Saturday, April 01, 2006

Entahlah

Kenapa bodoh sangat! Lupakah engkau akan anugerah akal yang kau perolehi. Erm.. kalau akal letak dekat lutut itulah jadinya. Nafsu penyuluh jalan syaitan jadi ikutan. Apa kejadahnya! Gila kuasa lapan ke? Atau nyanyuk kuasa sepuluh? Di ciptakan kau dan aku sebaik-baik kejadian tapi inikah balasan! Lain kali kalau buat sesuatu fikir dulu, ini main bedal ajer. Halal haram main rembat! Lupakah setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram api nerakalah yang layak untuknya. ‘Erm.. nak idup pandai-pandailah’. Alasan kau beri. Yalah itu alasan yang cukup konkrit bagi korang tapi bila ditiup sahaja walaupun dengan hembusan nafas boleh bertebangan. Rapuhlah maknanya!. Memang hidup ini kena pandai kena ada ilmu agar dapat membuka segala amal. Tapi kalau ada ilmu pun bodoh macam dungu, kalau sekolah tinggi pun akhlak mengalahkan orang hisap ganja apa nak jadi? Fikirlah sikit, ada akal pakai jangan buat perhiasan ajer. Tak ada orang buat perhiasan akal yang dianugerahkan oleh Allah. Kalau ada juga memang tak waraslah itu. Akal yang dibuat perhiasan, orang gila namanya itu. Itupun boleh dipertimbangkan lagi sebab ada alasan ‘GILA’. Otak dah tak boleh guna sebab ada wayar yang tercabut. Korang pula apa alasannya? Cuba khabaq sikit ? Hah tau pun tak ada. Jangan hendak kata manusia ni tak ada sifat nabi! Tak maksum! Woii memang nabi itu maksum yakni terpelihara daripada dosa. Memang kita bukan nabi pun tapi jangan lupa nabi itu di kalangan kita juga manusia bukan malaikat!

Tolonglah jangan jadikan ia alasan untuk menutup kesalahan sendiri. Allah dah beri dua jalan kebaikan dan keburukan. Letak kat tangan korang bagi korang kebebasan untuk memilih sama ada syurga atau neraka, pahala atau dosa. Yang korang gatal-gatal nak rasa masuk neraka itu apasal. Apa kulit tu dah kebal sangat ke? Atau korang rasa korang boleh halang malaikat yang hendak bawa korang masuk neraka itu?.Stop! bawakan aku ke syurga! Heheh nak tanya boleh ke buat macam itu? ‘Siapa kata nak masuk neraka?’. Oh..tak nak masuk nerakalah ni? Abis itu beramal macam orang nak masuk neraka itu apa kehalnya? Cuba khabaq sikit kat aku yang blur ini! Marah aku cakap macam itu? marahlah peduli hapa aku! Apa.. nasihat aku caranya tak berhikmah? Heheh.. kalau korang nak tahu aku cakap lembut ke ganas ke kalau korang buat tak tahu, tak mahu dengar dan tak nak ambil iktibar tak jalan juga. Aku dah banyak kali guna cara lembut ini. Sekali sekala nak juga aku tunjuk kebrutalan aku ini. Asyik lembut sahaja baik guna kekerasan dengan mata pena. Biar makan dalam.Biar ada kesedaran. Pastu kalau nak marah aku marahlah itu hak korang. Tak kuasa aku halang!

