Wednesday, November 29, 2006

Dungu

Kadang kala kita ni dungu. Bila cinta datang mengetuk, tidak pernah kita nak buka hati ini seikhlasnya. Tidak pernah kita nak menghargai cinta yang si dia berikan. Malah kita hujani dirinya dengan pelbagai ujian. Entah apa yang kita cari dengan titipan ujian itu?sedangkan cinta yang dilimpahkannya sepenuh hatinya. Entahlah kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita lakukan. Bimbang juga takut nanti cinta yang suatu masanya itu terukir hanya untuk kita kini terhakis lantas berpaling.

Cinta dan rindu ini benar-benar menyakitkan. Rasa ingin mencari satu daerah yang tiada istilah cinta. Tapi mana mungkin. Kita mana bisa hidup keseorangan. Hidup ini perlukan teman. Itu fitrah. Fitrah yang kalau kita membantahnya kita yang sengsara. Tapi sukar untuk mencari teman itu. Ya begitu sukar sehingga kadang kala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.

Maka sekali lagi kita perlu bersandar padaNya. Setiap kesulitan itu disisipkan kemudahan. Cari jalan penyelesaiannya walau bercakap itu lebih mudah dari melakukannya. Moga jalan dan tindakan ini sentiasa terpandu. Moga akal dan hati ini bertindak sewaras-warasnya berlandaskan iman. Moga cinta sesama insan tidak mengaburi mata kita. Cinta TUHAN yang teratas. Cinta TUHAN yang teragung.

Ada apa dengan cinta insan ini? Entahlah, entah bagaimana untuk mentafsirkannya. Aku harus berjalan,melihat lagi, melihat dan mentafsir dengan ketelusan bukan penuh kenafsuan.

p/s: Yahoo saya dah dapat BS 11o.. jangan jeles

No comments: