Monday, October 02, 2006

ermmm...

30/9/06
Cicak Oh Cicak

Seberani saya rupa-rupanya ada binatang yang kecil saiznya bisa menakutkan saya. Walaupun tubuh saya berkali ganda besar dari tubuhnya tetapi binatang kecil itu mampu menarik seluruh kegelian dan ketakutan saya. CISS!! Kenapalah saya boleh takut pada haiwan yang tidak semengah itu? Kenapalah saya boleh gerun padanya sedangkan kalau saya pijak dia tentu dia mati katak!! Alahai bencinya saya.

Semalam balik dari mengajar kelas tuisyen dan seusai saya melakukan apa-apa yang patut kelihatan anak saudara saya dengan Mak Longnya ( Kak Long saya) sedang mempamer senyum. Terkejut saya bila mendapati di tangan Kak Long saya ada seekor cicak. Ya ALLAH gelinya saya. Tak dapat saya bayangkan cicak itu yang rimas atau mungkin barangkali lemas berada dalam gengaman kakak saya ( hehe padahal saya geli tengok afalnya cicak itu) . Kakinya, ekornya, badannya dan mukanya eee keseluruhannya menakutkan saya!

Saya benci cicak. Semalam saya telah menjerit-jerit ketakutan bila disuakan seekor cicak. Saya lihat anak saudara saya yang ketot itu tergelak-gelak melihat Mak Udanya yang ketakutan ni. Dia memang nak kena!

Kak Long: Ziq, cam mana mak uda jerit takut cicak?
Haziq: Aaaa (pandai dia mengajuk saya sambil mengeleng-geleng kepalanya cis!!!)

Kak Long: Ziq nak bagi siapa cicak ni?
Haziq: Da..Da
Saya: (Sabarjelah budak ketot ini)

Sebenarnya saya ketakutan tapi tidak dapat sempunyikan gelak saya bila anak kecil yang baru berusia setahun empat bulan itu mengusik saya. Akhirnya saya lari bersembunyi di bilik. Tolonglah Jangan kejar saya dengan cicak!! Saya boleh menangis bila orang lemparkan cicak pada saya. Dan barangkali juga saya boleh mati ketakutan bahana seekor cicak!!!

P/s: Selamat berpuasa moga kita tak lupa membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yang tiada teman tadarus bolehlah mengikuti tadarus Al-Quran di TV 1 jam 3.30 am. Tapi pagi semalam pukul 4 baru mula. Sekurang-kurangnya kita ada temam untuk bertadarus. Hidupkan Ramadan. Hidupkan malam. Cicak mati pun tak per! Hahaha – pesanan dari peminat RTM yer yer jer. Hehehe.

31/9/06

Seronok sangat. Ayah dan Hisham ada. Suasana berbuka puasa begitu meriah. InsyaAllah minggu depan ayah sudah tidak lagi kerja di KL. Ayah akan balik Perak buat selamanya. Heheh syoknya!! Dah tak jauh lagi dengan ayah. Ayah dah pencen. Umurnya sudah masuk 55 tahun. Tapi ayahku ini masih lagi gagah dan bergaya. Memang suka ayah balik sekurang-kurangnya zubir berpotensi menjadi anak yang cemerlang. Ayah memang tegas dalam mendidik anak. Tegas dalam sayang. Hehehe.

1/10/06

Cepat masa berlalu. Sudah bulan sepuluh. Tarian pena ini masih beku. Entah apa yang ditunggu. Kemalasan semakin berganda-ganda. Rindu nak menulis tapi kekeringan idea membantut segala. Entah kenapa nak bangun pagi pun terasa berat. Yang nyata jam yang berbunyi 3.30 pagi saya biarkan ia menyanyi tanpa respon yang sepatutnya. Asyik saya membatukan diri. Ternyata kalah sedangkan syaitan di dunia semua tergari. Mungkin syaitan dalam diri yang bermaharajalela. Argh! Saya perlu sali! Ramadan bukan datang selalu. Saya kena menghargai peluang yang ada! Mana tahu entah tahun depan insanyalin hanya tinggal pada nama yang tercatat pada seketul batu berukir yang terpacak di dada bumi.Siapa tahu.

2/10/06

Hari ini students saya ambil PMR. Buat pelajar-pelajar saya di HG, moga dapat jawab soalan dengan baik. Cikgu doakan. Ameen. Buat students saya di pusat Tuisyen SCI Dedikasi moga buat yang terbaik juga. Ingat man jada wa jada. Siapa berusaha pasti berjaya. Buat Ika, Faieza dan Biman juga Solehah buat yang terbaik. Kamu boleh jika kamu mahu. Aie, Isya, Ain dan Hidayat , cikgu juga doakan buat korang.

Ya Allah moga KAU permudahkan studentsku menjawab kertas PMR dengan baik. Bantulah mereka Ya ALLAH. Moga mereka mengingati segala apa yang telah mereka pelajari. Amin.

No comments: