Wednesday, May 31, 2006

Email Bodoh

Email Bodoh

Pagi tadi bila saya check email saya jumpa satu email bodoh. Barangkali dihantar oleh orang bodoh yang meletakkan akal di kaki lutut dan nafsu dijulang megah. Selalunya jika saya mendapat email daripada orang yang tidak saya kenali. Aksi delete mendelete akan terus saya lakukan tanpa membaca isi kandungannya. Tapi entah macam mana, nama pengirim itu buat saya nak tahu apa kandungan isinya. Ternyata kandungan email tu terdapat unsur-unsur seks yang boleh menjatuhkan anak bangsa. Kisah yang menceritakan adegan-adegan zina itu amat memualkan dan menjijikan saya. Lebih sedih lagi apabila melihat email itu terlalu banyak penerimanya. Astaqfirullah hal azim. Hati saya benar-benar dipagut kesedihan yang teramat. Ternyata email yang sepatutnya diletakkan dibakul sampah itu tersebar dengan meluas. Natijahnya pasti ada yang akan terpengaruh!! Pasti ada si bongok yang akan teruja dan barangkali mencuba. MINTA DIJAUHKAN!!

Saya kesal, benar-benar kesal. Mungkin pengaruh dari video lucah menyumbang pada masalah ini. Dalam email itu jelas ada diselitkan tentang video lucah yang pernah ditonton oleh penulis asal email itu. Sungguh tidak bermaruah dan terpamer rendahnya akhlak penulis serta penerima yang menforwardkan kandungan email yang bodoh itu!! Kemudahan yang ada untuk penyebaran maklumat jangan disalah guna. Itu lambang kejahilan teramat. Bodohnya pada orang-orang yang meletakkan akal di kepala lutut mereka. Nafsu yang dijulang megah itu bisa menjahanamkan diri. Tolonglah jangan jadi bodoh lagi. Menjatuhkan maruah umat islam jer. Islam itu hebat tapi penganutnya kebanyakkannya sampah!! Bukan salah ad-din tu!! Tapi salah sendiri yang tak tahu memperhalusi dan menikmati indahnya islam itu. Huh!

p/s; Islam is the best way of live

Ad-Din bukan Tin Sardin

Ad-din bukan tin Sardin.

Ad-din tu gah
Penyuluh kegelapan
Penyelamat umat

Tin itu kosong
Bunyi ajer kuat
Buatnya tidak
Jeritannya memekak
Bertalun hebat
Tapi berkarat!!

Ad-din itu sinar
Bersulam iman
Bukan pandai cakap
Tapi bersulam Amal

Tin itu sebatian
Hasil dari campuran timah
Di ciptakan tuhan
Bukan untuk dicontohi afalnya
Mana bisa setanding dengan ad-din

insanYalin 06

Monday, May 29, 2006

HaWa

Untuk Hawa

Hawa
kenapa kaku mentaati ajaran-Nya?
Mengapa segan menjulang ad-din-Nya?
Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Sinar islam menyuluh kita!
Memartabatkan kita!
Memayungi kita!

Harus
Kesyukuran kau panjatkan melangit
Keangkuhan kau lebur lenyap
Keengkaran kau lumat hancur

Wajib
Terpasak kukuh menyemai syukur
Tunduk merendah sebagai hamba
Malu menghiasi segenap rasa

Goncang dunia ini Hawa!
Tapi bukan dengan tangan kotor menggoda
Bukan dengan lenggok mencair taqwa Adam
Tapi dengan ilmu bersulam iman
Dengan kasih keibuan mendidik insan
Dalam melahir insan hebat
Yang menjulang panji kebenaran
Moga kau ternobat srikandi
Bersalut nikmat bukan duri

Yalin 05

Sunday, May 28, 2006

Jangan Jadi BODOH!!!

Jangan jadi bodoh!

Mereka itu seteru bukan akrabmu
Mereka itu pendusta bukan benar
Mereka itu ingin menjatuhkanmu!
Membiarkan kau terus hanyut!

Kau pakai skirt pendek
Mereka kata cantik!
Kau lupa bertudung
Mereka kata kecantikan bukan untuk dilindung
Kau berseluar ketat
Mereka label kau anggun

Jangan jadi bodoh!
Itu nilaian zahiriah mereka
Kebenaran mereka sembunyikan
Kau perlu tahu!!
Jangan jadi bodoh!!!

Yalin 06
28 May 2006

Thursday, May 25, 2006

Ombak

Ombak itu
Membawa semilir ingatan
Jika di tepinya
Aku berdiri damai
Di dalamnya aku bisa mati kelemasan...

InsanYalin 06

Sesal

Sesal

Tangis pekik
Bertalun keramat
Antara langit dan buana terisi
menikam jiwa
sayu
Keris kekesalan merodok dalam
darah penyesalan membuak
bersama tawa gelakkan
makin lama makin kuat talunan
Aku terduduk
menekur wajah pada buana
insan biasa yang tiada kuasa
mana bisa kudratku membantu
mana bisa talunan suaraku didengar

insanYalin 06

Wednesday, May 24, 2006

Madah dan puisi Yalin

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Cinta
Walau sedalam mana ia hadir
Walau setinggi mana ia terbina
Walau seluas mana sayang terpatri
Namun tak mampu menahan pemergian
Tak mampu melawan takdir tuhan
Cintalah pada sesiapa yang kau inginkan tapi ingat dia akan mati

Ringkaskan: Cinta itu walau sedalam manapun tidak dapat menghalang pemergian seseorang andai tuhan menginginkan dia kembali, maka cintalah seadanya.

Mati
Walau sejauh mana kau tolak dia pasti mencarimu andai sampai detik dan ketikanya.
Mati
Walau seribu langkah kau menghindarinya dia pasti dapat menjejakimu
Mati
Walau kau takut tidak terperi siapa peduli
Kerna itu bukan di atas kuasa makhluk tapi hanya padaNya
Bersiaplah untuk mati
Bersiaplah untuk dipanggil Izrail
Takut nanti kau dipanggil tanpa ada persiapan
Tanpa ada persedian

Ringkasannya: Bersiaplah untuk mati, ia menjemput sesuka hati maka persedian itu perlu agar kau tak kecewa nanti.

Kematian sukar diterima
Menyapa tanpa dijemput
Beransur tanpa pesan
Hanya kesedihan yang ditinggalkan
Kesepian dihadiahkan
Dugaan tuhan yang menguji keimanan
Namun kadangkala kerapuhan iman
Membuat kita salah pertimbangan
Menyalahkan takdir mencela tuhan
Moga diberi keinsafan
Terima takdir tuhan dan ketentuannya
Sememangnya hidup ini lawannya mati
Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.

Yalin ‘05’

PeriHal SMS

SMS

Semalam terima masih dari seorang adik. Adik tu menasihatkan supaya kakaknya ini jangan selalu gelabah. Heheh nasihat diterima. Mungkin afalnya yalin ni orang yang mudah gelabah. Heheh yelah tu kut. Menurut adik itu, banyak kali juga dia terima mesej yang ditujukan buat orang lain tapi dihantar kepadanya. Astaga cuainya mak cik lina. Yalin yang gelabah. Caranya kena hafal no tepon orang-orang yang penting, than delete nombor tu. Bahaya. Mana tahu nak hantar mesej ke kekasih terhantar ke salah orang. Kan ke haru namanya. (kononnyalah hehehe)

Peristiwa Mesej
Mesej yang sepatutnya Hantar ke Ain(F3) terhantar pada Ain.
Mesej berbunyi: Ain hari ini tak ada tuisyen ya. Nanti cikgu ganti hari lain.
Petangnya dapat mesej dari Ain dia tanya cikgu hari ini tuisyen ke tak? Yalin pelik. Bukan ke dah antar mesej. Tgk-tgk terhantar kat Ain dalam forum Bs. Sabarjelah.

Mesej yang sepatutnya dihantar ke Ayah terhantar ke Hisham.
Mesej berbunyi: Ayah hisham minta duit belanja dan sewa rumah.
Seminit lepas itu dapat mesej dari Hisham: Kak Lin jangan main-mainlah.
Huhu silap lagi.Cam mana boleh tak perasan ni.

Mesej yang sepatutnya dihantar ke Sang terhantar ke Mawar.
Mesej berbunyi: Di tapis sebab ganas!!!
Seminit kemudian Mawar membalas: Kak apa yang sang buat kat akak.
Mawar peliklah tu sebab ada ayat belasah membelasah!!

Mesej yang sepatutnya hantar pada PAC terhantar ke Hanessha
Mesej berbunyi: Adik apa nama brand drawing pencil itu lagi sekali? Tak jelaslah namanya.
Seminit kemudian Hanessha membalas: Cikgu salah hantar mesej ke?

Mesej yang sepatutnya hantar ke anak murid terhantar ke RIZ
Mesej berbunyi: cara nak selesaikan masalah matematik. Lupa dah soalannya.
Tak lama lepas tu Riz balas: Saya tak nak belajar matematik lin, rasa nak muntah. Tgk nombor-nombor ni saya diserang sakit gatal-gatal.
Yelah tu awak hehehe.

Dan lagi-lagi tak tahulah pada siapa.
Syukran buat adik yang menegur. InsyaAllah lepas ni kena berhati-hati. Dah delete dah nombor2 tertentu. Takut benar tersalah hantar mesej lagi. Pada insan yang yalin tersalah hantar mesej itu. Ampun ya. Pasni akan lebih berhati-hati. Syukran pada yang menegur. Moga Allah membalas jasa adik.

Hidup mesti selamber, nampaknya yalin belum mesra alam dengan handsetnya lagi. Handset second hand yang nak rosak ni. Kena beli tepon baru, tapi tgklah. Heheh
dah tua Yalin ni rupanya.

Wednesday, May 17, 2006

17 Mei dan kisahnya

Hari jadi Haziq..

Permataku ini telah menjangkau setahun . 17 Mei dia dilahirkan. Dengan susah payah kak ngah bertarung nyawa. Akhirnya dia selamat di lahirkan. Alhamdulillah. Permata yang kelahirannya dinanti itu menjenguk buana dengan tangisan kesyukuran. Dia diazankan dengan harapan besar nanti jadilah dia insan yang berguna.

Setahun usianya kini. Dialah penghibur dialah segalanya. Buat Sahabatku Nany yang juga lahirnya pada tarikh ini. Selamat hari jadi sahabat. Dari kejauhan aku meniup semilir rindu ucapan syahdu buatmu agar hidupmu bahagia hingga ke akhir hayatmu. Walau kita dipisahkan dengan jihat waktu percayalah Nany kau tetap sahabatku.

Salam sayang buat Haziq.

Sunday, May 14, 2006

Antara cinta, guru dan Ibu

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.


Cinta pertama Yalin.

Cinta pertama yang tiada bernada
Hanya Yalin yang bersorak gembira
Dia hanya menyepi
Diam tanpa kata
Kaku tanpa bicara

Talunan cinta itu bergema hebat
Tapi hanya di suara hati
Tidak terbias di alam reality
Dan kerna itu
Sambutannya sepi

Jihad cinta yang tiada bertepi
Yalin 06


13 Mei 2006. Birthday kawan Yalin. Yalin tak tahulah sama ada dia masih menganggap Yalin sahabatnya. Tapi Yalin still menganggapnya sahabat. Pelik persahabatan ini. Tak pernah berbicara bersama, hanya berselisih di jalanan. Tak pernah dekat di hatinya. Hanya utusan surat semangat untuknya. Dan dia membalasnya dengan ucapan terima kasih. Hanya sekali berbicara dengannya, itu pun di telepon untuk mengucap takziah atas pemergian ayahnya dengan perasaan yang tergetar bangat. Tapi Yalin menganggapnya sahabat. Seolah dia dekat dalam diri Yalin walau sebenarnya dia jauh. MSAS, minta maaf sebab dulu Yalin pernah menyusahkan awak. Selamat hari jadi, dari kejauhan Yalin doa agar awak bahagia dengan sesiapa sahaja yang bertakhta di hati awak.

14 Mei 2006.
Selamat Hari Ibu , buat ibu tersayang. Syukran atas kasih sayang dan didikanmu selama ini. Syukran atas selaut kasih yang tidak pernah kering. Syukran kerana menyayangi anakmu ini. Syukran kerana tegar dengan kerenahnya. Syukran atas jalinan kasih dan ikatan ini. Yalin sayang emak. Sayang sungguh-sungguh.

16 Mei 2006
Puan Hajah Che Don, Puan Salbiah, Puan Esah, Puan Nuruzita, Puan Manimala, Puan Faiezah, Puan Salwiyah, Puan Fatimah, Encik Zahrin, Encik Mior, Encik Yahya, Ustaz Alias, Ustaz Umar dan banyak lagi. Mereka guru-guru Yalin. Selamat Hari Guru Cikgu. Jasamu selamanya Yalin kenang. Tak lupa buat sifu Yalin, hujung tahun 2003 Yalin mengenali sifu. Dari Yalin tak tahu apa-apa tentang menulis cerpen, kini alhamdulillah Yalin dah pandai sikit-sikit walaupun masih lagi dalam tunjuk ajarnya. Buat Sifuku yang bernama Encik Khairudin Darman syukran atas tunjuk ajarmu. Yalin menghargainya.Selamat Hari Guru buat semua guruku, moga Allah membalas segala jasa kalian. Ameen.

P/s: 20 Mei ini, roommate Yalin masa di U dulu bakal menamatkan zaman bujangnya. Murniati Binti Imam Supaat bersama pasangannya Zulhusni , diucapkan selamat pengantin baru. Yalin doakan kebahagian kalian. Ameen.

Monday, May 08, 2006

Yalin tetap Yalin

Yalin tak pernah berubah. Yalin adalah Yalin yang dulu. Yalin kekal dengan kasut jazz hitamnya. Yalin kekal dengan kuat merajuknya. Yalin tetap jadi anak emak. Yalin tetap kasih akan kawan-kawannya. Yalin tetap menghargai insan-insan yang membaca cerpennya. Dan Yalin tetap sayang sangat pada Haziq dan Zubir. Yamie, Yalin macam dulu. Tak berubah pun Cuma mungkin sedikit leka menjadi hamba-Nya yang taat. Keripuhan buat Yalin leka yang rezeki itu datangnya dari Allah. Yalin seharusnya bersyukur dan kembali pada-Nya. Bersyukur atas limpahan kurniaNya buat Yalin. Masa itu Emas, Yalin patut menghargai setiap detik dari-Nya. Yalin patut jadi insan yang lebih baik dari semalam. Dan seharusnya lebih kuat dan bersungguh menjulang ad-din. Entah kenapa rinduku pada sisters KBM semakin menyala. Yalin rindu adik Sham kejutkan Yalin qiam. Yalin rindu saat bersama-sama membaca Al-Mathurat dengan kalian. Yalin rindu nak sembahyang jemaah dan mengakhiri solat itu dengan usrah kecil-kecillan. Yalin rindu dengan Bulatan Hikmah kita. Yalin rindu segalanya yang telah pergi dari Yalin…tak sama berdiri sendiri dan bergerak secara jemaah. Yalin rasa lebih kuat bersama kalian sungguh!! Benar-benar kuat tika bersama kalian.

Yalin ingat cikgu Yalin masa Yalin darjah lima. Puan Hajah Che Don. Dia guru terbaik buat Yalin. Masa Yalin pindah ke Perak dia juga bersara. Yalin teringat Puan Salbiah cikgu yang cubit perut Yalin sebab ketua darjah kelas Yalin tulis nama Yalin sebagai budak bising dalam kelas menurut dialah. Munira sampai sekarang Yalin ingat namanya sebab masa itu Yalin tak bising pun tapi dia tulis juga nama Yalin. Poyo jer!. Yalin teringat pada Puan Nuruzita, dia cikgu BM yang amat Yalin sayang. Yalin ingat lagi pada Cikgu Wan Fatimah, dia pernah kata Yalin bengong heheh. Biar apa pun. Yalin tetap sayang kalian sebab kalian adalah guru Yalin. Selamat Hari Guru. Yalin menghargai guru-guru Yalin. Juga selamat hari Ibu buat Ibu tersayang.. emak Yalin juga guru Yalin.

Wednesday, May 03, 2006

Pahang

28/4/2006 hingga 1/5/2006

Yalin ke Pahang atas permintaan seorang sahabat untuk menemaninya pulang ke kampung. Alhamdulillah kami selamat sampai dan balik semula ke Batu Gajah, Perak dengan selamat. Kak Mastura adalah Pegawai Sains di Hospital Batu Gajah yang dulu belajar di U yang sama dengan Yalin. Bukan sahaja universiti tapi sama bidang pengajian yakni Biochemistry. Tapi rezekinya ada untuk dia bekerja dalam bidang yang diambil. Alhamdulillah. Rezeki Yalin bukan tak ada, Allah itukan maha pengasih lagi penyayang tapi mungkin bukan dalam bidang yang Yalin ambil semasa di U dulu kut. Tapi tak per. Yalin tetap bahagia ada gembira. Yalin memang suka bekerja di lab. Mungkin sebab tidak suka berada di kawasan yang terlalu sibuk dan ramai dengan manusia. Bukan bermaksud Yalin tak pandai bergaul dengan orang. Siapa yang kenal Yalin pasti sedar akan keramahan Yalin. Yalinlah yang paling kecoh tapi Yalin hanya boleh masuk dengan insan yang sama cas dengan orang yang lebih makan garam. Dengan yang hampir sebaya atau insan yang bujang Yalin malu (lain caslah). Sebab mungkin Yalin tak ada abang dan sebab Yalin tak kahwin lagi. He he he.

Antara aktiviti menarik Yalin di sana:-

1. Yalin pergi masuk Felda di Jengka 10. Selama ini hanya dengar nama tempat ini dalam buku Geografi. Tapi kini Yalin dah sampai.
2. Yalin pergi masuk Bukit Sagu, juga kawasan Felda. Masuk tefon terus tak ada line. Hehe.
3. Yalin belajar cara guna kukur kelapa. Yes Yalin dah pandailah. Mak kepada Kak Mastura yang ajar Yalin. Mula-mula Yalin takut cucur itu tak dapat menampung berat Yalin. Tapi kedudukan pusat kukur yang rendah dengan tarikan gravity yang tinggi menyebabkannya stabil dan tak perlu risau dia patah.
4. Yalin masuk Kuala Kemaman, rumah Tok Wan Kak Mastura. Heheh tak pasal-pasal Yalin sampai Terengganu. Apa lagi Yalin makan satar dan bawa balik keropok lekor. Yalin pengemar keropok lekor.
5. Yalin jumpa banyak budak-budak yang comel.Serta merta teringkatkan Haziq, anak sedara Yalin. Huhu, rindunya.
6. Yalin jumpa seorang budak yang cerita kat Yalin yang dia dari semalam tak makan dan datang ke pusat membeli belah di Kuantan ini untuk cari kerja.
7. Yalin dah sampai di Masjid Besar Kuantan. Cantik sungguh!
8. Yalin tak sempat pergi tepi pantai dan laut untuk cari ilham. Sayangnya.