Saturday, April 22, 2006

Kancil Merah Yalin

Hari ini saya sungguh bersemangat nak pergi kerja. Pagi-pagi lagi saya dah bersiap. Pagi ini saya ada kelas dengan Hadri dan Faeiza. Pukul 11 nanti dengan Hanessha. Pukul dua nanti di Sekolah Henry Gurney. Petangnya pula dengan Alvin. Tapi yang bestnya kereta saya pagi ini tak boleh dihidupkan. Saya dah tergelak sorang-sorang. Saya lupa tutup lampu kereta semalam!!!! Pasti mak saya bising! Pasti nanti saya akan terlabel cuai kuasa sepuluh juta.

Saya masuk rumah balik dengan wajah yang tersengih-sengih. Heheh keta tak boleh start. Hari ini cuti!!!! Saya khabarkan pada emak. Nasib baik mak tak marah tapi mak cakap saya cuai. Mak dan Kak Ngah kemudiannya mengira kecuaian saya. Berapa kali saya terlupa tutup lampu kereta. Heheh saya gelak jelah. Kak Ngah yang kebetulan cuti hari ini tolong saya tengokkan kereta. Ceh macam pandai jer minah itu. Heheh. Saya pula sibuk hantar mesej untuk batalkan kelas hari ini. Tak pasal-pasal saya cuti hari ini.

Kak Ngah kemudian tefon husband dia. Kak Ngah kata keta itu kena tolak. Maka Kak Ngah, Kak Long dan saya menolak keta. Tak sangka keta itu bergerak , rasanya sebab saya yang terkuat antara mereka kut ( Heheh perasan sungguh!!).

Bunyi alarm membinggitkan deria dengar. Last-last sekali saya minta tolong orang di depan rumah. Lupa lak depan rumah ada bengkel kereta.

Kesimpulan daripada kisah ini dengan mengambil kata-kata nasihat dari ayah. “LAIN KALI BAWA JER KERETA ITU, TAK YAH TENGOK AIR BATERI, TAK YAH CHECK APA-APA.” Hehehe anaknda faham ayahda. Lain kali anakda janji tak buat lagi.

P/s: Maafkan cikgu hari ini yer. Kereta cikgu rosak nak buat cam mana. Tak per lain kali kita ganti. Oh ya saya tak pernah pandang rendah pada sesiapa. Buat adik saya itu, saya minta maaf kalau dia ada terasa dengan kata-kata saya. Saya tak maksudkannya. Peace kay.

Thursday, April 20, 2006

myopia

Haha. Entahlah apa kena dengan saya ini. Pagi semalam saya bangun siap pijak cermin mata saya sekali.(Terpijak sebenarnya) Terkeluar kedua-dua cerminnya. Nasib menyebelahi saya sebab cerminnya tak pecah dan bingkainya tak cedera parah sangat. Heheh hari ini saya pakai cermin mata yang sengit sebelah.Walaupun kesengitannya tak dapat dikesan oleh indera dengan pandangan sepintas lalu. (Siapa yang nak pandang wajah saya lama-lama heheh) . Tapi ketidakselesaan itu milik saya. Pagi tadi lepas mengajar saya terus pergi kedai cermin mata untuk buat cermin mata yang baru. Hehehe.

Anak murid: Cikgu macam mana cikgu boleh pijak cermin mata cikgu?
Cikgu Yalin: Cikgu tidur bawah. Tak suka tido atas katil. Letak spek kat tepi bantal selalu atas meja. Maka selamatlah.

Yalin dan spek matanya tak dapat dipisahkan sebab dia myopia. Rabun jauh. Fakta sains-Rabun jauh disebabkan imej yg terbentuk dekat iaitu sebelum retina atau di depan retina. Kawasan yang sepatutnya imej jatuh. Eye lens terlalu tebal dan eye ball terlalu panjang. Atasi dengan pakai cermin mata kanta cekung. Ingat itu murid-murid tingkatan dua. Heheheh.

Sunday, April 16, 2006

ceriTa Yalin

Alhamdulillah. Orang kata rezeki itu dari ALLAH. Dan sememangnya benar dan teramat benar nyatanya. Syukur Ya Allah atas limpahan rezekiMu. Moga aku ini jadi hambaMu yang bersyukur. Ameen. Seperti biasa setiap hari Jumaat dan Sabtu Yalin mengajar di HG. Yalin suka mengajar di sana. Yalin suka dan sayang budak-budak itu. Setiap kali Yalin datang mengajar, mereka akan cium tangan Yalin. Sebagai balasan Yalin kucup pipi kiri dan kanan mereka. Yalin nak mereka tahu yang Yalin sayang mereka dan nak mereka berjaya. Yalin selalu share apa yang Yalin tulis dengan mereka. (Karya Yalin). Mereka baca semua cerpen Yalin. Yalin memang selalu minta pandangan mereka. Antara cerpen-cerpen Yalin yang mana yang mereka suka baca dan dengan senang hati mereka akan mengomen karya Yalin. Yalin terima seadannya.

Dulu Yalin pernah buat cerpen yang bertajuk Animo Seorang Guru. Cerpen itu Yalin tuju buat Akiey. Akiey dah kelaur dari HG dan kini dia anggap Yalin sebagai kakak dia dan Yalin anggap dia sebagai adik Yalin. Baru-baru ini Peja pula suruh Yalin buat cerpen cinta untuknya. Yalin senyum. Yalin janji nanti Yalin buat untuknya. Ika pula minta Yalin carikan untuknya doa untuk terang hati. InsyaAllah nanti cikgu bagi buat Ika.

Petang tadi Yalin dapat mesej dari seorang anak murid. Mesej dia berbunyi:- Cikgu, cerpen-cerpen cikgu ini best tapi saya tak suka . Ending dia tak syok la. Sedih ajer. Saya tergelak saya balas. Cinta tak semestinya bersatu. Tapi dia kata cerpen cinta cikgu semuanya tak bersatu. Saya senyum sendiri. Entahlah kenapa saya suka buat sad ending? Tit Tit . Datang lagi mesej darinya. Cikgu ini selalu gagal dalam cinta ke?Pasal itu kot tulis ttg cinta yang tak kesampaian.
Kuang kuang kuang . Sabarjelah budak tingkatan tiga sorang ini. Bila masa pula saya gagal dalam percintaan. Hampir suku abad saya tepis cinta cintun ini. Baru-baru ini jer saya baru nak belajar bercinta. Huhu saya gelak melihat reaksi pembaca cerpen saya.

Image hosting by Photobucket

P/s: Haziq saya semakin comel. Dia dah pandai sangat-sangat. Dialah penyeri hidup dan cinta saya. Cinta itu luas maknanya. Salam dari Yalin

Monday, April 10, 2006

KEkaSIH ALLAH

Kekasih Allah

Tersentuh hati ini menghayati ‘Air Mata Rasulullah’,
Ya Rasulullah kaulah lambang cinta sejati,
Jika insan lain terlalu mengagungkan cinta Romeo dan Juliet,
Tika insan lain terpegun dengan lambang cinta Taj Mahal,
Namun hatiku keras menyatakan ,
Yakin menobatkan dirimu lambang cinta sebenar.
Meletakkan dirimu di kedudukan teratas cinta abadi.

Ya Rasulullah,
Saat pemergianmu menusuk kalbu,
Kisah cinta maha hebat,
cinta suci yang tiada tandingan
dada menjadi sebak….
Tanpa disedari manik-manik jernih membasahi pipiku,
Air mata kesyukuran….syukur kupanjatkan padaMu Ilahi kerana
menjadi umat Nabi Muhamad saw,.
Syafaatmu kuharapkan dan kudambakan.

Rasulullah,
Bila mana datang si dia penghapus nikmat sementara,
Bilamana hadir si dia yg memisahkan pertemuan di dunia menghadapmu,
Walaupun dikhabarkan Jibril berita gembira ,
Pintu-pintu langit telah terbuka ,
Para malaikat menantimu, syurga-syurga terbuka luas,
Mengalu-alukan kedatanganmu Ya Kekasih Allah,
Tapi ianya tak bisa mengundang bahagia di kalbumu,
Di fikiranmu hanya tegambar nasib umat mu bila ketiadaanmu,
Betapa kasihnya dirimu terhadap umatmu,
Betapa cintanya dirimu terhadap umatmu,
Betapa sayangnya dirimu terhadap umatmu,
Sampaikan sanggup bersabda ,
“Ya Allah..dahsyatnya nian maut ini , timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku , jangan pada umatku”

Ya Allah bertapa terharunya , tersentuh jiwa ini membacanya…..
Betapa diri ini rasa disayangi , terasa dicintai…..

“umattii , umatti , umatti “ hanya itulah yg kau lafazkan hingga akhir hayatmu.
Maka berakhirlah hidupmu wahai kekasih Allah,
Insan yg menyinari alam dengan cahaya kegemilangan,
Pergi meninggalkan kami dengan amanat yg agung,
Tanda cinta abadi yang Maha Agung.

Nay 02

Thursday, April 06, 2006

SAJEN

Cinta matematik

Satu tambah satu = dua
Maka berpadu cinta dua jiwa

Satu tambah dua = tiga
Cinta Teorem Pithagoras wujud seketika
Berbeza sudut dan simetrinya

Satu tambah tiga = empat
Cinta segiempat yang tidak sempat
Baru niat buka mulut
Pipi sudah kena penyepak!

Satu tambah empat = lima
Mana mazhab kau pakai?
Mana bisa cinta terbahagi lima
Melainkan cinta kau di tikar solat
Yang ada lima waktunya
Yang seharusnya kau perhalusi isinya

p/s: Saya sebenarnya suka akan tarikh ini.. itu sebab saya mencari karya lama saya. Ini karya lama saya. SARJEN.

Wednesday, April 05, 2006

KeJaYaAN

Kejayaan itu walau tak sebesar mana untuk dibanggakan tapi ia bagai momentum yang yang menghasilkan daya yang menjana semangat agar terus dan terus mengorak langkah. Bagaikan mangkin yang menguja kita untuk berjaya dan terus berjaya. Hehe syukur pada Allah walau kejayaan itu tak sebesar mana namun saya dapat buktikan bahawa apa yang saya lakukan ini tidak sia-sia. Syukran sifu yang tak jemu mendidik saya. Walaupun saya tahu kadangkala saya membebankannya tapi dia tetap juga menjawab setiap soalan saya dalam pelbagai keadaan. Pernah dia tegur saya supaya ‘tulis semua sekali apa yang nak ditanya agar tak berkali hantar mesej’. Mulanya saya rasa nak merajuk (saya ini sensitive bebenor) tapi bila fikirkan jika saya meajuk saya yang rugi, saya terus tak jadi nak merajuk. (Lagipun kalau saya merajuk, mesti dia tak kisah punya kih kih kih. Kan sifu?)

Syukran dan selaut kasih juga buat emak ayah tercinta serta adik beradik yang tidak jemu mencabar insanyalin. Insanyalin akan terus berkarya bahana di situ ada kepuasan. Mak jangan risau. Menulis ini sambilan jer. Nanti anakda cari kerja yang power ranger agar mampu buat mak tersenyum dan bangga padaku. Ya ALLAH permudahkanlah urusanku di dunia mahupun akhirat. Dialisis memberi sinar baru buat Yalin. Salam buat semua.

p/s:adik cahaya pena email kak yalin
nenek2000@hotmail.com / putri_kataknay@yahoo.com

Monday, April 03, 2006

APRIL

3 April 2006
3/4/2006

Tarikh ini BERSEJARAH sebab UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA telah ditukarkan pada UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Saya x-UPM. Saya bangga dengan U saya.

Hari ini dalam sejarah.

Saturday, April 01, 2006

Entahlah

Kenapa bodoh sangat! Lupakah engkau akan anugerah akal yang kau perolehi. Erm.. kalau akal letak dekat lutut itulah jadinya. Nafsu penyuluh jalan syaitan jadi ikutan. Apa kejadahnya! Gila kuasa lapan ke? Atau nyanyuk kuasa sepuluh? Di ciptakan kau dan aku sebaik-baik kejadian tapi inikah balasan! Lain kali kalau buat sesuatu fikir dulu, ini main bedal ajer. Halal haram main rembat! Lupakah setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram api nerakalah yang layak untuknya. ‘Erm.. nak idup pandai-pandailah’. Alasan kau beri. Yalah itu alasan yang cukup konkrit bagi korang tapi bila ditiup sahaja walaupun dengan hembusan nafas boleh bertebangan. Rapuhlah maknanya!. Memang hidup ini kena pandai kena ada ilmu agar dapat membuka segala amal. Tapi kalau ada ilmu pun bodoh macam dungu, kalau sekolah tinggi pun akhlak mengalahkan orang hisap ganja apa nak jadi? Fikirlah sikit, ada akal pakai jangan buat perhiasan ajer. Tak ada orang buat perhiasan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Kalau ada juga memang tak waraslah itu. Akal yang dibuat perhiasan, orang gila namanya itu. Itupun boleh dipertimbangkan lagi sebab ada alasan ‘GILA’. Otak dah tak boleh guna sebab ada wayar yang tercabut. Korang pula apa alasannya? Cuba khabaq sikit ? Hah tau pun tak ada. Jangan hendak kata manusia ni tak ada sifat nabi! Tak maksum! Woii memang nabi itu maksum yakni terpelihara daripada dosa. Memang kita bukan nabi pun tapi jangan lupa nabi itu di kalangan kita juga manusia bukan malaikat!

Tolonglah jangan jadikan ia alasan untuk menutup kesalahan sendiri. Allah dah beri dua jalan kebaikan dan keburukan. Letak kat tangan korang bagi korang kebebasan untuk memilih sama ada syurga atau neraka, pahala atau dosa. Yang korang gatal-gatal nak rasa masuk neraka itu apasal. Apa kulit tu dah kebal sangat ke? Atau korang rasa korang boleh halang malaikat yang hendak bawa korang masuk neraka itu?.Stop! bawakan aku ke syurga! Heheh nak tanya boleh ke buat macam itu? ‘Siapa kata nak masuk neraka?’. Oh..tak nak masuk nerakalah ni? Abis itu beramal macam orang nak masuk neraka itu apa kehalnya? Cuba khabaq sikit kat aku yang blur ini! Marah aku cakap macam itu? marahlah peduli hapa aku! Apa.. nasihat aku caranya tak berhikmah? Heheh.. kalau korang nak tahu aku cakap lembut ke ganas ke kalau korang buat tak tahu, tak mahu dengar dan tak nak ambil iktibar tak jalan juga. Aku dah banyak kali guna cara lembut ini. Sekali sekala nak juga aku tunjuk kebrutalan aku ini. Asyik lembut sahaja baik guna kekerasan dengan mata pena. Biar makan dalam.Biar ada kesedaran. Pastu kalau nak marah aku marahlah itu hak korang. Tak kuasa aku halang!

Mengaku islam. Pegang ungkapan ‘Dimana bumi dipijak disitu islam kujunjung’. Apa buktinya? Woii sedar sikit cakap itu, perkataan itu akan dinilai tinggi kebencianNya pada mereka-mereka yang hanya tahu berkata tanpa mengotakan. Tak caya rujuk surah As-Saff ayat satu hingga tiga kalau nak bagus lagi bacalah keseluruhan Al-Quran itu. kita kena ambil semua bukan separuh-separuh ajer yang kena dengan pendapat kita atau ada kepentingan lain. Ingat itu!. Peringatan buat korang dan juga aku! Tapi orait juga orang yang beringat ini sekurang-kurangnya timbul kesedaran di hati. Mana tahu slogan yang selalu dilaung-laungkan itu menyentuh tangkai hatinya lalu perubahan menyusul. Erm lebih baik daripada orang yang langsung tak ingat akhirat.
Sekarang ini kata-kata nasihat pun boleh jadi alasan untuk kes bunuh. Adik bunuh abang sebab abang nasihat jangan hisap rokok. Adik 15 tahun bunuh abang 19 tahun. Ada pertalian darah pulak itu. Sampai hati dia bunuh abang dia? Apa dia ingat nyawa itu boleh buat main-main ke? Sesuka hati bunuh orang. La ni asyik cerita orang bunuh orang ajer. Bunuh orang jadi macam perkara biasa pula! Padahal jelas dan nyata benda yang luar biasa. Kenapa mereka berani sangat hah? Berani pada benda baik tak apa juga ini perkara kejahatan. Bila mentality kita nak berubah agaknya. Makin akhir zaman makin teruk jadinya. Hah ada ke yang nak bunuh aku lepas ini? Erm..nampaknya macam nak kembali ke zaman jahiliah gamaknya! Tapi depa ada gak bunuh orang tertentu kanak-kanak perempuan sahaja yang dibunuh hidup-hidup tapi kita la ni nenek pun dijumpai mati, orang perempuan lagilah banyak matinya. Lagi tragis dirogol sebelum dibunuh. Bukan sahaja yang dewasa malah kanak-kanak juga. Kurang ajar betul!. Yang herannya kalau dah gatal sangat apa kehalnya tak kahwin? Hantaran dijadikan alasan. Ya lah itu! Hantaran pun tak mampu nak cari nampak sangat tak berkemampuan, nanti macam mana nak bagi anak isteri makan? Ingat boleh bagi makan pasir ke? Tanggungjawablah sikit wahai kaum adam.

Hantaran tinggi bukan alasan korang nak merogol. Cuba fikir kalau adik beradik kau yang kena rogol? Kau marah tak? Kalau tak kau memang sesuai sangat duduk kat zoo. Banyak spesis yang tak tahu berfikir dan tak ada belas kasihan dekat situ. Hidup pun berpegangkan mazhab nafsu semata sesuai sangatlah dengan korang. Korang yang macam ini bukan layak dipanggil kaum Adam. Adam itu mulia. Tapi korang ni jantan! Jantan sial! Marah .. sebab aku gelar korang macam itu? Tahu marah masa kau buat jahat itu tak pulak kau fikir keburukan kelakuan korang itu kalau nak dibandingkan dengan kata-kata aku lontorkan sepatutnya korang dapat lebih teruk dari itu. Perbuatan korang lebih busuk dan bernanah. Nak pandang pun orang dah nak muntah, nak hidu pun orang boleh pengsan! Apatah lagi nak dekat. Pergi jahanamlah! Orang macam korang ini perlu dihapuskan dalam muka bumi biar tak ada keturunan langsung. Kalau ada pun merosak bangsa.

Hidup dalam dunia ini biarlah ikut kemampuan. Kalau miskin buat apa nak hidup macam orang kaya? Kalau nak kaya juga okay sekatilah tapi pastikan dengan usaha sendiri. Tak payahlah guna rasuah, tak perlu menipu orang, tak perlu rompak bank, jangan mencuri apatah lagi meragut. E’eleh senang-senang sahaja meragut hak orang. Ingat lembu sahaja pandai meragut. Rupanya manusia pun sama. Lembu ada juga baiknya meragut rumput, itupun sebab makanan dia. Tapi manusia ini meragut beg orang, mengambil hak orang. Erm awat jadi lagu itu?. sebab masa kecik minum susu lembu kah? Erm aku pun tak tahu? Tapi zalim bin tak patut betul! Sudahlah meragut sempat bunuh orang lagi. Keji sungguh perbuatan. Mengsengsarakan orang lain memang pandai. Geliga sungguh otak tak payah orang nak ajar tahu sendiri nak buat ! Entahlah apa nak jadi? Susahkan bila orang dalam dunia ini lebih pentingkan diri sendiri daripada orang lain. Bila sifat meterialistik bersemadi dalam diri. Inilah natijah yang harus dibayar semua orang sangup menghianati orang lain untuk kepentingan diri, rela bina kebahagian dari penderitaan orang lain. Sanggup bina kekayaan dari keruntuhan orang lain. Kadang kala bukan orang lain sahaja adik beradik sendiri, sahabat sendiri mampu dikhianati semata-mata inginkan atau mengidamkan kekayaan dan kesenangan dunia yang ternyata hanya kesenangan yang sementara lagi menipukan. Bukan aku cakap ini ALLAH yang berfirman bahawa kesenangan di dunia ini adalah kesenangan yang menipu. Kalau tak percaya pergilah buka kitab balik.

Hiburan. Kadangkala hiburan yang banyak buat kita leka. What’s in your heart? Entertainment. Mesti korang tahu lagu itukan? Hiburan. Nak tanya itukah yang kita cari dalam hidup ini? Memanglah sekali sekala hiburan dapat rehatkan minda tapi kalau dah setiap hari disogokkan dengan hiburan setiap saat ada sahaja rancangan yang menghiburkan. Tambah channel tv pun nak ditambahkan. Bukan kebaikan namanya itu tapi menjahanamkan generasi akan datang maknanya itu. Kalau rancangan yang berunsur kebaikan, berunsur moral dan dititipkan ingatan dipaparkan bagus juga. Ini adegan-adegan yang seharusnya tak patut ditonton dipaparkan dikata tv. Aksi orang bercium, berpelukan, berpegangan tangan. Bagus sangat ke? Tak tahu ke budak-budak kecik yang melihatnya akan belajar sesuatu yang tak sepatutnya mereka tahu. Memanglah peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Tapi kalau kedua ibu bapa bekerja mencari nafkah untuk hidup di zaman yang menuntut sara hidup yang tinggi ini. Macam mana nak pantau anak 24 jam. Cuba bagi tahu sikit? Siaran tv pula itu nak ditambah lagi. Pastu rancangannya jangan cakaplah. Lupa ke tv ini memberi pengaruh yang besar pada semua orang bukan sahaja kanak-kanak malah remaja. Kenapa tak gunakan medium itu kearah yang lebih baik. Kenapa nak juga disajikan hiburan atau rancangan yang merosakkan? Apakah keuntungan lebih penting daripada membina generasi yang berakhlak mulia dan bersemangat ingin maju. Tak tahu ke kalau asyik disajikan hiburan maka rosaklah minda, jahanamlah umah, lahirlah generasi yang tak bertamadun.

Bila berlaku kes rogol yang semakin berleluasa, bila terjadi budak sepuluh tahun rogol budak 8 tahun, bila banyaknya lahir anak-anak luar nikah, wujudnya banyak pelacur, bila banyaknya berlaku kes bunuh atau samseng dan macam-macam lagi. Mulalah gubal undang-undang, mulalah adanya peraturan sana peraturan sini tapi puncanya tidak ditutup. Mana nak selesai masalah! Buat kerja macam lepas batuk ditangga! Cuba lap air paip yang keluar dari pili yang terbuka. Memanglah kena guna banyak kain nak hilangkan air yang melimpah itu. Kerja orang gila lah itu sampai bila-bila pun air itu tak kering. Lainlah kalau bekalan air paip itu terputus atau tergendala. Erm.. kenapa tak ditutup sahaja paip itu sebelum melimpah airnya membasahi lantai. Entahlah. Korang rasalah macam mana budak yang sepuluh tahun itu boleh tahu merogol pada usia setahun jagung itu. Sepuluh tahun usia untuk dia baru mengenal dunia pendidikan dalam proses pembelajaran tapi yang peliknya terlebih matang dengan tahu cara nak buat zuriat pula! Hah rasa-rasa salah siapa. Salah satu punca besarnya ialah pengaruh tv. Malaysia belum lagi nak mengharamkan adegan bercium. Apa ingat adegan bercium itu ringan ke? Kalau dah cium cara menghairahkan bukan ke terangsang! Kalau dah pakai pakaian yang menjolok mata bukan ke ia lebih menjurus kearah kemaksiatan. Fikirlah! Lupakah kita bahawa nafsu itu sering mendorong kepada kemaksiatan dan kejahatan. Dalam Al-Quran ada disebutkan tapi kenapa kita tak ambil iktibar dan pengajaran. Betapa lekanya kita!

Bangunlah beri ingatan! Bangunlah dari lena yang panjang! Sampai bila nak tutup mata? Sampai bila nak pekakkan telinga? Sampai bila nak jadi tuli? Sanggup ke lihat bangsa kita mundur. Hanya pandai bercakap tentang hiburan semata. Hanya tahu mencari hiburan dan lakukan benda yang menyakiti mata. Menanggalkan perisai agama jauh dari hidup kita. Siapa yang harus dipersalahkan? Memang kita tidak seharusnya menunding jari pada orang lain. Tapi seharusnya kita mengambil factor sekeliling. Apa yang terjadi disekeliling kita. Semua pihak seharusnya ambil bahagian. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab. Jangan hanya fikirkan keuntungan yang berlipat ganda dengan mengadaikan maruah bangsa. Sehingga sanggup menjana generasi yang entah apa-apa. Fikirlah! Fikirlah! Fikirlah! Agar pengurniaan akal itu tidak sia-sia.