Tuesday, August 08, 2006

TENTANG ogos lagi

Catatanku pada 5 OGOS

5 ogos melakar cetera, hari jadinya juga hari jadi ayahku. Kebetulan yang sungguh tidak ku jangka! Mereka berkongsi hari lahir yang sama. Bahana dia sahabatku aku mungmungkan di sini dengan talunan gembira bahawa hari ini hari jadi dia yakni sahabatku dan juga hari lahir insan yang amat ku sayang yakni ayahku. Sahabatku itu bernama SANGBOGOROYO atau nama machonya Dicky Khuzairy . Moga dia sentiasa ceria dan bahagia hendaknya. Itu yang kuharapkan buatnya. Tambahan baru-baru ini dia baru kehilangan insan tercinta. Al-fatihah buat arwah bapanya. dan ku doakan ketabahan di hatinya dan sentiasa miliknya.

Buat ayahku, YAACOB BIN JUWAHER. Selamat hari jadi ayah. Selamat hari jadi. Moga ayah sentiasa di bawah lindungan-Nya dan sentiasa ceria dan sihat selalu. Sempena hari jadi ayah ni, kita nak jalan mana? Heheh tak sabar tunggu ayah pulang.

Ogos juga hari lahir insan biasa dalam hidupku. Mohd Khairul Riza Bin Tuan Yusop. Dia juga sahabat terulungku yang mendapat tempat dalam hati ini. Sikit ajer tempatnya, tak banyak. Heheh kalau dia baca mesti dia marah. Marahlah orang tak takut! Haha aku yang sentiasa nakal. Tapi ingat kenakalanku yang sedikit ini tidak sampai memusnahkan buana. Aku tetap mendaulatkan pencipta dan merendah sebagai hamba-Nya.

Ogos juga hari lahir sahabatku tersayang AIFA JASNI. 28881. Dia dulu kupanggil Sifu sebab dia yang mengajarku cara nak bawa motor. Aku yang dulu terlalu takut nak bawa motor. (Rasanya sampai sekarang kut) Terasa bagai semua kenderaan di hadapanku ingin melanggar matiku. Aifa syukran sahabat. ABC yang kujanjikan masih belum lagi membasahi tekakmu. Ampun. Akan aku pastikan kita akan bersua nanti. Pasti! Dan saat itu kita akan bergembira menikmati ABC..heheh salam sayang buat dirimu dariku.

Ogos ini membuat rinduku membuak pada sahabatku SITI FATIMAH. Hei awak ! minta maaf sebab mak angkat kepada anakmu ini belum lagi menjengukkan mukanya untuk melihat wajah hensem anakmu. Tiga bulan bukan, usia anak angkatku itu. Wahai Fatimah sesungguhnya aku tak sabar nak menjenguk anak angkatku itu! InsyaAllah nanti akan ku sampai juga ke N9 , untuk bersua denganmu sahabat dan juga anak angkatku itu. Mesti dia cantik sepertimu. Eh bukan cantik, hensem!

29 JULAI yang lalu, hari jadi adik Amal. Adik, akak tak pernah lupakan adik. Sentiasa adik dalam ingatan. 26 julai juga hari jadi adik SITI HASMAH, adik selamat hari lahir. Minta maaf sebab kakakmu ini lelah dalam mengejar masa. Bukan ku tak ingat tapi lantaran kesibukan dan entah apa2 benda yang aku buat. Aku mengabaikanmu. Salam kemaafan. Hei ari tu orang call rumah tak ada orang angkat pun adik Has!! Oh ya katak yang cantik kiriman itu tu, akak dah letak dalam keta. Katak itu akak namakan Katak Haslin sempena nama kita dua yer.

Salam kemaafan buat semua. Yalin ini tak lari dari silapnya. Ampunkan yer. Salam Ogos setelah berakhir JULAI . Sekarang Rejab .Tak lama lagi lepas Syaaban lantas Ramadan bertandang. Hei! Betapa aku rindu akan Ramadan itu!!! Moga sempat untuk aku bersamanya. Mudah-mudahan. Ameen.


CATATANKU selepas 5 ogos

Kami sekeluarga menyambut hari Jadi ayah. Potong kek, makan bihun tomyam dan beberapa juadah yang lain. Heheh hope ayah gembira. Aku hanya menghadiahkan angpau buat ayah. Hope ayah ceria, tak tahu nak beli apa untuk ayah. Rasanya semua ayah dah ada. Hari itu meriah juga sebab semua ada. Hisham ada, Kak ngah n Abang Ngah ada, Haziq yang sentiasa cute n cute, Kak Long yang jelita, Zubir yang perasan macho heheh , erm kiranya satu family berkumpul. Ayah doaku agar kesejahteraan dan kebahagiaan memayungi hidupmu ayah. Ketahuilah ayah kami semua yakni anak-anakmu teramat sayang akan kamu. Love u ayah n I love my Famili n u too, Riz. Hehe. (jangan nak perasan Riz). Untuk awak, nak kena belasah!! Kih kih kih.

Salam penuh kecintaan dari Yalin.

No comments: