Friday, June 16, 2006

Assalamualaikum

Catatanku Kini Bermula.

Lama menyepi bukan bermakna tinta ini telah kaku, atau idea ini kembali beku. Tapi keripuhan mengejar waktu bagi insan yang tidak kuat berlari ini sedikit menyukarkan. Terasa lelah dan kadangkala terlalu leka membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Sungguh ruginya insan yang bernama aku ini! Percayalah! Sesekali tidak yalin menyalahkan waktu. Segalanya berpunca dari tingkah laku dan kelemahan Yalin sendiri itu yang pasti.

Bagi adik-adik yang rindukan catatan Yalin, syukran. Tak sedarkan kalian catatan ini tidak seharusnya dirindui bahana tiada langsung manfaat disebalik apa yang tercatat. Hanya bualan kosong yang seringkali tersasar entah kemana. Syukran juga sahabat-sahabat yang menjenguk teratak katak ini. Meriah walau tuan rumahnya sepi buat sementara.

Jagalah Allah..Allah Menjagamu. Dari Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan La Tahzan (Jangan bersedih) karya penulis yang sama membuat insan ini tertarik untuk memilikinya. Yalin ini memang afalnya haloba dengan buku. Walaupun banyak lagi buku yang belum dikatamnya dia masih lagi mencari buku baru. Betapa perasaan tamak itu sentiasa tersadur dalam dirinya. (Tamak buku jer insyaAllah) .

Jagalah Allah, Allah Menjagamu. Buku yang berharga Rm30 ringgit ini memang berbaloi memilikinya. InsyaAllah andai kelapangan milik Yalin kita akan kongsikan bersama intipati buku ini. Yok kita jaga ALLAH (jaga hubungan baik dengan Allah) , insyaAllah ALLAH akan menjaga kita.

Kebaikan insan padaku. Syukran


1. Yalin berterima kasih pada untie penjual malajah di Batu Gajah itu. Baiknya dia! Dia simpankan satu Majalah Daf untuk Yalin. Siap dimasukkan dalam plastik lagi. , ‘ Ini saya simpan satu tuk awak lo,’ Yalin tersenyum mendengar bicaranya. Syukran untie ya. Memang Yalin asyik tanya majalah tu selain BS.

2. Muthu. Yalin baru tahu namanya Muthu sebab hari ini dia mesej Yalin. ‘Kereta ada bunyi lagi ke?’ . Baiknya dia. Semalam masa Yalin pergi bengkel tukar ada bahagian kereta yang rosak. Yalin ada minta dia tengokkan kereta Yalin ( keluarga punya sebenarnya) yang sering berbunyi. Dia siap minta no tefon Yalin lagi. Sepatutnya Yalin yang minta nombor dia. Heheh . Syukran Muthu.

3. Pak Latip. Syukran pada pak cik yang percayakan Yalin. Pak cik, sedikit sebanyak apa yang pak cik buat memberi keyakinan pada Yalin. Syukran pak cik. Yalin hargai kepercayaan Pak Cik pada Yalin.

4. Brad. Dia memang baik. Sering ada tak kira susah atau senang. Dialah sifu Yalin selain Uncle Rodin. Depalah yang kenalkan Yalin pada dunia penulisan. Yang membuatkan cinta Yalin semakin hari semakin mekar untuk menulis. Syukran sifu. Syukran atas kepercayaan dan peluang yang diberikan inilah maka lahirlah insanYalin yang masih menapak dan bertatih ini


Salam dari Yalin.

Untukmu ayah

Ayah
Kecintaan ini telah lama kusemai
Sayang itu telah lama mekar
Hormat itu milikmu
Hanya milik mutlakmu

Ayah
Kau tegas bersadur kasih
Kau marah tapi amarahmu bersebab
Kau dingin tapi dinginmu
Demi kebaikan anakmu

Ayah
Tanganku pernah berbirat
Lantaran lambat mengerjakan solat
Syukran Ayah
Bahana itu anakmu tidak pernah
Melambatkan solat.

Ayah
Kaulah wira
Kaulah panglima
Kaulah pahlawan
Di hati anakmu ini
Syukran Ayah
Jasamu terlalu luas
Tak mampu aku membalasnya

P/s: Dengan bangga yalin memperkenalkan bahawa insan yang bernama Encik YAACOB BIN JUWAHER itu adalah ayahku yang tersayang.

No comments: