Monday, January 23, 2006

Tanpa Tajuk

7 Formula Individu Cemerlang by Dr Danial Zainal Abidin

Alhamdulillah formula yang pertama berjaya saya khatamkan. Mengenali kehebatan dan pontensi diri. Umat islam disarankan jangan bersifat inferior atau rendah diri berdepan dengan kegawatan hidup pada hari ini. Jangan pula bersifat superior agar tidak memakan diri sendiri.Islam adalah ad-din yang hebat! Penganutnya seharusnya hebat seiring ad-dinnya. Ini dibuktikan dengan perkataan A.M Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam yang bermaksud : Kebangkitan Islam adalah satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses tu ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya mnenegakkan dunia baru yakni dunia Islam.

As-Syeikh Hassan an-Nadwi di dalam buku Maza Khasiral Aalamu Binhithaatil Muslimiin (Eh apa tajuk buku ini ya dalam BM?) merumuskan beberapa punca kejatuhan umat islam pada hari ini.
1.Kepimpinan berpindah pada orang yang tidak layak.
2.Politik dipisahkan dengan agama.
3.Pemimpin dan para penguasa Muslim menunjukkan contoh yang buruk
4.Para ilmuwamn Islam gagal memperkembangkan ilmu.
5.Timbulnya Bidaah dan kesesatan dalam dunia Islam.

Mencontohi keunggulan Zulkarnain.

Formula Islam yang dibawa Nabi saw mampu melahirkan lebih ramai Zulkarnain yakni pemimpin yang menguasai timur dan barat, namun timur dan barat tidak menguasai beliau. Yang menguasai beliau adalah petunjuk Allah yang berada di dalam hatinya. Beliau yang membina tembok yang memisahkan yakjud makjud dari terus melakukan kerosakan di muka bumi.Keunggulannya dan kehebatannya tidak dapat dinafikan serta mempunyai sebab antaranya.
1.Jelas Destinasinya: Berwawasan
2.Fikir Global: Mempunyai Misi
3.Memiliki Kompas Hidup: Bertaqwa.
4.Sentiasa Mencari dan Membuka Peluang: Berminda Strategik
5.Menguasai Ilmu Besi dan Tembaga: Menguasai Teknologi.
6.Mendengar dan Memahami: Berkomunikasi secara Efektif.

Buku ini best sesangat. Belilah rugi kalau tak beli. Ini baru Formula yang pertama (itupun tidak merangkumi semua) belum lagi yang keseterusnya. Formula kedua, ketiga seterusnya hingga ke tujuh. Bila meladeninya pasti ada sesuatu yang akan kita dapat. Pastinya! Sungguh!!! Tak caya keluar duit ,pergi kedai, beli and baca. Salam.

Kerinduan yang memuncak.

Entah kenapa rindu dalam diri ini menghimpit nubari. Terkenang sahabat handai KBMUPM. Terkenang kemesraan yang terjalin, ikatan yang terpatri. Betapa kerinduan ini membawa saya melangkaui jendela alam nyata hingga sering dipandu oleh kenangan silam. Pantas tangan memugar album lama. Cuba menyegarkan kenangan tatkala bersama mereka dulu. Bergerak secara Jemaah melambangkan kekuatan. Saling ingat mengingati dalam perkara kebaikan itu kemanisan yang teramat. Bantu membantu dikala kesusahan itu nikmat yang terbesar. Kasih sayang yang terbina ibarat saudara merupakan kebahagian yang tidak terkata. Sanggup bersusah payah demi kemakmuran bersama merupakan anugerah yang paling berharga.

Sungguh! dulu bila lepa ada insan yang mengingatkan. Dulu bila terleka ada nasihat yang dititipkan. Dulu tersalah laku ada tangan yang menghalang, mulut yang menegur dengan penuh hikmah. Dulu segalanya dibuat secara berjemaah. Menghadiri, mendengar juga sesekali menyampaikan sedikit ilmu dalam usrah. Apa khabar agaknya anak buahku? Moga semuanya berjaya di dunia dan akhirat. Apa khabar sahabat-sahabatku? Moga moto Hidup Biar Berjasa itu kita pegang sampai bila-bila. Dan kejauhan ini tidak melenyapkan segala apa yang pernah terbina. Buat semua sisters dan adik-adik KBMUPM . Kekalkan kemantapan kalian. Kak Lina merindui kalian..

No comments: