Tuesday, January 17, 2006

hehehehe

Alhamdulillah kereta dah siap!! Esok mulalah rutin saya mengajar seperti biasa. Ayah pagi-pagi tadi dah call. Pergi ambil duit dekat bank pastu jangan lupa cuci kereta sekali dengan enjin. Huhu itu pesannya. Syukran ayah yang pasti RM 640 ayah telah melayang. Sikit pun ayah tak marah cuma dia ingatkan yang kereta itu bukan berharga 20 sen. Itu pun melalui emak. Alahai terasa bersalahnya saya. Masa nak ambil kereta itu saya tanya kat mekanik itu. Apa masalah kereta itu sebenarnya? Orang itu cakap biasalah dah jauh berjalan mmglah jadi lagu itu. Hahaha terubat hati saya. Tapi mak kata saya ini mmg ganas bawa kereta compare dengan adik saya Hisham. Zubir pula kata : Kak Lin ini bawa kereta tak macam abang. Abang kalo dengar kereta bunyi dah lain sikit dia slow Kak Lin bukan nak slow. Kak Long pula marah: Lina ini bla…bla..bla.. kereta bla..bla. Hehehe yang pasti memang salah saya!!! Saya mengaku kadangkala saya bawa lebih 80 km/j . Cuma kalau dengan emak ajer saya bawa 60 hingga 70 km/j sebab mak saya takut. Saya yang bersalah bersedia untuk dihukum dengan rela hati. Kononnya.

Saya ini pantang nampak buku. Baru-baru ini saya ke kedai buku Rhythm untuk mencari buku rujukan/latihan buat students saya. Tiba-tiba saya ternampak sebuah buku yang bertajuk 7 Formula Individu Cemerlang by Dr. Danial Zainal Abidin. Apa lagi buku rujukan saya tak beli buku itu yang saya bayar.( Buku rujukan yang saya nak tak ada sebenarnya). Saya mula menghadami buku itu. Minda saya sedikit terketuk membacanya. Walaupun tak habis lagi tapi banyak yang saya dapat dari buku itu antaranya:

1. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca Quran, paling bertaqwa kepada ALLAH, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan yang paling suka menghubungkan silaturahim.

2.Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan ALLAH. ALLAH menyatakan dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud : Sesiapa yang berpaling daripada peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.

3.Atara ciri-ciri penting dalam formula keunggulan yang dihayati oleh sahabat nabi saw ialah:
-Mengenali peta hidup dengan mendampingi Quran
-Memulakan perubahan dengan diri sendiri menuju taqwa
-Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan.
-Berperanan mencegah kemungkaran
-Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran.

InsyaAllah mati dan hidup saya untuk Allah. Kadangkala kita sibuk nak jaga hati manusia dan lupa peringatan ALLAH. Menjaga hati manusia yang juga setaraf hamba sehingga menabrak perintah ALLAH. Bukan bermaksud hubungan sesama manusia itu tak perlu dijaga tetapi jangan sampai hubungan dengan manusia itu lebih kita agung hingga melanggar perintah ALLAH. InsyaAllah ini ingatan buat diri saya sendiri serta kalian yang membacanya. Moga kita jadi hambaNya yang benar-benar taat. Ameen.

Haziq kesayangan saya.

Dia buah hati saya, kesayangan saya, si comel saya. Dia dah 8 bulan hari ini. Gigi ada 4 batang. 2 atas 2 bawah. Dia tak pandai merangkak tapi dah berjalan lebih dari dua langkah. Mulutnya sentiasa bising. Pandai memanggil mak..mak ..mak. Jenuh saya ajar dia cakap uda…uda..uda, agar dia dapat panggil saya mak uda. Haziq..Haziq kaulah ratu hati mak uda. Sayang Haziq . Muaaah!

Madah cinta Yalin
Cinta bukan hanya lafaz perlu iringan keikhlasan hati bersulam perbuatan. Cinta ibarat iman mengaku dengan lidah, membenar dengan hati disulami dengan amal. Maka cinta itu perlu iman agar sesekali tidak mengundang murka Khalidnya.

Catatan insanYalin
17 januari 2005 bersamaan 17 Zulhijjah 1426

No comments: