Tuesday, December 13, 2005

Sentuhan rasa

Sebuah Pertemuan

3/12/2005
Alhamdulillah bersua juga akhirnya saya dengan sahabat maya saya Yamie. Cantik orangnya. Sopan dengan kerudung labuh yang dipakai. Gembira tatkala melihat kunjungan kali kedua adik Cda bersama Cik Yamie ke teratak buruk keluarga saya. Kami kemudiannya menghadiri satu majlis kenduri kahwin salah seorang sahabat di Raudhah.com. Tahniah diucapkan buat pengantin baru tersebut, moga bahagia hingga ke anak cucu plus akhir hayat. Ameen.
Petangnya adik Cda yang baik hati telah membawa kami ke Teluk Batik. Ombak yang membelah pantai itu seolah mencurah ilham pada diri untuk berkarya. Namun apakan daya masa mencemburui dan tatkala itu pena dan kertas lekang dari jemari. Kami kemudian berjalan menyusuri pantai yang damai namun akhirnya terpaksa akur akan perpisahan lantaran masa yang pantas bergerak seolah berlari. Menunaikan solat Asar di rumah Cda akhirnya pertemuan berakhir di pekarangan teratak insanYalin. InsyaAllah moga adalah pertemuan yang seterusnya. Ameen.

4/12/2005
Berangkat ke Langkawi. Bertugas sebagai organizer untuk LIMA 05. Jual tiket ma! Key in maklumat trade visitor dan juga buat pas masuk untuk mereka.Pengalaman yang 50 peratus best dan 50 peratus tak best. Seminggu duduk sana. Pengalaman yang paling best sekali ialah ketika duduk bersila di gigi air, berlantaikan pasir berteduhkan awan yang biru sambil dihiburkan dengan nyanyian ombak yang merdu. Terasa kebesaran Illahi, terungkap kehebatan pencipta. Menghayati keindahan buana seolah menyingkap satu persatu tirai hamba dalam diri. Sungguh! Kita insan yang tiada apa-apa. Bertapa kerdilnya umpama sebutir debu namun ad-din yang mengangkat dan menghadiahkan kilauan cahaya dengan rahmat dan kasih sayang dari-Nya. Menyusuri tepi pantai dengan berstokin menimbulkan pertanyaan dari seorang adik yang juga pertugas LIMA 05 dari Kuala Lumpur.Sedikit penjelasan kutitipkan buatnya.

Bertemu petugas LIMA 05 yang juga datang dari Kuala Lumpur (selain dari adik tadi). Berkepul-kepul asap yang keluar dari mulut mereka. Sama sahaja sukatannya baik yang keluar dari celahan bibir Adam atau dari dua celahan bibir merah milik Hawa.Terasa pelik melihatnya tapi itulah kenyataan yang disaksikan oleh indera ini.Kesayuan menggigit tangkai hati. Melihat pakaian mereka sahaja teringat pasal isu bungkus membungkus yang sering dibangkitkan oleh BRADERMACHO. Brad ana mula sedar kenapa isu itu tak pernah habis!
LIMA 05 berlalu dengan penuh peringatan. Banyak manusia yang kutemui memberi pengajaran dan pelajaran dalam diri. Ya, hidup ini tanpa iman bak sampan yang tiada kemudi. Hidup ini tanpa ad-din, kosong, rapuh, resah, gelisah. Masing-masing perasan hebat! Sedangkan mereka lupa ada satu kuasa yang lagi MAHA HEBATNYA, lagi BESAR KEUNGGULANNYA. Salam keinsafan.

KAWAN baru saya
LINDA organizer yang comel(orang perak tercinta), KAK ZAN jurufoto(orang Batu Pahat), Bro AMIR yang hensem tapi dah berpunya kih kih kih, AH KUAN, Si kembar SIU MEI dan SUI SHI, Pak Cik DIN, Pak Cik Hamid,Pak Cik Khalid (kiranya semua pertugas LIMA 05 dari Perak) serta semua makcik-makcik dan kakak-kakak cleaner adalah kawan baru saya. Setiap kali saya berbual dengan mereka (kakak2 dan makcik2 cleaner) mereka akan mengucapkan terima kasih buat saya. Muka mereka juga sentiasa mempamer senyuman dan telah saya katakan orang melayu memang berbudi bahasa walau tidak semua.

Catatan sedar insanYalin
P/s: Kain Batik, coklat yang beraneka rupa, kain pelekat, kesedaran + pelajaran ku bawa pulang dari Langkawi. Selamat tinggal Langkawi bisikku tatkala feri berlabuh lalu kami menyusur meningggalkan jeti yang semakin lama semakin mengecil dari pandangan. Salam.

No comments: