Wednesday, August 23, 2006

TanpaTajuk

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Sakit perit, itu yang aku rasa. Sebab apa? Biarlah. Biar hanya diri yang tahu selok belok penawar racun hati ini. Orang lain tidak berhak tahu. Orang lain tidak berhak melontar ayat tanya seperti kenapa? kerana akulah pemilik mutlak diri ini selain dari DIA yang mampu memanggilku dengan panggilan dan melamarku dengan pinangan mautnya. Jika jodohku sampai, aku akan dibawa ke satu daerah yang tidak pernah langsung aku jejaki selama ini. Hanya mendengar nama tempat nya di sebalik kalam yang benar.

Dalam diri ini ada hati. Dalam hati ini sarat dengan cinta. Cintaku luas. Tidak hanya pada TUHANKU, tidak hanya tertumpu pada si dia yang mendapat ruang di hatiku, tidak hanya untuk ayah ibu tercinta, tidak hanya buat kawan-kawan yang mengasihiku. Tapi cintaku ini tersebar merata. Rasa cinta yang maha luas ini membuat aku lemas dalam lautan kasih sayang yang tidak bertepi. Namun aku rafakkan kasih ini pada yang sepatutnya agar kekecewaan tidak sekali menyapaku rakus. Walau kecewa itu ada walau seribu kali ku tegas jangan hampiri aku!. Biarlah. Itu seni kehidupan yang wujud dalam fakulti jiwa. Seni yang terindah bila perasaan itu dari setitik beralih dua lantas memenuhi lohong hati ini dengan warna-warna yang menarik.

Sesekali aku berfikir sejenak. Ku cuba menanam kehijauan ini agar sentiasa dapat memanduku terang. Kerisauan menyapa takut cintaku pada insan menabrak janjiku pada Khalid. Oh tidak. Aku tak mahu sejahil itu aku mencintai manusia sehingga aku korbankan kasih teragung yang perlu ku semai padu. Hei aku ingin kahabarkan padamu. Kasih agung ini kasih abadi. Kau tidak akan kecewa apatah lagi dihukum penjara rindu. Rindu padanya nikmat sedangkan rindu pada insan ini sakit. Sakit di sini. Di hati ini kau akan tak terdaya menangung rindu. Tak percaya. Bercintalah! Ladeni rasa cinta itu. Dan khabarkan padaku nanti!

NOTA KAKI

1.KHA aka Hani Hamsyari. Nak kena betul peminat Hilmi Rindu ini. Kenapa baru kini kau katakan yang kau adalah Hani Hamsyari. Hahaha nakal ya budak bertuah ni. Sabarjelah.

2.Adik Nissa Yusof, insyaAllah kalau ada izin dari-Nya. Kita jumpa kat pasar Batu Gajah. ( Apa kelas jumpa kat pasar kan hehehe).

3.ADIK DIYA NORDIN syukran sebab selalu datang ke taratak katak ini. Ingat tau pakai spek mata itu. Orang yang pakai spek ini ayu/ macho. Macam abang permalu itu. Hehehe kacakkan dia. Kah kah kah. Yer adik rebut peluang!

4.PERINDU, biar katamu sarat dengan cinta rindu. Walau kau nafikan hidupmu tiada rindu kekosongan cinta. Kau tipu yer!!!!

5.LIANA n CAHAYA PENA n CDA Raudah juga Ummu Khair serta Yamie dan tak lupa adik SITI HASMAH moga ukhwah kita berpanjangan.

6. APPLE hei mesti tidak sabar nak konvo. Selamat sahabatku. Moga berbahagia di hari bersejarah itu nanti.

7. Buat teman yang hari lahirnya jatuh pada tanggal 26/8 . Selamat hari jadi sayang. Moga ukhwah ini berpanjangan. Sayang awak!

Sunday, August 20, 2006

SAYA, BS dan DIA

Saya, Bs dan Dia

Entah kenapa kehadiran rak buku baru menyebabkan saya memugar buku-buku kesayangan saya untuk diletakkan ke rak yang baru. Hei! Itu tindakan yang semestinya. Buku-buku kesayangan saya ini harus diletakkan di tempat yang sepatutnya. Gembira saya menyusun komik-komik kesayangan saya, Majalah Blues Selamanya, Malajah DAF, serta buku-buku ilmiah yang saya beli. Juga buku untuk saya mengajar.

Saya mula menyoroti sejarah saya dengan BS ya ALLAH sungguh banyak kenangan indah saya dengan BS. Saya baca balik komen pertama saya di ruangan HELLO BEBEH. Saya terkenang si dia yang hadir sebagai kawan dalam hidup saya hingga ke hari ini. Dialah yang memberitahu saya yang komen saya tersiar di BS via email. Dia juga yang mengajak saya berdakwah semasa saya di UPM dulu dan dia jugalah yang tak jemu-jemu bergaduh dengan saya via SMS. Dan semalam dia memberitahu sejelas-jelasnya pada saya yang dia sayang saya dah jatuh hati pada saya. Saya tidak pernah bertemu dengan dia. Tapi dia jatuh hati kerana karya saya. Pelik bukan.Saya bukan penulis agung saya hanya penulis cerpen jalanan.

Saya teringat perkenalan saya dengan seorang abang yang baik. Lantas peluang demi peluang diberikan pada saya. Saya bersyukur. Dari hanya komen di ruangan HELLO BEBEH beralih kepada satu ruang untuk saya “MEMBURU MIMPI BERSAMA NAY” tapi tak bertahan lama sebab saya suka merepek. Kemudian saya cuba-cuba menulis cerpen. Alhamdulillah diterima dengan cincangan yang kritikal. Kemudian abang itu suruh saya cuba buat novel mini. Masa itu saya terlalu naïf. Memang saya sukar untuk melakukannya. Tapi saya cuba juga. Terhasil tapi dengan hasil yang tidak berkualiti. Saya menyesal sebab tidak menghargai peluang yang datang ada hanya sekali itu. Jika saya buat yang terbaik pasti karya saya menjadi tatapan umum. Syukran jazilan buat abang yang baik itu. Jasa abang yang baik itu tak saya lupa sampai bila-bila. Abang tu dah jadi SIFU saya dulu, kini dan selamanya.

Itu sebab saya kan marah pada orang yang diberi peluang tapi tidak menghargainya sebaik mungkin. Saya insan yang suka sangat kalau diberi peluang untuk menulis. Itu seolah-olah kepercayaannya pada saya. Buat dia syukran sebab memberi saya peluang untuk membantunya. Percaya tak, kalau saya katakan saya belajar dari setiap tugasan saya yang berbayar itu. Awalnya saya menolak bayaran tapi dia menasihatkan bahawa setiap kerja perlu mendapat upahnya. Syukran buat dia. Syukran yer. Saya tak akan lupa sampai bila-bila.

Saya baca balik BS lama-lama. Heheh saya teringat kartun BLUES KEHIDUPAN by BAWANG. Ini yang kartun paling saya minat. Karya BOYOK juga saya minat, ingat lagi watak Abang Faisal, Sue, Kak Ana erm memang best. X-gen mulanya saya tak minat sebab saya minat pada orang yang lukih komik tuh heheh (ketawa sambil jelir lidah). Tapi lama-lama baru saya minat x-gen. Sebab adik saya Zubir suka sangat baca karya JAKALLL itu. Karya BLUE dan V-KEYpun saya suka. Keladi pun sama. TOPAN citer 17 ‘n’ STORY dia yang saya minat. Lukisan dia cantik tapi seksi giler. Malu saya nak tengok lebih-lebih. KIND JK hahah ‘hatiku terkoyak lagi’ bahasa cinta yang terlalu hiperbola. Dia mmg karat. Sekarat-karatnya.

Hahah karya ANNE D FERRA, NIGHTMAN dalam blues tengah malam. Ini saya jarang baca sebab takut hahaha. Hei nak tahu tak BS banyak peningkatan. Dulu tak ada PAC, sekarang dah ada. PAC ini ibarat sebutir bintang tau! ( lepas ni mesti dia perasan gila heheh) Dulu tak ada BLUR sekarang dah ada. Dulu tak ada sesuatu antara waktu sekarang itulah yang bestnya. Dulu tak ada SANGBOGOROYO tgk sekarang dia ada. Dulu APPLE tak ada. Sekarang damai di hati boleh kita cari bersama APPLE. Cayok! Cayok! APPLE! Hei yok ramai-ramai beli BS.

Ada kenangan indah antara saya dan BS. Hidup Blues Selamanya! Kerana BS hati saya melonjak-lonjak untuk mencapai cita sebagai PENULIS selain peranan cikgu yang saya bawa selama ini. (Ini kalau mak dengar mesti marah! Heheh )

Salam dari Yalin.

Tuesday, August 15, 2006

LIMAZA

Kenapa ya? Kenapa seseorang itu berpaling dari cahaya menuju zulmat. Di mana salahnya? Di mana silapnya? Apakah yang sedang berlaku? Tolong jawab untukku. Biar jeles segala pertayaan yang mula bersarang serabut di fakulti mindaku.


Cahaya
Kezulmatan
Kau padam cahaya
Kau kejar zulmat

Akalmu waras?
Aku jadi sangsi
Tindakanmu benar?
Atau kau dikaburi janji dunia.

Kembalilah
Jika masih ada cahaya
Yang menyuluh dalam kelam

Kembalilah
Jika secalit iman itu
Memberi kekuatan

Mungkin kau kabur
Langkah mula merapu

Insanyalin 06

Wednesday, August 09, 2006

Renung-renungkan...

Adat Bersendikan Hukum ,
Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Menyata dan Adat Menurut


renung-renungkan.
Majulah Islam buat semua. Ingat bila kita pinggirkan ISLAM hidup kita akan kelam. Lihatlah sejarah. Bagaimana zaman gelap melanda Eropah? Adakah kalian telah buta. Moga Lina anak pak Akob ini tidak buta matanya. Ameen.

Tuesday, August 08, 2006

TENTANG ogos lagi

Catatanku pada 5 OGOS

5 ogos melakar cetera, hari jadinya juga hari jadi ayahku. Kebetulan yang sungguh tidak ku jangka! Mereka berkongsi hari lahir yang sama. Bahana dia sahabatku aku mungmungkan di sini dengan talunan gembira bahawa hari ini hari jadi dia yakni sahabatku dan juga hari lahir insan yang amat ku sayang yakni ayahku. Sahabatku itu bernama SANGBOGOROYO atau nama machonya Dicky Khuzairy . Moga dia sentiasa ceria dan bahagia hendaknya. Itu yang kuharapkan buatnya. Tambahan baru-baru ini dia baru kehilangan insan tercinta. Al-fatihah buat arwah bapanya. dan ku doakan ketabahan di hatinya dan sentiasa miliknya.

Buat ayahku, YAACOB BIN JUWAHER. Selamat hari jadi ayah. Selamat hari jadi. Moga ayah sentiasa di bawah lindungan-Nya dan sentiasa ceria dan sihat selalu. Sempena hari jadi ayah ni, kita nak jalan mana? Heheh tak sabar tunggu ayah pulang.

Ogos juga hari lahir insan biasa dalam hidupku. Mohd Khairul Riza Bin Tuan Yusop. Dia juga sahabat terulungku yang mendapat tempat dalam hati ini. Sikit ajer tempatnya, tak banyak. Heheh kalau dia baca mesti dia marah. Marahlah orang tak takut! Haha aku yang sentiasa nakal. Tapi ingat kenakalanku yang sedikit ini tidak sampai memusnahkan buana. Aku tetap mendaulatkan pencipta dan merendah sebagai hamba-Nya.

Ogos juga hari lahir sahabatku tersayang AIFA JASNI. 28881. Dia dulu kupanggil Sifu sebab dia yang mengajarku cara nak bawa motor. Aku yang dulu terlalu takut nak bawa motor. (Rasanya sampai sekarang kut) Terasa bagai semua kenderaan di hadapanku ingin melanggar matiku. Aifa syukran sahabat. ABC yang kujanjikan masih belum lagi membasahi tekakmu. Ampun. Akan aku pastikan kita akan bersua nanti. Pasti! Dan saat itu kita akan bergembira menikmati ABC..heheh salam sayang buat dirimu dariku.

Ogos ini membuat rinduku membuak pada sahabatku SITI FATIMAH. Hei awak ! minta maaf sebab mak angkat kepada anakmu ini belum lagi menjengukkan mukanya untuk melihat wajah hensem anakmu. Tiga bulan bukan, usia anak angkatku itu. Wahai Fatimah sesungguhnya aku tak sabar nak menjenguk anak angkatku itu! InsyaAllah nanti akan ku sampai juga ke N9 , untuk bersua denganmu sahabat dan juga anak angkatku itu. Mesti dia cantik sepertimu. Eh bukan cantik, hensem!

29 JULAI yang lalu, hari jadi adik Amal. Adik, akak tak pernah lupakan adik. Sentiasa adik dalam ingatan. 26 julai juga hari jadi adik SITI HASMAH, adik selamat hari lahir. Minta maaf sebab kakakmu ini lelah dalam mengejar masa. Bukan ku tak ingat tapi lantaran kesibukan dan entah apa2 benda yang aku buat. Aku mengabaikanmu. Salam kemaafan. Hei ari tu orang call rumah tak ada orang angkat pun adik Has!! Oh ya katak yang cantik kiriman itu tu, akak dah letak dalam keta. Katak itu akak namakan Katak Haslin sempena nama kita dua yer.

Salam kemaafan buat semua. Yalin ini tak lari dari silapnya. Ampunkan yer. Salam Ogos setelah berakhir JULAI . Sekarang Rejab .Tak lama lagi lepas Syaaban lantas Ramadan bertandang. Hei! Betapa aku rindu akan Ramadan itu!!! Moga sempat untuk aku bersamanya. Mudah-mudahan. Ameen.


CATATANKU selepas 5 ogos

Kami sekeluarga menyambut hari Jadi ayah. Potong kek, makan bihun tomyam dan beberapa juadah yang lain. Heheh hope ayah gembira. Aku hanya menghadiahkan angpau buat ayah. Hope ayah ceria, tak tahu nak beli apa untuk ayah. Rasanya semua ayah dah ada. Hari itu meriah juga sebab semua ada. Hisham ada, Kak ngah n Abang Ngah ada, Haziq yang sentiasa cute n cute, Kak Long yang jelita, Zubir yang perasan macho heheh , erm kiranya satu family berkumpul. Ayah doaku agar kesejahteraan dan kebahagiaan memayungi hidupmu ayah. Ketahuilah ayah kami semua yakni anak-anakmu teramat sayang akan kamu. Love u ayah n I love my Famili n u too, Riz. Hehe. (jangan nak perasan Riz). Untuk awak, nak kena belasah!! Kih kih kih.

Salam penuh kecintaan dari Yalin.

Wednesday, August 02, 2006

Ogos yang Ceria

BULAN Ogos kembali menyapa.
Setahun sudah usia blog yalin. Yalin ingat lagi blog ini hadiah dari Brad. Dia memang baik. Kalau dia bujang memang dah lama yalin tackle (kih kih kih ini gurau jer ek? Bukan betul-betul. Selain Sifu Rodin, dia juga sifu Yalin so kena hormat) . Yalin ingat lagi suatu malam di bulan Ogos tahun lalu. Brad bagi mesej. Dia suruh Yalin buka email. Ada hadiah untuk Yalin. Buka-buka ada blog untuk Yalin. Heheh masa itu warna dia biru. Ada gambar kartun perempuan. Brad tahu Yalin suka warna biru dan suka tengok kartun. Syukran Brad. Pastu Brad letak cerpen Yalin yang keluar kat BS. Takdir Cinta Luka tajuknya. Masa itu memang happy sangat. Orang tak tahu nak buat blog tau. Orang pernah cuba buat tapi tak jadi. Alih-alih ada orang hadiahkan. Memang best sangat. Brad juga buatkan email baru untuk yalin. Yalin_lina@yahoo.com. Suka sangat dengan email itu. Cute jer namanya. Orang pun tak pernah terfikir nak buat email cam tuh. Tapi brad ini memang kreatif. Rasanya selain Sifu Rodin, brad memang boleh jadi abang yang sangat baik. Syukran Brad, syukran. Orang akan sentiasa sayang dan hormat Brad sampai bila-bila. Itu janji orang. Sebab Brad orang pertama yang sudi menjadi sifu dan memberi dorongan buat ana yang masih bertatih dalam menulis ini. Syukran Brad, Syukran sifu jasamu selamanya dalam ingatan. Nak tahu tak? Orang yang paling orang nak jumpa sekali kat MOY ialah sifu Brad selain sifu Rodin yang hensem bangat itu. Orang nak ucap terima kasih banyak-banyak. Tunggulah orang jejak MOY nanti ya. Jangan tak tunggu!

Bulan lapan juga hari jadi ayah orang. Tahu tak ayah orang berkongsi hari jadi dengan sahabat orang? Heheh nak tahu siapa dia tunggu!

Salam dari Yalin
P/s: Buat Anjang, Perindu, Nile, Diya dan semua yang datang ke teratak katak Yalin ini Syukran yer.