Monday, March 27, 2006

Saya anak emak!!!

Pesta Buku

Saya nak pergi sangat pesta buku. Saya suarakan pada emak. Saya khabarkan pada ayah. Ayah hairan. Kau nak beli buku sampai nak ke KL? Mak tanya. Kau nak beli buku apa?. Alahai, saya pencinta buku yang tidak mendapat kelulusan dari emak ayah untuk ke PWTC. Zahirnya mereka mengizinkan tapi saya tahu bagi-bagi mereka itu sebenarnya tak bagi. Saya bungkam. Duit RM450 yang saya peruntukkan untuk beli buku saya masuk tabung. Saya jenis manusia yang tidak suka merayu tapi kuat merajuk. Moga satu hari nanti mereka faham akan minat saya. Saya tak salahkan mereka. Kerisauan mereka terlampau gah sukar untuk saya patahkan. Kalau saya anak lelaki , mungkin kerisauan mereka itu tidak berbaki. Saya akan pastikan satu hari nanti pasti saya akan menjejak kaki saya ke pesta buku.Tempat yang nak sangat saya pergi!! Huhuhu hati saya menangis lagu ‘Jangan sakiti hati ibu ayah’ nyanyian kumpulan nasyid Wildan.

28 Mac 2006

Hari bersejarah buat sifu saya. Selamat hari lahir sifu. Anak murid doakan agar sifu semakin hari semakin mantap dan ceria sokmo. Sifu syukran atas tujuk ajarmu, teguran dan nasihat bukan sahaja pasal karya, malah kehidupan dan cinta. Moga Allah membalas segala kebaikanmu dengan ganjaran pahala yang besar. Ammen. Sempena hari lahirmu ini. Anak murid menghadiahkan satu sajak buat sifu

Sifu
Syukran
Nasihatmu
Tujuk ajarmu
Teguranmu
Akan ku jadikan panduan
Sepanjang hayatku
Akan aku kenang sehingga hancur
Tubuhku dimamah bumi
Syukran sifu syukran.


Cerpen Yalin.
Intro cerpen baru Yalin. Erm… idea yang tercurah lantaran cinta itu tak semestinya indah dan bahagia. Ada juga cinta derita. Bila hanya kita yang menyinta bukan si dia.

I
Saya pun tidak selalu rindu kat awak.Pastu awak tak pernah hadir dalam setiap mimpi saya walaupun istiqarah. Lagi satu saya pun tak tahu apa yang saya dan awak sedang buat sekarang.Cintakah?

Terkedu Yasmin membaca mesej tersebut. Berkali dia membaca menuntut kepastian dari setiap bicara bisu yang diladeni oleh inderanya itu. Spontan tangannya meletakkan handsetnya ke sisi walhal sebentar tadi dia terlalu ghairah untuk berbalas mesej dengan syabab itu. Dia mengiringkan badannya. Panas. Ada mutiara yang mengalir. Semakin lama semakin mendudu. Hatinya benar-benar sakit. Kenyataan itu umpama menelan belati tajam yang ditelan luka. Bukan sahaja luka malah melumat hancurkan hatinya. Matanya dipejam rapat. Cuba menenangkan gelodak hati yang bergelora. Kesakitan yang tak terperi. Aku harus tidur. Moga jagaku nanti segala perasaan ini akan lenyap, bisik Yasmin di dalam hatinya.

P/s: Oh ya, ada orang kata saya kejam lantaran watak Syakirah yang tidak menyambut cinta Anuar Fikri dalam cerpen Akukah yang terlewat? BS 94. Hehehe itu hanya cerita adik bukan reality tapi saya gembira bila dia menghayatinya dan sudahnya saya terlebal KEJAM. Kuang kuang kuang.Kejamkah saya? Nanti ya saya pejamkan mata saya. Mencari KEJAM dalam diri. Huhu salam.

No comments: