Wednesday, November 29, 2006

Dungu

Kadang kala kita ni dungu. Bila cinta datang mengetuk, tidak pernah kita nak buka hati ini seikhlasnya. Tidak pernah kita nak menghargai cinta yang si dia berikan. Malah kita hujani dirinya dengan pelbagai ujian. Entah apa yang kita cari dengan titipan ujian itu?sedangkan cinta yang dilimpahkannya sepenuh hatinya. Entahlah kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan. Bimbang juga takut nanti cinta yang suatu masanya itu terukir hanya untuk kita kini terhakis lantas berpaling.

Cinta dan rindu ini benar-benar menyakitkan. Rasa ingin mencari satu daerah yang tiada istilah cinta. Tapi mana mungkin. Kita mana bisa hidup keseorangan. Hidup ini perlukan teman. Itu fitrah. Fitrah yang kalau kita membantahnya kita yang sengsara. Tapi sukar untuk mencari teman itu. Ya begitu sukar sehingga kadang kala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka sekali lagi kita perlu bersandar padaNya. Setiap kesulitan itu disisipkan kemudahan. Cari jalan penyelesaiannya walau bercakap itu lebih mudah dari melakukannya. Moga jalan dan tindakan ini sentiasa terpandu. Moga akal dan hati ini bertindak sewaras-warasnya berlandaskan iman. Moga cinta sesama insan tidak mengaburi mata kita. Cinta TUHAN yang teratas. Cinta TUHAN yang teragung.

Ada apa dengan cinta insan ini? Entahlah, entah bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku harus berjalan,melihat lagi, melihat dan mentafsir dengan ketelusan bukan penuh kenafsuan.

p/s: Yahoo saya dah dapat BS 11o.. jangan jeles

Sunday, November 26, 2006

Biar Benar!!!

Sudah tiga empat kali berturut-turut saya pergi kedai majalah di Batu gajah. Pelik BS 110 masih tak ada lagi. Apa yang berlaku. Lori bawa majalah terbalik ke? Pelik! pelik!

Dan yang paling saya geram saya tak baca lagi sedangkan semua orang dah baca.Hu hu hu geramnya saya!!

Monday, November 20, 2006

Ini satu Kisah...

Kelahiran dan kematian

Malam Ahad baru-baru ini saya tidur lambat. Saya mencari idea untuk menyiapkan satu synopsis untuk dijadikan cerpen. Sambil mencari idea saya meng ‘on’kan Ym dalam keadaan invisible. (Adik Diya kata saya suka menyorok. Saya katakan padanya saya putri katak memang begitu afalnya) . Saya nampak adik Ode and adik Tuah online. Saya menyapa mereka berdua dan bersembang dengan si Tuah yang bertuah. Sambil-sambil itu saya selesaikan kerja saya.

Jam menunjukkan pukul 2 lebih pagi. Baru saya tersedar sudah lama saya berjaya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk tidur. Barusahaja dalam 15 minit saya baring. Saya dengar suara abang ipar saya memanggil emak saya dari luar rumah. Saya buka tingkap. Ya memang itu abang ipar saya. Saya mencapai tuala mengejut emak dan membuka pintu.

“Kak ngah gugur,” kata yang keluar dari bibir abang ipar saya. Terkejut saya. Abang ngah kata lagi dia nak bawa Kak Ngah ke hospital dan nak minta tolong tengokkan Haziq yang lena di rumah mereka yang tidak jauh dari rumah kami.

Emak menyuruh saya. Saya naik ke atas semula mengenakan tudung. Sampai di rumah Kak Ngah, saya terus tanya Kak Ngah. Dia menunjukkan fetus yang berusia 4 bulan itu . (menurut kata doctor) . Ya Allah sedih saya . bayinya itu telah cukup sifatnya. Dia sungguh comel. Hati saya dipagut sayu.

Saya tak dapat menahan air mata saya setelah Kak Ngah dan abang ipar pergi ke hospital . Saya memeluk Haziq yang sedang lena itu erat-erat. Kak Ngah mesti sedih! Ya dia mesti sedih kelahiran yang dinanti itu berganti kematian.

Yang menyedihkan hati saya menurut Kak Ngah semasa bayi yang tidak cukup bulan itu lahir, dia lihat mulut anaknya itu terbuka beberapa kali sebelum berakhir. Ya Allah tidak dapat saya bayangkan. Moga Kak Ngah tabah. Menurut bang Ngah pula , Kak Ngah asyik menangis di hospital. Dalam dunia ini siapa yang tidak saya anak?

