Thursday, March 09, 2006

Puan/Cik dan Hari Jadi

Salam pagi KHAMIS.

Semalam hati saya tercuit. Terima sepucuk surat dari DBP menyatakan cerpen yang saya hantar untuk menyertai peraduan telah diterima. Mulanya saya ingat surat itu bukan milik saya kerana pangkal nama berbunyi PUAN. Bila saya amati rupanya memang nama saya. Rasa janggal pula melihat pangkal PUAN pada nama saya sebab saya CIK. Gelaran CIK itu masih saya bawa hingga kini. Surat yang tercatit Puan InsanYalin buat saya tersenyum. Saya Cik. Susah-susah panggil Mak Uda. Hahahah.

Hari ini hari jadi adik saya Zubir yang ke 13. Pagi-pagi lagi sudah kedengaran nyanyian lagu SELAMAT HARI JADI buat dirinya sendiri.Ingat lagi dia lahir tahun 1993.9/3/1993. Masa itu saya berada dalam darjah enam. Adik saya Hisham darjah 5. Kak Long tingkatan 3, Kak Ngah tingkatan 2. Gembira menyambut kelahiran adik yang bongsu. Lepas saya SPM. Dia baru tadika. Sayalah yang pergi menghantarnya ke sekolah. Dan ingat lagi dia menangis di bawah pokok rambutan depan kedai Pak Hassan sebab tak nak masuk ke kelas yang tinggal lagi beberapa meter sahaja lagi. Zubir..Zubir. Kelakar Kak Lin rasa bila terkenangkan adik. Moga bila besar nanti adik jadi insan berguna. Ameen. Nak bagi adik hadiah apa ya? Erm??

Renungan Buat hari ini

PesaNan Saidina Umar Al-Khatab

Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah
Dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan
dan hati yg sabar terbentang di dada.
Lisanmu perlu dikunci , matamu perlu dikendali,
Rahsiamu disembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja.
Namamu jangan terkenal , pintumu ditutup , mulutmu tersenyum,
Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu dipendam dan keaibanmu tersohor
Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman,
Sedangkan hatimu menurut,
Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-Bangkitkan,
Ambillah kesempatan pada malam itu ,
Jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.

insanYalin 06

No comments: