Thursday, March 02, 2006

Bukan SEMUa Orang!!!

Bukan semua orang dapat menjadikan kerja itu sebagai satu hobi. Tanpa cuti dan rehat yang mencukupi. Siapa bisa kekal hebatnya. Bahana kita manusia, insan yang lemah serta sarat beremosi . Kesibukan buat kita keletihan dan sedikit demi sedikit semangat yang cuba kita jana kian luntur. Tambah bila apa yang kita buat tidak dihargai, apa yang kita buat tidak mendatangkan manfaat buat mereka. Secara langsung menyumbang pada lunturnya semangat perjuangan yang cuba kita jana setiap masa. Kita berusaha membuat nota buat mereka tapi mereka langsung tidak menghargai. Benar. Manusia ini memang begitu. Lantaran itu sifat manusia maka dilabelkan dengan nama insan. Sukar menghargai apa yang senang diperolehi dan akan mula mencari bila segalanya hilang.

Dalam tiga bulan eksperimentasi diri bermula. Saya cuba bekerja tujuh hari seminggu. Mulanya saya benar-benar seronok. Teramat sangat! Tambah bila orang yang saya sanjungi menjadikan kerja sebagai satu hobi semangat saya teruja untuk menjejaki langkahnya. Dia sifu saya. Saya perlu dan mahu menjadi seperti sifu saya!! Bahana kepingan kehebatannya menempiasi hidup saya. Dia menjadikan kerjanya sebagai hobi, melakukannya dengan senang hati dan penuh keikhlasan.Saya ingin mencontohinya! Tapi sejak dua menjak ini keripuhan saya meragut kebebasan tarian pena saya. Hidup saya jadi kosong! Benar-benar kosong. Cinta saya, saya telah abaikan sedangkan saya hidup selain mendamba cinta Allah dan keluarga menulis adalah kecintaan saya. Maka saya dah tak larat lagi!! Saya perlukan rehat! Saya perlukan cuti walau sehari!!!!

Saya sunyi dan rindu untuk mendengar ketukan jari menyentuh papan kekunci. Saya ingin selalu menyentuhnya dengan sentuhan sayang dan penuh kecintaan. Bulan depan insyaAllah saya akan create satu hari cuti untuk diri saya. Dah lama saya tak sujud padaNya tanda syukur dikedinginan malam, dah sebulan bacaan saya masih terhenti di juz yang sama. Dah dekat sebulan tangan saya lupa memegang al-mathurat. Betapa lalainya saya dalam mengejar cinta dunia dan manusia. Saya perlu kuat , sedar dan insaf!!!!!!

Kerja memang Hobi tapi bukan seumur hidup saya akan saya habiskan dengan kerja!!! Saya kena bijak!! Anak Pak Acob kena bijak senantiasa!!! Yahooo!!!! Nanti saya cuti sehari seminggu!!!!! Saya dah letih bekerja tujuh kali seminggu. Selamat tinggal bulan 2. Moga bulan 3 menjanjikan kecermelangan buat saya. Eh!! Sifu saya lahir bulan tigalah!! Heheheh


P/s-Gambar kartun yang cute itu.Pelukisnya namik_pasha. Syukran buat dirinya. Pertama kali dalam hidup saya ada orang tujukan lukisan itu buat saya. Saya suka sangat. Suka sangat melihat muslimin berkopiah, bercermin mata dan berjanggut!!! Huuhuh. Muslimat pula saya suka yang berbaju kurung. Sebab comel sangat.


Buat students saya yang melawat blog ini. Ini kata-kata semangat buat korang yang cikgu ambil dari Dr Syukri pakar motivasi . Titipan semangat buat korang dan juga cikgu!!!

·Saya yang menentukan hidup saya
·Semua A bukan senang tapi tak mustahil
·Jangan beri dalih tapi kata boleh
·Yang dulu dah terlepas yang datang jangan melepas
·Lawan!! Jangan layan perasaan malas
·Paksa diri bukannya manjakan diri jika mahu berjaya
·Kita sebenarnya jauh lebih baik daripada yang kita sangkakan
·Gila-gila nak jadi yang terbaik
·Lebih baik sakit kerana displinkan diri daripada sakit kerana menyesal
·Untuk mendapatkan yang lebih besar, kita mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil.

Jangan malas ya korang!! Cuba sehabis baik!!
insanYalin

1 comment:

abdullahjones said...

oooo..ada blog.