Monday, March 06, 2006

Hati ..wahai hati

Wahai hati,
Jangan kau mati,
Jangan menurut kata nafsu nanti kau lesu,
Setiap diri pasti merasai mati…itu pasti,
Tapi jangan kau mati wahai hati
Sebelum diri ini merasai mati…
Aku merayu

Yalin 06

Lapan perkara mematikan hati, mengikut Ibrahim bin Adham

1.Mengetahui hak ALLAH tetapi tidak menegakkan hak itu.
2.Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
3.Mencintai nabi tapi mengabaikan sunahnya
4.Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
5.Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
6.Takutkan neraka tapi melakukan maksiat.
7.Mahukan syurga tapi tidak beramal solih.
8.Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

Sayu menyelinap di pagi Jumaat lalu.

Alhamdulillah mulai minggu depan diri ini akan melangkah kembali ke Sekolah Henry Gurney BG. Teringat hari Jumaat yang lepas apabila saya menemui Puan Sapiah membincangkan tentang jadual untuk saya bertugas di sana. Saya gembira sebab memang merindui mereka. Ramai yang dah keluar serta memulakan kehidupan yang baru. Saya mendoakan agar mereka terus ceria dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Moga mereka tidak menjadikan sejarah silam ini sebagai gelombang hidup mereka kelak. Pada saya yang berlalu biarkan tapi yang bakal mendatang kita usaha sehabis baik.

Masa saya melangkah keluar dari penjara kecil itu. Terdengar laungan suara memanggil cikgu. Saya menoleh. Majibah (bukan nama sebenar) rupanya. Pantas kaki berpaling dan terus menghampirinya. Dia juga begitu. Saya cium pipi kiri dan kanannya dia mencium tangan saya. Matanya berair. Terharu saya. Sebak menjalar dalam diri saya. Saya cuba mencipta suasana ceria. Lantas bertanyakan tangannya yang tercalit warna cat. Rupanya dia tengah membancuh cat. Sebak saya bila dia menyatakan bahawa rakan-rakannya (bekas anak murid saya) yang dibebaskan bulan 12 tahun lalu menanti hadirnya saya. Terkilan juga saya mendengarnya tambahan tidak berkesempatan menemui mereka di saat akhir. Kalau saya tahu mereka menanti saya pasti saya hadir. Dari kejauhan saya doakan agar mereka berjaya dalam hidup. Pengharapan yang benar.

Ingat lagi dulu saya selalu memberi mereka membaca dan mengomen cerpen-cerpen saya. Malah ada di antara mereka yang mengedit cerpen saya. Membetulkan ejaan yang saya terlepas pandang. Hahaha. Gembira bersama mereka. Menjelang raya saya menerima kad hasil buatan mereka. Mereka memang kretif. InsyaAllah minggu depan saya akan melangkah lagi ke sana. Menyambung animo seorang guru yang tidak pernah terpadam.Walau hanya sekadar guru tambahan kejayaan setiap murid saya dambakan. Henry Gurney, Cikgu datang lagi!!!

insanYalin 06

No comments: