Saturday, October 28, 2006

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta

Cinta itu sungguh luar biasa. Cinta yang bersulam redha dan hanya berpaksikan Allah semata-mata. Tiba-tiba saya menjadi seorang perindu. Rindu untuk menjadi pencinta kepada insan yang benar-benar mencintai Allah. Watak Fahri Abdullah Sidiq memberi kesan dalam diri dan hati saya sehingga rindu mengamit saya untuk turut sama menyintai dan mengasihi dirinya. Cinta yang terbangun dengan redha Allah ni benar-benar mengujakan saya. Percintaan yang cantik sekali disertai dengan adab-adab yang menarik serta keluhuran Islam itu sendiri membuat kisah ini menyentuhkan hati sehingga gerimis bisa melanda hati saya.

Lelaki yang Soleh. Itulah Idaman setiap muslimah. Siapa yang tidak mahu bila terpandang sahaja wajahnya cinta pada Allah bersemi. Bila mendengar tuturnya kebesaran Allah dirasai, bila bersama dengannya nikmat iman itu menyelubungi. Bertuah Aisha bersuamikan Fahri. Bertuah Maria dapat bergelar isteri kepada insan yang soleh.

Ya Allah kisah cinta ini sungguh luar biasa. Kerana apa luar biasa itu wujud? Kerna ia sarat dengan ayat-ayat Quran serta ajaran Islam yang luhur itu.

‘ Aku masih mencium bau syurga. Wangiannya meresap ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya.Di sana ku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selamanya.’ (petikan dari Novel Ayat-Ayat Cinta)

Cinta itu bukan sahaja di dunia. Di dunia aku untukmu di akhirat juga aku ingin tetap bersamamu. Andai ku temui insan semulia FAHRI alangkah indahnya. Dan saat itu dapat aku dengar hati ini berdendangkan kepujian melangit untukNya seperti kesyukuran Zulaika yang dapat mempersuamikan Nabi Yusuf a.s.

Dunia ini bukan sebesar daun anggur. Banyak lagi lelaki soleh yang bisa kita termui. Kata-kata dari Fahri yang membuat hati ini tersenyum. Hei saya benar-benar meladeni buku ini dengan setulus rasa hati saya. Syukran buat Riza sebab membenarkan saya meminjam bukunya. InsyaAllah saya akan beli buku ini untuk simpanan sendiri biar Ayat-Ayat Cinta ini memandu saya untuk melayari bahtera cinta saya buat insan dalam
keredhaanNya.

Hati saya kini dipenuhi cinta. Hahaha moga ayat cinta mampu menghiburkan kalian juga. Dan membuka mata kalian walau apa juga situasi kita. Yang di atas itu jangan sekali luput dalam ingatan. Buat Saudara Habiburrahman El Shirazy moga limpahan rahmat Allah keatasmu. Syukran atas hasilan Novel yang membuka mata hati dan iman ini.

Yang meladeni dengan setulus rasa cinta
InsanYalin 06

2 comments:

diya said...

akak ku sudah pandai menulis warkah cinta?

kasman said...

ini memang novel yang luar biasa..

kita semua pasti merasa mau menjadi Fahri..

mari kita bentuk Laskar Cinta

kasman