Mengaku islam. Pegang ungkapan ‘Dimana bumi dipijak disitu islam kujunjung’. Apa buktinya? Woii sedar sikit cakap itu, perkataan itu akan dinilai tinggi kebencianNya pada mereka-mereka yang hanya tahu berkata tanpa mengotakan. Tak caya rujuk surah As-Saff ayat satu hingga tiga kalau nak bagus lagi bacalah keseluruhan Al-Quran itu. kita kena ambil semua bukan separuh-separuh ajer yang kena dengan pendapat kita atau ada kepentingan lain. Ingat itu!. Peringatan buat korang dan juga aku! Tapi orait juga orang yang beringat ini sekurang-kurangnya timbul kesedaran di hati. Mana tahu slogan yang selalu dilaung-laungkan itu menyentuh tangkai hatinya lalu perubahan menyusul. Erm lebih baik daripada orang yang langsung tak ingat akhirat.
Sekarang ini kata-kata nasihat pun boleh jadi alasan untuk kes bunuh. Adik bunuh abang sebab abang nasihat jangan hisap rokok. Adik 15 tahun bunuh abang 19 tahun. Ada pertalian darah pulak itu. Sampai hati dia bunuh abang dia? Apa dia ingat nyawa itu boleh buat main-main ke? Sesuka hati bunuh orang. La ni asyik cerita orang bunuh orang ajer. Bunuh orang jadi macam perkara biasa pula! Padahal jelas dan nyata benda yang luar biasa. Kenapa mereka berani sangat hah? Berani pada benda baik tak apa juga ini perkara kejahatan. Bila mentality kita nak berubah agaknya. Makin akhir zaman makin teruk jadinya. Hah ada ke yang nak bunuh aku lepas ini? Erm..nampaknya macam nak kembali ke zaman jahiliah gamaknya! Tapi depa ada gak bunuh orang tertentu kanak-kanak perempuan sahaja yang dibunuh hidup-hidup tapi kita la ni nenek pun dijumpai mati, orang perempuan lagilah banyak matinya. Lagi tragis dirogol sebelum dibunuh. Bukan sahaja yang dewasa malah kanak-kanak juga. Kurang ajar betul!. Yang herannya kalau dah gatal sangat apa kehalnya tak kahwin? Hantaran dijadikan alasan. Ya lah itu! Hantaran pun tak mampu nak cari nampak sangat tak berkemampuan, nanti macam mana nak bagi anak isteri makan? Ingat boleh bagi makan pasir ke? Tanggungjawablah sikit wahai kaum adam.

Hantaran tinggi bukan alasan korang nak merogol. Cuba fikir kalau adik beradik kau yang kena rogol? Kau marah tak? Kalau tak kau memang sesuai sangat duduk kat zoo. Banyak spesis yang tak tahu berfikir dan tak ada belas kasihan dekat situ. Hidup pun berpegangkan mazhab nafsu semata sesuai sangatlah dengan korang. Korang yang macam ini bukan layak dipanggil kaum Adam. Adam itu mulia. Tapi korang ni jantan! Jantan sial! Marah .. sebab aku gelar korang macam itu? Tahu marah masa kau buat jahat itu tak pulak kau fikir keburukan kelakuan korang itu kalau nak dibandingkan dengan kata-kata aku lontorkan sepatutnya korang dapat lebih teruk dari itu. Perbuatan korang lebih busuk dan bernanah. Nak pandang pun orang dah nak muntah, nak hidu pun orang boleh pengsan! Apatah lagi nak dekat. Pergi jahanamlah! Orang macam korang ini perlu dihapuskan dalam muka bumi biar tak ada keturunan langsung. Kalau ada pun merosak bangsa.

Hidup dalam dunia ini biarlah ikut kemampuan. Kalau miskin buat apa nak hidup macam orang kaya? Kalau nak kaya juga okay sekatilah tapi pastikan dengan usaha sendiri. Tak payahlah guna rasuah, tak perlu menipu orang, tak perlu rompak bank, jangan mencuri apatah lagi meragut. E’eleh senang-senang sahaja meragut hak orang. Ingat lembu sahaja pandai meragut. Rupanya manusia pun sama. Lembu ada juga baiknya meragut rumput, itupun sebab makanan dia. Tapi manusia ini meragut beg orang, mengambil hak orang. Erm awat jadi lagu itu?. sebab masa kecik minum susu lembu kah? Erm aku pun tak tahu? Tapi zalim bin tak patut betul! Sudahlah meragut sempat bunuh orang lagi. Keji sungguh perbuatan. Mengsengsarakan orang lain memang pandai. Geliga sungguh otak tak payah orang nak ajar tahu sendiri nak buat ! Entahlah apa nak jadi? Susahkan bila orang dalam dunia ini lebih pentingkan diri sendiri daripada orang lain. Bila sifat meterialistik bersemadi dalam diri. Inilah natijah yang harus dibayar semua orang sangup menghianati orang lain untuk kepentingan diri, rela bina kebahagian dari penderitaan orang lain. Sanggup bina kekayaan dari keruntuhan orang lain. Kadang kala bukan orang lain sahaja adik beradik sendiri, sahabat sendiri mampu dikhianati semata-mata inginkan atau mengidamkan kekayaan dan kesenangan dunia yang ternyata hanya kesenangan yang sementara lagi menipukan. Bukan aku cakap ini ALLAH yang berfirman bahawa kesenangan di dunia ini adalah kesenangan yang menipu. Kalau tak percaya pergilah buka kitab balik.

Hiburan. Kadangkala hiburan yang banyak buat kita leka. What’s in your heart? Entertainment. Mesti korang tahu lagu itukan? Hiburan. Nak tanya itukah yang kita cari dalam hidup ini? Memanglah sekali sekala hiburan dapat rehatkan minda tapi kalau dah setiap hari disogokkan dengan hiburan setiap saat ada sahaja rancangan yang menghiburkan. Tambah channel tv pun nak ditambahkan. Bukan kebaikan namanya itu tapi menjahanamkan generasi akan datang maknanya itu. Kalau rancangan yang berunsur kebaikan, berunsur moral dan dititipkan ingatan dipaparkan bagus juga. Ini adegan-adegan yang seharusnya tak patut ditonton dipaparkan dikata tv. Aksi orang bercium, berpelukan, berpegangan tangan. Bagus sangat ke? Tak tahu ke budak-budak kecik yang melihatnya akan belajar sesuatu yang tak sepatutnya mereka tahu. Memanglah peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Tapi kalau kedua ibu bapa bekerja mencari nafkah untuk hidup di zaman yang menuntut sara hidup yang tinggi ini. Macam mana nak pantau anak 24 jam. Cuba bagi tahu sikit? Siaran tv pula itu nak ditambah lagi. Pastu rancangannya jangan cakaplah. Lupa ke tv ini memberi pengaruh yang besar pada semua orang bukan sahaja kanak-kanak malah remaja. Kenapa tak gunakan medium itu kearah yang lebih baik. Kenapa nak juga disajikan hiburan atau rancangan yang merosakkan? Apakah keuntungan lebih penting daripada membina generasi yang berakhlak mulia dan bersemangat ingin maju. Tak tahu ke kalau asyik disajikan hiburan maka rosaklah minda, jahanamlah umah, lahirlah generasi yang tak bertamadun.

Bila berlaku kes rogol yang semakin berleluasa, bila terjadi budak sepuluh tahun rogol budak 8 tahun, bila banyaknya lahir anak-anak luar nikah, wujudnya banyak pelacur, bila banyaknya berlaku kes bunuh atau samseng dan macam-macam lagi. Mulalah gubal undang-undang, mulalah adanya peraturan sana peraturan sini tapi puncanya tidak ditutup. Mana nak selesai masalah! Buat kerja macam lepas batuk ditangga! Cuba lap air paip yang keluar dari pili yang terbuka. Memanglah kena guna banyak kain nak hilangkan air yang melimpah itu. Kerja orang gila lah itu sampai bila-bila pun air itu tak kering. Lainlah kalau bekalan air paip itu terputus atau tergendala. Erm.. kenapa tak ditutup sahaja paip itu sebelum melimpah airnya membasahi lantai. Entahlah. Korang rasalah macam mana budak yang sepuluh tahun itu boleh tahu merogol pada usia setahun jagung itu. Sepuluh tahun usia untuk dia baru mengenal dunia pendidikan dalam proses pembelajaran tapi yang peliknya terlebih matang dengan tahu cara nak buat zuriat pula! Hah rasa-rasa salah siapa. Salah satu punca besarnya ialah pengaruh tv. Malaysia belum lagi nak mengharamkan adegan bercium. Apa ingat adegan bercium itu ringan ke? Kalau dah cium cara menghairahkan bukan ke terangsang! Kalau dah pakai pakaian yang menjolok mata bukan ke ia lebih menjurus kearah kemaksiatan. Fikirlah! Lupakah kita bahawa nafsu itu sering mendorong kepada kemaksiatan dan kejahatan. Dalam Al-Quran ada disebutkan tapi kenapa kita tak ambil iktibar dan pengajaran. Betapa lekanya kita!

Bangunlah beri ingatan! Bangunlah dari lena yang panjang! Sampai bila nak tutup mata? Sampai bila nak pekakkan telinga? Sampai bila nak jadi tuli? Sanggup ke lihat bangsa kita mundur. Hanya pandai bercakap tentang hiburan semata. Hanya tahu mencari hiburan dan lakukan benda yang menyakiti mata. Menanggalkan perisai agama jauh dari hidup kita. Siapa yang harus dipersalahkan? Memang kita tidak seharusnya menunding jari pada orang lain. Tapi seharusnya kita mengambil factor sekeliling. Apa yang terjadi disekeliling kita. Semua pihak seharusnya ambil bahagian. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab. Jangan hanya fikirkan keuntungan yang berlipat ganda dengan mengadaikan maruah bangsa. Sehingga sanggup menjana generasi yang entah apa-apa. Fikirlah! Fikirlah! Fikirlah! Agar pengurniaan akal itu tidak sia-sia.

1 comment:

yalin said...

heheh ini karya lama saya.. entah kenapa saya letak kat sini..
heheh