Wednesday, March 22, 2006

AMARAN EMAK!!!

Nak BOMOHKAN!!

Heheh dalam era kemajuan ini, masih lagi yang percayakan bomoh. Entahlah mungkin ya mungkin juga tidak. Tapi yang pasti benda ghaib itu memang ada. Kalau tidak masakan kita diberi menghayati rukun iman yakni percaya dengan yakin, (mengaku dengan lidah, membenarkan dalam hati serta melakukan dengan amali= makna iman) akan benda-benda yang kita tidak nampak dengan mata kasar yakni malaikat dan sebagainya.
Mak. Mak saya nak bomohkan saya. Dia kata nak buat saya benci menulis. Saya terlalu lalai dan lepa sehingga membiarkan Ijazah Biokimia kelas kedua atas saya menjadi kertas yang tak berguna. Tambah lagi sepupu saya menanyakan umur saya. Dan menyatakan amat rugi sekali jika saya membiarkan Ijazah saya itu begitu sahaja.
Lantunan irama mengetik jari yang menari dengan alunanan irama sutera bicara kata amat mengasyikkan saya. Tanpa saya sedar menjangkau usia 2 tahun saya telah menganggur (Emak saya kata saya penganggur walau saya sebenarnya bergerak sebagai guru tuisyen di Sek. Henry Gurney Batu gajah, dua buah pusat tuisyen yang lain dan hometuisyen) huhuhu saya kena cari kerja lantaran risau tarian pena saya akan terhenti setelah dibomohkan emak.
Saya Azlina, lulusan Bac.Science(Hons) Biochemistry dari UPM ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan saya. Sila hubungi saya secepat mungkin. Hantaran permintaan anda kepada alamat email saya putri_kataknay@yahoo.com Saya akan berusaha bersungguh-sungguh sebab saya tak mahu dibomohkan emak. Lantaran cinta saya pada dunia penulisan. Salam.

1 comment:

abdullahjones said...

dan kamu tidak melinkkan blog saya di sini! mahu di bomohkan saya?