Thursday, July 27, 2006

Kun Fayakun

Bencana itu Kita Penyebabnya

Bertalun ingatan dari langit
Perantarannya Rasul
Dititipkan sepelusuk buana
Dijulangkan ke segenap rasa

Ad-din penyelamat
Kita pemusnah
Ad-din mulia
Kita dimuliakan
Diangkat dari hina menuju cahaya
Diterangi dari kezulmatan

Tapi kita rakus
Seolah dunia ini milik kita
Kemulian dibalas kejelikkan
Kasih sayang dibalas tuba
Itu mencabar-Nya
Itu tidak mensyukuri-Nya

Kun Fayakun
Maka berlimpahlah air laut
Membenam manusia

Kun Fayakun
Maka keluarlah lahar membakar ego manusia

Kun Fayakun
Bergetarlah bumi
Tergoncang segala

Bencana itu bencana ingatan
Bencana itu kita penyebabnya.

insanYalin 06

Thursday, July 20, 2006

BiCaRaKu

Aku tidak akan berbicara jika apa yang akan aku khabarkan itu tidak benar. Kerana aku takut natihaj dari tidak berkata benar itu seafal dengan orang munafik. Aku tak ingin menjadi seperti mereka. Insan yang berbicara tetapi mendustai, insan yang berjanji tapi dia mungkiri, insan yang bergaduh tapi melampaui batasnya dan insan yang diberi amanah tetapi dia mungkiri.

Bila aku berbicara tentang cinta. Ingin sekali aku khabarkan bahawa cinta itu memang maha luas maknanya. Bahana cinta kita mengakuinya dengan seikhlas hati, menyebut berulang kali dengan lidah, malah berusaha membuktikan cinta yang melangit itu dengan perbuatan. Secara tidak langsung dari cinta maka lahirlah cahaya yang dipanggil iman. Tanpa cinta tidak akan lahirnya iman. Maka terhasilkan satu kata yang dinamakan iman cinta.

Iman cinta ini lahir dari afalnya kesedaran lantaran cahaya yang menyuluh hilang kezulmatan kitab hati. Berlajarlah dari kitab hati, terjemahkannya dengan setulus fuadmu, kau akan tahu bahwa cinta itu bukan sekadar cinta antara Adam dan Hawa. Bukan sekadar cinta insan untuk insan yang hanya talunannya hebat tapi zatnya lesu, tapi ia mencakupi semua. Cinta itu berlegar-legar di antara langgit dan bumi. Dan cinta itu juga berada di antara aku dan engkau, dia dan juga seluruh alam ini.

Kalian tahu tak? Bahana cinta jugalah Islam tersebar dengan hebatnya sehingga hampir satu pertiga dari penduduk dunia ini dihuni oleh umat Islam. Islam tersebar bahana cinta. Kekuatan cinta pada Allah dan Rasulnya serta pada Ad-Dinnya sehingga masing-masing mendambakan syahid. Wallhualam.

Salam penuh kecintaan dari Yalin.

Wednesday, July 19, 2006

KeRana Kau istiMEwa

KeRAna KAu istimewA….

Perasaan kalau dipendam bisa terbuku keresahan
Luahkan biarkan ianya dilafazkan
Walau melalui tulisan
Laksanakan agar ketenangan bisa disapa…

.Aku tak tahu kenapa aku dihimpit resah. Berperasaan sebegini. Tapi yang aku tahu selaut kasih kucurahkan padanya selain daripada PENCIPTA yang Esa. Kau insan kedua beraja dihati. Mencintaimu setulus jiwa itu yang pasti. Tapi kadangkala kelakuan tak seperti di hati. Banyak tingkah yang menyakiti. Aku tak pandai mempamer kasih menyata sayang. Cuma mengharapkan dalam kebisuan ini kau mengerti rahsia di hati. cinta yang terpatri.

Ibu
Percayalah kau ratu di hati. Maafkan aku andai kelakuanku mengundang resah di hatimu. Bukan kuinginkan kau berduka .Melukaimu aku terseksa, menguris jiwamu aku menderita. Kebahagianmu serta kecerianmu itu yang ku damba kerna kau ibuku. Namun seringkali diri menyakitimu tanpa disedari, melukakanmu tanpa disengajai. Maafkan aku ibu. Ampunkan dosaku. Tanpa redhamu mana bisa kuperoleh redha dari yang Esa.

Ibu
Harapan yang mengunung yang kau dambakan padaku membuatkan aku terseksa. Nilaian sempurna yang kau labelkan padaku buatku menderita. Aku takut ibu! Takut harapan mengunungmu musnah. Takut nilaian sempurna itu tak setanding denganku. Aku insan yang ada kekurangan. Pintaku terimalah aku seadanya. Ibu aku tahu … ibu mana yang inginkan anaknya menderita, ibu mana yang tak mahu melihat anaknya disinari cahaya yang gilang gemilang. Namun semua itu di luar kemampuanku. Juah dari jangkauanku.

Ibu
Maaf andai aku tidak sesempurna gambaranmu. Tak sehebat keinginamu. Aku tetap aku yang bersederhana. Aku sama seperti insan lain yang ada kalanya emosi menguasai diri. Aku bukan malaikat, aku juga bukan nabi yang ma’sum dalam melakukan dosa. Tapi aku adalah manusia yang menpunyai kelemahan dan kekurangan. Mana bisa kesalahan dapat ku elakkan. Tidak banyak sedikit kesalahan dan keburukanku pasti ada!

Ibu
Aku hargai selaut kasihmu, aku tahu keinginan dan harapan seorang ibu pada anaknya. Tapi itu mustahil untuk kupenuhi. Mana bisa ku jolok bintang dilangit andai galahku hanya sehasta. Maafkan aku. Akan aku cuba menjadi anak yang terhebat buatmu. Cuba memahami dirimu sebaiknya, belajar cara mempamerkan sayang. Cuma satu pintaku terimalah aku seadanya kerana tahap kesempurnaan itu sukar kugapai.

Anakmu Ai‘hA’.(aku ini hamba ALLAH)

Daripada Anas ra Rasulullah saw bersabda : “Siapa yang meredakan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah meredakan Tuhannya .Sesiapa yang memurkaan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah memurkaan Tuhannya”
(Ibnu Najjar)

Friday, July 14, 2006

Aurat Bukan Urat

Aurat Wanita dari Firman Allah
dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-
Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat
Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi
SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An
Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.

12. Pakaian
— "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad,
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :
59.

13. Rambut
— "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


source : website tranungkite, bhgn atas, part mingguan, subpart
muslimat.
p/s; Moga orang yang menulisnya mendapat manfaat. Tutuplah aurat sebelum aurat kita nanti bakal ditutup lantaran terjaganya kita dari lena yang panjang yakni MATI.

Tuesday, July 11, 2006

JagalaH

Jagalah solatmu
Jagalah amalmu
Jagalah imanmu

Walau lantunan suara itu mudah
Mengerjakan kepayahan mengganggu
Keperitan mengikat
Kemalasan memuncak

Hindarkan
Hindarkan

Bahana
Jika kau menjaga hubungan dengan ALLAH
Maka Allah akan menjadi matamu
Menjadi hatimu
Menjadi segalanya untukmu
Lantaran kau menjagaNya maka DIA melindungimu
DIA mengasihanimu

Ya Allah moga KAU menjadi SEGALANYA buatku
yakni hamba yg sering leka bersulam alpa..

Ameen..

Yalin 06

Sunday, July 02, 2006

DaLaM HaTi

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Saturday, July 01, 2006

Karya merungkai segala

Karya merungkai segala.

Benar dari karya seseorang tidak banyak sedikit pasti kita dapat merungkaikan serta menterjemahkan apa yang tersirat dalam hati penulisnya. Bahana itu penulis sering menggunakan nama pena untuk sesebuah karya agar orang tidak mengenalinya, tidak dapat meneka dan mengetahui bicara hatinya dan apa yang difikirkannya hanya dengan menggunakan nama pena! Lihat sahaja di esastera. AJ, (saudara AJ jangan saman saya hehe) tentu sahaja sesiapa yang gemar ke esastera dan Geju mengenali insan yang bernama AJ ini tanpa melihat wajahnya. Lihat sahaja di blognya. Berapa ramai orang yang setia membaca blognya. Lihat sahaja komen disetiap enteri yang dimasukkannya. Fuh! Ramainya peminat setianya. Tanpa dikenali oleh khalayak tentu sahaja dia bebas untuk meluahkan atau melakarkan apa yang dirasakannya. Segala apa yang terbuku dihatinya dapat diluahkan tanpa sebarang sekatan. Jangan salah sangka ini bukan cara si pengecut yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya tapi ini gaya seseorang yang merendah diri. Penuliskan seorang yang perahsia. Jiwanya halus bak sutera. Terlalu sensitive terhadap perubahan rasa dan suhu. (Ceh ceh ceh pepandai jer aku ini, tapi iyolah! Penulis memang sensitive, itu afalnya) Mungkin padanya untuk apa dikhabarkan pada buana agar keporpulaan mereka tidak menyekat pergerakan mereka nanti. Kebebasan adalah bayaran diatas kepopularan itu. Macam Mawi! Kan teruk dia kena serbu. Eh apa yang saya merepek nih. Apa kena mengena dgn Mawi tersedak dia. Kasihan Ina. Apa sebenarnya yang saya nak sampaikan?

Hehe tentang karya. Dari karyanya yakni seorang sahabat saya dia ada menyentuh tentang saya. Walau kata-kata itu ditujukan secara halus tapi saya merasainya. Walau dia menafikannya hanya kebetulan tapi kebetulan itu seolah betulnya.Woi, jangan salah faham dia tidak menulis sesuatu yang menjatuhkan saya! Sebab saya kenal dia. Dia sangat baik. Itu hanya kebetulan dan secara kebetulan saya juga kebetulan merasainya. Sungguh saya tak mahu menjadi pemusnah cinta. Saya ingin jadi insan yang menyemai cinta. Insan yang membina cinta. Walau cinta bukanlah kehidupan tapi kehidupan itu memerlukan cinta. Buat dirinya selagi ada peluang, selagi ada ruang, selagi masih bernyawa, selagi itu peluang cintanya masih ada. Sungguh jangan putus asa dengan cinta. Kerana sekarang hidup saya bahagia dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Dan saya juga mahu dia menemui cintanya. Saya mengharapkan kebahagian buatnya. Harapan yang benar-benar ikhlas dari saya. Dan saya nak dia tahu saya teruja menanti karyanya yang terbaru. Teruskan tarian pena itu sahabat. Yalin menyokongmu senantiasa!!