Wednesday, August 23, 2006

TanpaTajuk

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Sakit perit, itu yang aku rasa. Sebab apa? Biarlah. Biar hanya diri yang tahu selok belok penawar racun hati ini. Orang lain tidak berhak tahu. Orang lain tidak berhak melontar ayat tanya seperti kenapa? kerana akulah pemilik mutlak diri ini selain dari DIA yang mampu memanggilku dengan panggilan dan melamarku dengan pinangan mautnya. Jika jodohku sampai, aku akan dibawa ke satu daerah yang tidak pernah langsung aku jejaki selama ini. Hanya mendengar nama tempat nya di sebalik kalam yang benar.

Dalam diri ini ada hati. Dalam hati ini sarat dengan cinta. Cintaku luas. Tidak hanya pada TUHANKU, tidak hanya tertumpu pada si dia yang mendapat ruang di hatiku, tidak hanya untuk ayah ibu tercinta, tidak hanya buat kawan-kawan yang mengasihiku. Tapi cintaku ini tersebar merata. Rasa cinta yang maha luas ini membuat aku lemas dalam lautan kasih sayang yang tidak bertepi. Namun aku rafakkan kasih ini pada yang sepatutnya agar kekecewaan tidak sekali menyapaku rakus. Walau kecewa itu ada walau seribu kali ku tegas jangan hampiri aku!. Biarlah. Itu seni kehidupan yang wujud dalam fakulti jiwa. Seni yang terindah bila perasaan itu dari setitik beralih dua lantas memenuhi lohong hati ini dengan warna-warna yang menarik.

Sesekali aku berfikir sejenak. Ku cuba menanam kehijauan ini agar sentiasa dapat memanduku terang. Kerisauan menyapa takut cintaku pada insan menabrak janjiku pada Khalid. Oh tidak. Aku tak mahu sejahil itu aku mencintai manusia sehingga aku korbankan kasih teragung yang perlu ku semai padu. Hei aku ingin kahabarkan padamu. Kasih agung ini kasih abadi. Kau tidak akan kecewa apatah lagi dihukum penjara rindu. Rindu padanya nikmat sedangkan rindu pada insan ini sakit. Sakit di sini. Di hati ini kau akan tak terdaya menangung rindu. Tak percaya. Bercintalah! Ladeni rasa cinta itu. Dan khabarkan padaku nanti!

NOTA KAKI

1.KHA aka Hani Hamsyari. Nak kena betul peminat Hilmi Rindu ini. Kenapa baru kini kau katakan yang kau adalah Hani Hamsyari. Hahaha nakal ya budak bertuah ni. Sabarjelah.

2.Adik Nissa Yusof, insyaAllah kalau ada izin dari-Nya. Kita jumpa kat pasar Batu Gajah. ( Apa kelas jumpa kat pasar kan hehehe).

3.ADIK DIYA NORDIN syukran sebab selalu datang ke taratak katak ini. Ingat tau pakai spek mata itu. Orang yang pakai spek ini ayu/ macho. Macam abang permalu itu. Hehehe kacakkan dia. Kah kah kah. Yer adik rebut peluang!

4.PERINDU, biar katamu sarat dengan cinta rindu. Walau kau nafikan hidupmu tiada rindu kekosongan cinta. Kau tipu yer!!!!

5.LIANA n CAHAYA PENA n CDA Raudah juga Ummu Khair serta Yamie dan tak lupa adik SITI HASMAH moga ukhwah kita berpanjangan.

6. APPLE hei mesti tidak sabar nak konvo. Selamat sahabatku. Moga berbahagia di hari bersejarah itu nanti.

7. Buat teman yang hari lahirnya jatuh pada tanggal 26/8 . Selamat hari jadi sayang. Moga ukhwah ini berpanjangan. Sayang awak!

2 comments:

Hani said...

Sukanya saya bila Kak yalin sebut 'peminat Hilmi Rindu' :)

Jangan marah ye kak. Nanti hilang keayuan :D

(sebenarnya ramai yg tak tau kHa=HaniHamsyari. Siapa baca kat blog kak Yalin ngan kak Rozais al-Anamy, mesti diorg dah tau dah lepas ni). Eheh...

Perindu said...

Tercipta rindu buat mereka yang mengarti
Tercipta kasih bagi yang mempercayai
Tercipta sayang buat yang ikhlas dalam melafazkannya

Rindu kunci hijab tersembunyi
Wujud pada yang menyedari
Ada dalam tiada....

-= Perindu =-
1257240806

Salam buat yalin, tiada pernah saya menipu bila saya membenarkan kalimah rindu dan cinta dalam bicara saya, walau terkadang cinta dan rindu itu bukan milik saya.

Cuma soal cinta dan rindu terlalu luas seperti mana coretan awak dalam perenggan ketiga ;).

Bukankah hidup kita dikelilingi aura cinta dan rindu yang mana ia membentuk nilai kehidupan. Bedanya tak semua rindu dan cinta itu milik kita.

Hehe yang tersurat tak sepertinya sama seperti tersirat, kegelapan tak berarti kejahatan seperti mana terang tak berarti membawa kebaikan.

Mohon maaf andai bicara saya menimbulkan salah faham dalam diri awak.

Salam kerinduan dari saya.