Malam tadi Haziq tidur dengan saya. Malam itu bila dia panggil ibu, ayahnya saya katakan bahawa ibunya di hospital, Mak Uda pun sayang Haziq juga. Tidur dengan Mak Uda ya. Mujur budak yang berusia setahun 6 bulan itu faham. Akhirnya dia tertidur beralaskan lengan saya setelah saya menyanyikan beberapa buah lagu nasyid dan bacaan ayat lazim padanya.

Sunday, November 19, 2006

Mereka dan aku

SPM sudah menjelang. Saya harap semua student saya berjaya. Cuma saya gentar akan students saya di HG. Saya harap sangat-sangat agar mereka semua berjaya. Walau hanya 8 orang yang bakal mengambil peperiksaan (2 orang mengulang dua tiga subjek) Sebagai guru mereka , saya tetap gentar. Sepatutnya hari ini kelas terakhir saya untuk tahun ini di HG. Tapi bila mereka inginkan saya mengajar mereka lagi esok. Saya putuskan esok saya akan datang lagi ke sana untuk mengajar mereka. Saya mengajar mereka Sains dan Matematik. Esok mereka ingin saya mengajar mereka subjek Matematik seperti hari ini.

Saya amat suka mengajar di sana. Saya dapat mengetahui wajah sebenar dunia dari pengalaman mereka. Bagi saya mereka anak-anak yang tabah. Yang bangun dari sebuah kegagalan yang berpunca dari diri mereka sendiri atau kerakusan insan lain. Saya sayang mereka seperti adik-adik saya. Umur mereka hanya lima atau enam tahun beza dari saya.

Tadi kebetulan saya berpeluang melihat anak kepada salah seorang student saya di HG. Budak itu sungguh comel macam ibunya. Kebetulan keluarganya melawatnya siang tadi. Mereka sempat bertegur sapa dengan saya. Dan saya telah pun mendukung bayi kecil yang berusia 6 bulan itu. Hei bayi perempuan itu sungguh comel. Dan saya tergelak bila teringat ibunya pernah menceritakan pada saya detik-detik dia melahirkan anaknya itu tak lama dulu (semasa dalam kelas sewaktu saya mengajar subjek Sains). Dia sungguh jujur dan saya pula yang terasa malu dan ngilu.

Saya tergelak juga mengenangkan mereka curi-curi salam berlaga pipi dengan saya. Memang saya yang memulakan cara salam sebegitu dengan mereka agar kami lebih erat. Tapi sejak ‘timbul isu’ tentang salam sebegitu. Kami tidak lagi berlaga pipi bila berdepan dengan Misi (orang yang mengawasi mereka) tetapi sebaliknya.

Bila saya tanya kenapa boleh jadi isu. Mereka kata ini ‘penjara’ dan orang di penjara ini ‘Kolot’ .Saya hanya tersenyum walau secara jujurnya saya sedikit terasa dengan peraturan itu. Dalam diam saya mencari silapnya bersalam sebegitu... what everlah!

Friday, November 17, 2006

Ia Indah Bukan?

Islam itu Ad-din. Ia adalah cara hidup atau tatacara kehidupan. Dari segi bahasanya bermakna selamat. Tujuan Islam diturunkan ialah menjaga maruah, keturunan, harta, agama dan akhlak. Alangkah ruginya andai kita mengaku Islam tanpa menghayati makna Islam itu sendiri.

Dan Islam itu berdiri atas paksi keimanan yakni kepercayaan. Terdapat rukun Islam dan Iman yang perlu kau perhalusi. Tanpa iman mana bisa kita dapat mengabdi pada DIA yang satu. Ayuh kita jadi umat Islam yang sesungguhnya. Jangan hanya Islam hanya pada nama. Biar Islam keseluruhannya. Agar sentiasa apa yang kita lakukan itu berpandu dan memperoleh redhaNya.

Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk ISLAM. Dan aku juga akan mencintai seseorang bahana imannya bahana Islamnya.

“Aku menyintaimu kerana ad-dinmu. Selagi kau berpegang kuat padanya selagi itulah cinta ini akan terus bernyala dengan maraknya. Jika kau masih alpa jangan disalahkanku andai satu hari nanti aku pergi tanpa selaut bicara”

Aku berjalan, melihat dan mentafsir. Mencari cerminan jiwa, agar aku bisa menyucikan keladak dosa yang kian menebal. Aku ini hidup dalam belas al-Rahman dan al-Rahim-Nya. Maka seharusnya aku mendahului cintaku pada-Nya dari yang lain.

Sesekali aku terfikir. Andai satu hari udara yang menyambung nyawaku ini diambil semula. Pasti mati aku kekejangan.

Thursday, November 16, 2006

Haziq yang comel

Dia dah pandai sekarang ini sangat pandai. Telatahnya mencuit hati. Dia dah pandai mengacau mak uda dia. Dia dah pandai merajuk. Dia dah pandai memujuk dan pandai menari. Hehehe dialah Haziq pemata hati yalin..

Monday, November 13, 2006

Hehehe

Kereta Rosak Lagi..

RM524 melayang. Syukran ayah yang tercinta sebab betulkan kereta kancil merah ini. Ayah tukarkan tayar dan apa lagi entah. Ayah kata banyak benda yang longgar. Huhu ternyata Yalin hanya tahu guna jer. Ayah kata tayar kereta botak. Tapi Yalin tengok ok jer. Botak kat mana? Hehehe

Rupanya mak kata ayah risau kat sana. Jumaat lalu dia balik rumah esoknya dia bawa kereta kancil ini pergi bengkel. Hehehe ayah syukran yer. Syukran banyak-banyak.habis duit ayah RM 524 melayang. Tak semengah betul Yalin.

Syukran..syukran wahai ayah.

Tuesday, November 07, 2006

Memohon

Memohon

Ya Allah, sejukkanlah gelojak hatiku dengan salji keyakinan dan padamkan bara di jiwa dengan air keimanan.

Oh Tuhan, buatlah mata yang tak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan , dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir.

Oh Tuhan, halakan kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu, dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus , dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu.

Ya Allah, lenyapkanlah was-was, dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina.

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami, dan halaulah keresahan dari jiwa kami.

Kami berlindung kepada-Mu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah kepada-Mu. Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu. Engkaulah pemelihara kami-sebaik-baik pelindung dan penolong.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, November 02, 2006

ANTI YAMINA ANA YALINA

Yamina dan Yalina

Saya kenal nama ini di Raudah.com. Sekali terpandang namanya saya teruja untuk mengetahui orangnya lantaran nama samaran kami hampir sama. Dia Yamina saya Yalina. Beza antara huruf M dan L. Akhirnya persahabatan dia alam maya ini dibawa ke alam reality dengan bantuan adik Simple-Shida. Alhamdulillah kini saya pernah bersua dirinya dan juga adik Shida. Yamina selamanya saya tak kan lupakan awak. Awak sahabat yang baik, tinggi orangnya, cantik dengan tudung labuhnya. Saya gemar bersahabat dengan awak. Ingat dulu kita saling mendoakan agar berjaya dalam KPLI. Yamina seperti Nile Chem, bila ada kerja kosong dia akan memberitahu saya. (syukran Nile-Chem) Kami (saya dan yamie) berangan-angan tuk jadi roommate atau mate apa sahaja.

Buat awak syukran sebab menyayangi saya. Saya juga menyayangi awak. Walaupun tiada tertulis nama awak di link saya (lepas ni saya letak ya) tapi nama awak sentiasa ada dalam handset saya. Ada dalam ingatan saya walaupun seringkali juga kelupaan dan kesibukan membuat saya tidak sempat bermesej dengan awak. Yamina, Yalina memohon maaf jika ada tingkah Yalina yang menguris Yamina. Yalin sayang Yamielah! Jangan kuat merajuk ok. Dah baca buku ayat-ayat cinta tak? Novel tu bagus. Bacalah nanti boleh kita bincangkannya.

Yamie orang kata cemburu tu tandanya sayang. Nak tahu tak link yang banyak-banyak itu sifu yalin yang letak. Tapi alhamdulillah yalin dah pandai juga meletakkan link. Nanti yalin letak link yamie dalam blog lin yang serba biru ini.

Salam lebaran, salam kemaafan, salam kasih sayang.

P/s:
1.Nile- kad raya awak dah sampai. Syukranya, orang tunggu kad kahwin pula. Heheh

2.Dj_candles- Syukran lawat blog sis. Yup blog ni berwajah baru. Sis bukan rehat nak kahwinlah. Sis still young apa? Heheh

3.Widz- Raya cam mana? Moga widz pun gembira juga. Salam lebaran dan kemaafan.

4.Awang- salam kenal juga buat Awang_blues. Blog cantiklah. Mmg suka dengan kartun itu.

5.Perindu- katamu puitis.. suka mendengarnya. Salamlebaran bersulam kemaafan sahabat.

6.Pu3- salam penuh keceriaan buat awak juga.

7.Rhea- ukhwah yg terbina ini. InsyaAllah moga kekal selamanya.

8.Diya –Akak mmg dah lama pandai menulis tentang cinta. Hehehe kita kan buat cerpen cinta sokmo. Maka hidup ini penuh dengan cinta. Adik jangan nakal sangat yer…. Hehehe.