cayok adik!! Adik pasti boleh!! Moga adikku ini juga berjaya. Ameen.Kak uda sentiasa doakan buat adik.

P/s: Saya ada dua orang adik kandung. Muhammad Hisham bin Yaacob dan Muhamad Zubir bin Yaacob. Muhammad Haziq adalah anak sedara saya yang paling comel!!

No comments: