Wednesday, July 19, 2006

KeRana Kau istiMEwa

KeRAna KAu istimewA….

Perasaan kalau dipendam bisa terbuku keresahan
Luahkan biarkan ianya dilafazkan
Walau melalui tulisan
Laksanakan agar ketenangan bisa disapa…

.Aku tak tahu kenapa aku dihimpit resah. Berperasaan sebegini. Tapi yang aku tahu selaut kasih kucurahkan padanya selain daripada PENCIPTA yang Esa. Kau insan kedua beraja dihati. Mencintaimu setulus jiwa itu yang pasti. Tapi kadangkala kelakuan tak seperti di hati. Banyak tingkah yang menyakiti. Aku tak pandai mempamer kasih menyata sayang. Cuma mengharapkan dalam kebisuan ini kau mengerti rahsia di hati. cinta yang terpatri.

Ibu
Percayalah kau ratu di hati. Maafkan aku andai kelakuanku mengundang resah di hatimu. Bukan kuinginkan kau berduka .Melukaimu aku terseksa, menguris jiwamu aku menderita. Kebahagianmu serta kecerianmu itu yang ku damba kerna kau ibuku. Namun seringkali diri menyakitimu tanpa disedari, melukakanmu tanpa disengajai. Maafkan aku ibu. Ampunkan dosaku. Tanpa redhamu mana bisa kuperoleh redha dari yang Esa.

Ibu
Harapan yang mengunung yang kau dambakan padaku membuatkan aku terseksa. Nilaian sempurna yang kau labelkan padaku buatku menderita. Aku takut ibu! Takut harapan mengunungmu musnah. Takut nilaian sempurna itu tak setanding denganku. Aku insan yang ada kekurangan. Pintaku terimalah aku seadanya. Ibu aku tahu … ibu mana yang inginkan anaknya menderita, ibu mana yang tak mahu melihat anaknya disinari cahaya yang gilang gemilang. Namun semua itu di luar kemampuanku. Juah dari jangkauanku.

Ibu
Maaf andai aku tidak sesempurna gambaranmu. Tak sehebat keinginamu. Aku tetap aku yang bersederhana. Aku sama seperti insan lain yang ada kalanya emosi menguasai diri. Aku bukan malaikat, aku juga bukan nabi yang ma’sum dalam melakukan dosa. Tapi aku adalah manusia yang menpunyai kelemahan dan kekurangan. Mana bisa kesalahan dapat ku elakkan. Tidak banyak sedikit kesalahan dan keburukanku pasti ada!

Ibu
Aku hargai selaut kasihmu, aku tahu keinginan dan harapan seorang ibu pada anaknya. Tapi itu mustahil untuk kupenuhi. Mana bisa ku jolok bintang dilangit andai galahku hanya sehasta. Maafkan aku. Akan aku cuba menjadi anak yang terhebat buatmu. Cuba memahami dirimu sebaiknya, belajar cara mempamerkan sayang. Cuma satu pintaku terimalah aku seadanya kerana tahap kesempurnaan itu sukar kugapai.

Anakmu Ai‘hA’.(aku ini hamba ALLAH)

Daripada Anas ra Rasulullah saw bersabda : “Siapa yang meredakan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah meredakan Tuhannya .Sesiapa yang memurkaan kedua orang tuanya maka sesungguhnya dia telah memurkaan Tuhannya”
(Ibnu Najjar)

No comments: