Saturday, October 28, 2006

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta

Cinta itu sungguh luar biasa. Cinta yang bersulam redha dan hanya berpaksikan Allah semata-mata. Tiba-tiba saya menjadi seorang perindu. Rindu untuk menjadi pencinta kepada insan yang benar-benar mencintai Allah. Watak Fahri Abdullah Sidiq memberi kesan dalam diri dan hati saya sehingga rindu mengamit saya untuk turut sama menyintai dan mengasihi dirinya. Cinta yang terbangun dengan redha Allah ni benar-benar mengujakan saya. Percintaan yang cantik sekali disertai dengan adab-adab yang menarik serta keluhuran Islam itu sendiri membuat kisah ini menyentuhkan hati sehingga gerimis bisa melanda hati saya.

Lelaki yang Soleh. Itulah Idaman setiap muslimah. Siapa yang tidak mahu bila terpandang sahaja wajahnya cinta pada Allah bersemi. Bila mendengar tuturnya kebesaran Allah dirasai, bila bersama dengannya nikmat iman itu menyelubungi. Bertuah Aisha bersuamikan Fahri. Bertuah Maria dapat bergelar isteri kepada insan yang soleh.

Ya Allah kisah cinta ini sungguh luar biasa. Kerana apa luar biasa itu wujud? Kerna ia sarat dengan ayat-ayat Quran serta ajaran Islam yang luhur itu.

‘ Aku masih mencium bau syurga. Wangiannya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya.Di sana ku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selamanya.’ (petikan dari Novel Ayat-Ayat Cinta)

Cinta itu bukan sahaja di dunia. Di dunia aku untukmu di akhirat juga aku ingin tetap bersamamu. Andai ku temui insan semulia FAHRI alangkah indahnya. Dan saat itu dapat aku dengar hati ini berdendangkan kepujian melangit untukNya seperti kesyukuran Zulaika yang dapat mempersuamikan Nabi Yusuf a.s.

Dunia ini bukan sebesar daun anggur. Banyak lagi lelaki soleh yang bisa kita termui. Kata-kata dari Fahri yang membuat hati ini tersenyum. Hei saya benar-benar meladeni buku ini dengan setulus rasa hati saya. Syukran buat Riza sebab membenarkan saya meminjam bukunya. InsyaAllah saya akan beli buku ini untuk simpanan sendiri biar Ayat-Ayat Cinta ini memandu saya untuk melayari bahtera cinta saya buat insan dalam
keredhaanNya.

Hati saya kini dipenuhi cinta. Hahaha moga ayat cinta mampu menghiburkan kalian juga. Dan membuka mata kalian walau apa juga situasi kita. Yang di atas itu jangan sekali luput dalam ingatan. Buat Saudara Habiburrahman El Shirazy moga limpahan rahmat Allah keatasmu. Syukran atas hasilan Novel yang membuka mata hati dan iman ini.

Yang meladeni dengan setulus rasa cinta
InsanYalin 06

Thursday, October 26, 2006

Ucapan raya Yalin hehehe

Salam Lebaran

Teringin pula nak buat ucapan Hari Raya buat semua sahabat/sahabiah yang selalu jenguk blog Yalin. Syukran. Buat

1.KAY – Syukran sebab singah blog akak. Salam adilfitri buat adik. Moga ukhwah ni kekal selamanya.
2.GILD – Salam lebaran buat adik. Bila nak balik Malaysia ini? Balik jangan tak balik tau. Hehehe . Oh ya biru mmg menawan kan?
3. MAWAR – Salam lebaran juga buat adik. Akak minta maaf zahir batin andai tersalah kata, atau apa sahaja.
4.PU3 – salam lebaran dan kemaafan. Makan kuih itu jangan lupa Yalin.
5.JIDAH – Syabas sebab puasa penuh. Boleh dapat duit raya itu. Nanti akak bagi kat ATM tapi no pin cari sendiri ya. Hehehe
6. NILE n APPLE – Salam lebaran dan salam kemaafan buat korang. Miss u always.
7.SF – Syukran juga sebab jenguk blog Yalin. Saya tak rajin mana menulis. Tengah kontang idea ni.
8. LOBAM- Sis dah baca cerpen adik. Best ! Tahniah dan teruskan usaha. Adik tanya cerpen akak mana? Tu ada di situ heheheh
9.PERINDU – Salam lebaran dan kemaafan. Putih tidak semestinya suci dan hitam tidak semestinya bernoda mengetuk diriku untuk berfikir. Syukran kadangkala bicaramu buat aku berfikir. Syukran sahabat.
10. IN_UBIE – Selamat hari raya adik, maaf zahir batin.
11. Nissa’Yusof – Bila nak datang rumahnya? Selamat hari raya ya adik Nissa.

BUAT TEAM BS, Selamat Hari Raya buat semua. Yalin dah beli dah BS 108. Memang best!! Cayalah. Teruskan usaha. Oh ya Buat adik PAC ending LM2C tu cantik. Akak suka, hahaha. Salam n wasalam.

Friday, October 20, 2006

BAHANG LEBARAN

PUISI BAHANG LEBARAN

Terhidu haruman lembaran
Bertamu menganti Ramadan
Bertalun takbir kemenangan
Mengisi segenap buana

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Laungan kebesaran itu
Menitip keinsafan
Membuka satu persatu naifku
Terbenam aku kekerdilan

Sekali lagi
Aku mabuk dalam khamar keasyikkan
Menghayati kemerduan
Memuji Tuhan
Allah ya Rahman
Allah ya Rahim.

INSANYALIN

p/s: Saya dah terlampau banyak buat cerpen. sebulan saya rehat dari membuat cerpen cinta. Mencari kelainan dalam berkarya mungkin kisah cinta saya sama sahaja. Jadi tunggu karya kelainanku tentang cinta hahaha. (gelak jahat0

Oh ya sempena lebaran yang akan menjelma tak lama lagi. yalin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada sesiapa yang terasa dirinya telah disakitkan oleh yalin. Minta maaf bukan sengaja. saya insan lemah yang tidak lari dari dosa. maka ceria-ceriakan diri anda sempena ramadan ini. Yalin nak duit raya boleh?

syukran buat SANG HENSEM, MYRA kiut, AKMA, LOBAM ( TAHNIAH karya di BS 108),Adik Nissa, Pu3, Adik Gild dan semua yang melawat blog Yalin. Salam lebaran buat semua. Yok main bunga api!!!

Thursday, October 19, 2006

Yahoo!!!

Pagi ini saya ceria. Saya sebenarnya tengah berusaha untuk membaiki blog saya yang comot. Sifu saya inginkan saya belajar untuk menguruskan blog dengan sendiri. Tapi saya benar-benar tidak tahu. Saya tahu sikit-sikit jer. Seperti nak tambahkan link dan sebagainya. Saya tanya brad,saya tanya pada nile, saya tanya cikgu ramy saya tanya pada semua orang . Saya rasa macam nak muntah tengok benda yang saya tak faham (kod-kod html). Sampaikan saya tekad untuk belajar cara membuat blog yang baru ini hasilnya.
  • Nay


  • Saya sedang mengkaji kod-kod html. Baru saya tahu sukar juga untuk mempelajarinya. Syukran sifu. Syukran sifu atas pertolongan membaik pulih blog saya sehingga ada yang memuji. Hei blog ini bukan hasil dari pengetahuan saya tapi dari sifu saya, Brad (Bro Rodin juga Sifu saya). Brad syukran yer saya memang suka dan cinta warna biru ini. Syukran. Hehehe. Yahoo!!! Saya gembiranya. Saya tengah meleret panjang ini. Jangan matikan senyuman dibibir saya.

    Oh ya selamat berpuasa. Berkobar-kobar saya untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadan ini. Buat sifu, selamanya saya akan kenang jasa sifu. Dialah abang dan sifu saya. Saya benar-benar sayang dia. Ha ha ha ha. Setulus hati saya katakan ini!

    Wasalam.

    p/s saya terkejut sebenarnya apabila pagi ini blog saya dah cantik. Saya ingat saya kena mengadap sendirikod2 itu untuk pulihkan blog kesayangan saya ni. hahaha sukanya saya. SYUKRAN SIFU!!! saya tengah jerit kuat-kuat ni.

    Saturday, October 14, 2006

    DARIKU UNTUKMU

    SALAM AKHIR RAMADAN SAHABAT
    SALAM LEBARAN YANG BAKAL MENJELMA
    SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA
    ANDAI INSANYALIN INI ADA MENYAKITI
    SESUNGGUHNYA IKATAN UKHWAH YANG TERBINA INI
    PERSIS KUNTUMAN BUNGA
    YANG MEMBERI DAMAI DI HATI
    SENYAP TAK BERERTI LENYAP
    DALAM HATI INI ADA RINDU YANG MEMBARA

    SYUKRAN PADA YANG MELAWAT TERATAK KATAK YALIN.PERINDU, SYUKRAN ATAS KATA INDAHMU. NILE, SYUKRAN ATAS PERTOLONGANMU, JIDAH, SYUKRAN ATAS KUNJUNGANMU, HAIZAM,KAU MENINGATKANKU TTG KENENGAN DI UPM...ERM SYUKRAN BUAT SEMUA.

    Wednesday, October 04, 2006

    PUISI YALIN

    PUISI YALIN

    Izinkan

    Izinkan aku mabuk
    Meneguk khamar keasyikkan ibadat

    Izinkan aku melebur dosa
    Yang terhimpun di dada kejahilan

    Izinkan aku mencungkil keinsafan
    Menghimpun ketaqwaan
    Untuk ku persembahkan padaMu

    Izinkan aku dalam berada
    Dalam kenikmatan nyawa ini

    Ya TUHAN
    Moga RAMADAN meyentak lenaku
    Kezulmatan beralih sinar

    InsanYalin06


    PROSAIK

    Ini puisi prosaik
    Tercipta dikala aku kosong
    Untuk apa matamu tertancap lagi?
    Mengapa masih menatap?

    Kau tertipu
    Aku terlongo
    Amaran sudah ku beri
    Kutalun berkali-kali
    Kau masih lagi meladeni

    Hei RAMADAN hanya sekali
    Ia bukan prosaik tapi sesuatu
    Yang progresif!

    InsanYalin 06


    INSAN

    Bahana aku insan
    Terlupa aku
    Yang dia memandangku tajam
    Menyapa dalam bahasa bisu
    Yang jahil untuk aku mengertikan

    Bahana aku insan
    Aku terlupa
    Namaku bisa tercatat diukiran nisan
    Terpasak di bumi TUHAN

    Bahana aku insan
    Aku harus bangkit
    Mengagung TUHAN
    Bangkit mengisi RAMADAN!

    InsanYalin 06


    BERAT
    SAJEN)

    Aaaaaa !!! Beratnya mata!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!!! Beratnya nak sahur!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!!! Beratnya nak pergi Tarawih!
    ZZZzzz

    Aaaaaa!! Beratnya nak baca Quran!
    ZZZzzz

    Arghhhh!! Beratnya badanku!!!
    Dari S bertukar XL
    TIDAK!!!!
    Baju kebayaku sudah tak muat!!!

    InsanYalin 06

    p/s:Afalnya katak itu suka melompat..agaknya tu sebab hari pun dia lompat. Biarlah Brad 31/9/06 tu, kenangan. Idea buat cerpen tak ada maka terimalah puisi dari saya Putri Katak..

    Monday, October 02, 2006

    ermmm...

    30/9/06
    Cicak Oh Cicak

    Seberani saya rupa-rupanya ada binatang yang kecil saiznya bisa menakutkan saya. Walaupun tubuh saya berkali ganda besar dari tubuhnya tetapi binatang kecil itu mampu menarik seluruh kegelian dan ketakutan saya. CISS!! Kenapalah saya boleh takut pada haiwan yang tidak semengah itu? Kenapalah saya boleh gerun padanya sedangkan kalau saya pijak dia tentu dia mati katak!! Alahai bencinya saya.

    Semalam balik dari mengajar kelas tuisyen dan seusai saya melakukan apa-apa yang patut kelihatan anak saudara saya dengan Mak Longnya ( Kak Long saya) sedang mempamer senyum. Terkejut saya bila mendapati di tangan Kak Long saya ada seekor cicak. Ya ALLAH gelinya saya. Tak dapat saya bayangkan cicak itu yang rimas atau mungkin barangkali lemas berada dalam gengaman kakak saya ( hehe padahal saya geli tengok afalnya cicak itu) . Kakinya, ekornya, badannya dan mukanya eee keseluruhannya menakutkan saya!

    Saya benci cicak. Semalam saya telah menjerit-jerit ketakutan bila disuakan seekor cicak. Saya lihat anak saudara saya yang ketot itu tergelak-gelak melihat Mak Udanya yang ketakutan ni. Dia memang nak kena!

    Kak Long: Ziq, cam mana mak uda jerit takut cicak?
    Haziq: Aaaa (pandai dia mengajuk saya sambil mengeleng-geleng kepalanya cis!!!)

    Kak Long: Ziq nak bagi siapa cicak ni?
    Haziq: Da..Da
    Saya: (Sabarjelah budak ketot ini)

    Sebenarnya saya ketakutan tapi tidak dapat sempunyikan gelak saya bila anak kecil yang baru berusia setahun empat bulan itu mengusik saya. Akhirnya saya lari bersembunyi di bilik. Tolonglah Jangan kejar saya dengan cicak!! Saya boleh menangis bila orang lemparkan cicak pada saya. Dan barangkali juga saya boleh mati ketakutan bahana seekor cicak!!!

    P/s: Selamat berpuasa moga kita tak lupa membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yang tiada teman tadarus bolehlah mengikuti tadarus Al-Quran di TV 1 jam 3.30 am. Tapi pagi semalam pukul 4 baru mula. Sekurang-kurangnya kita ada temam untuk bertadarus. Hidupkan Ramadan. Hidupkan malam. Cicak mati pun tak per! Hahaha – pesanan dari peminat RTM yer yer jer. Hehehe.

    31/9/06

    Seronok sangat. Ayah dan Hisham ada. Suasana berbuka puasa begitu meriah. InsyaAllah minggu depan ayah sudah tidak lagi kerja di KL. Ayah akan balik Perak buat selamanya. Heheh syoknya!! Dah tak jauh lagi dengan ayah. Ayah dah pencen. Umurnya sudah masuk 55 tahun. Tapi ayahku ini masih lagi gagah dan bergaya. Memang suka ayah balik sekurang-kurangnya zubir berpotensi menjadi anak yang cemerlang. Ayah memang tegas dalam mendidik anak. Tegas dalam sayang. Hehehe.

    1/10/06

    Cepat masa berlalu. Sudah bulan sepuluh. Tarian pena ini masih beku. Entah apa yang ditunggu. Kemalasan semakin berganda-ganda. Rindu nak menulis tapi kekeringan idea membantut segala. Entah kenapa nak bangun pagi pun terasa berat. Yang nyata jam yang berbunyi 3.30 pagi saya biarkan ia menyanyi tanpa respon yang sepatutnya. Asyik saya membatukan diri. Ternyata kalah sedangkan syaitan di dunia semua tergari. Mungkin syaitan dalam diri yang bermaharajalela. Argh! Saya perlu sali! Ramadan bukan datang selalu. Saya kena menghargai peluang yang ada! Mana tahu entah tahun depan insanyalin hanya tinggal pada nama yang tercatat pada seketul batu berukir yang terpacak di dada bumi.Siapa tahu.

    2/10/06

    Hari ini students saya ambil PMR. Buat pelajar-pelajar saya di HG, moga dapat jawab soalan dengan baik. Cikgu doakan. Ameen. Buat students saya di pusat Tuisyen SCI Dedikasi moga buat yang terbaik juga. Ingat man jada wa jada. Siapa berusaha pasti berjaya. Buat Ika, Faieza dan Biman juga Solehah buat yang terbaik. Kamu boleh jika kamu mahu. Aie, Isya, Ain dan Hidayat , cikgu juga doakan buat korang.

    Ya Allah moga KAU permudahkan studentsku menjawab kertas PMR dengan baik. Bantulah mereka Ya ALLAH. Moga mereka mengingati segala apa yang telah mereka pelajari. Amin.