Friday, December 29, 2006

Hehehe

Hahahaha
Sebelum saya masukkan entri baru hari ini saya tergelak besar dulu. Buat Bikash, saya bukan putus cintalah sahabat? Cinta dalam hati saya tidak pernah putus. Masih ada cinta yang maha luas tu dalam diri. Maka ungkapan putus cinta itu tak selayaknya ditujukan buat saya. Heheh itu benar.

Saya tergelak juga bila baca blog salah seorang daripada sahabat baik saya di mana dia mengucapkan selamat tahun baru tapi tahunnya bukan 2007 tapi menjadi 2008. kah kah kah kah. Kelakornya orang perak tu hehehehe. Ada ke tahun tak ingat? Apa daa..jalan nak balik kampung raya nanti ingat tak? Kih kih kih jangan marah awak. Gurau petang-petang ni. Heheh.

Buat sahabat yang ambil berat dan respon serta mesej saya pasal topik ‘Brutal in Iman’ n ‘Tentang Cinta’ syukran yer. Saya tak apa-apalah. Rencah kehidupan ini memang melazatkan untuk dinikmati. Ia mengajar kita sesuatu. Sesuatu yang boleh buat kita bergembira suka dan apa sahaja.Cuma satu jer. Bagi saya kalau bersedih jangan melampau-lampau. Kalau gembira jangan berlebih-lebihan. Lagi satu, ingat ada sebab DIA mencipta dan mentakdirkan sesuatu. Hidup biar jadi insan yang sarat syukurnya.InsyaAllah.

Alamak cepat bebenor masa berlari. Tahun depan dah nak masuk 2007. (Bukan 2008 awak heheh). Saya suka nombor ganjil. 2007 nombor yang cantik itu. Pastu berapa bulan kemudian usia bakal bertambah (kalau masih panjang umurlah) 26 tahun. Macam tak percaya je. Dah besar panjang rupanya anak pak Acob ini. 4 tahun lagi nak masuk umur 30 tahun. Kelakar pula rasanya. Entah bila kak long saya nak kahwin? Kalau saya 26, dia mesti 29. Saya doakan agar kak long saya tu cepat kahwin. Nanti boleh saya buat koleksi anak sedara banyak-banyak.

Sekarang ini saya tengah sibuk menulis. Cari idea, cari ilham untuk meranumkan bakal novel saya yang belum saya tanam lagi. Apa daaa tanam pokok tak lagi tapi nak hasilnya ranum. Tak salahkan mengharap. Dengan harapan bisa tercetus satu usaha untuk merealisasikannya. Dan saya tengah berusaha.Doakan saya jika anda benar-benar sahabat saya yang paling baik.

Tahun baru ini, saya kena tunaikan janji saya pada seorang hamba Allah tu. Kalau tak salah saya , nama dia Anuar Ibrahim. Saya lupa namanya dieja U ke W ke? tak ingat. saya. Dia ini yang bagi tahu saya komen pertama saya dalam kolum HELLO BEBEH di BLUES SELAMANYA keluar. Syukran buat dia . Dengan dia inilah dulu saya selalu gaduh teruk. Bukan pernah jumpa pun, call pun tak pernah. Gaduh dalam sms jer. Mmg tak da kerja kan. Ada dua cerpen saya berkisah tentang dirinya. Tapi tak 100 peratuslah benar sebab tambah ajinamoto.

Dia kata dia nak lupakan saya. Entah apa dosa saya sampai dia tak nak ingat saya lagi. Dah lama dah kita org tak berhubung . Hehehe tapi sebab dah janji nak bagi dia baca semua cerpen saya yang tersiar pada tahun depan (beberapa hari lagikan tahun baru). Maka kena tunaikan janji. InsyaAllah bulan satu ini saya pos.

Budak ni pandai tau. Saya pernah janji nak tunaikan dua permintaan dia.. Nak tahu permintaan pertama dia

1. Maafkan segala kesalahan dia, dulu kini dan akan datang.
2. Dia nak baca semua cerpen saya yang tersiar.

Ok dik insyaAllah nanti sis hantar ya. Alamak dah banyak saya merepek ini. Maka saya undur diri. Malam ni saya mengajar dan ada sedikit kerja yang perlu saya selesaikan. Salam keamanan sejagat. Yang singah blog saya syukran. Tiada ilmu bantu dalam setiap kata-kata saya. Cuma omongan kosong insan yang mempunyai hati.

Salam n wasalam
Putri_kataknay
Perak tercinta.

Tuesday, December 26, 2006

kisah gembira pula

salam..baru pas belajar bercinta dari blog brad yg mmg maha luas pengalaman cintanya. Actually yang lepas tu lepas. dah tak der jodoh. Nak buat ganna meratap pun tak da guna. Hidup mesti diteruskan. Cinta yang gagal menjamin cinta yang lebih sempurna. Ini bukan soal laku tak laku. Apa ingat orang p ini barang ke? nak laku-laku. haha . Ini soal perasaan. Soal rasa. Soal hati dan soal apa-apa sahaja ( tiba2 jadi poyo (sila lihat kamus apa maksud poyo) hehe)

dahlah nak citer pasal something lak. semalam 24 haribulan 12. mak cik lina ni telah berjumpa atau kata melayunya bertemu (eeleh cam berjumpa n bertemu tu tak sama hehe) dengan adik Nissa' Yusof. Syukran adik. atas kesudian bertemu dengan kak yalin. Amat menghargainya. nanti bila-bila kita jumpa lagi. Seronok sembang dengan adik.

p/s:
GILD: mana tahu akak yang sms adik? hehehe. Pandai kamu ni yer? Tak yah balas pun tak per. It's ok.
ARTZ: Benjana dan bejana. Pilihlah mana suka hehehe. bejana tu balang. Benjana tu cari sendiri yer.
JIDAH; kamu suka mengusik yer. nak kena betul. Ni bila nak datang rumah ni. Jangan cakap jer.
Perindu: Tiada kata yang mampu ku luah
Ein: salam kenal.

Monday, December 25, 2006

brutal in iman

Kalau mencintai luahkan...

saya tergelak. Bila saya berbicara tentang cinta.Tiba-tiba kotak komen yang selalunya kosong ini terisi. nampak sangat cinta itu sesuatu yang menarik dan mampu mengujakan setiap insan.saat saya menulis catatan ini. Hati saya dalam dengungan bersyukur. dalam lantunan gembira dan sedikit sayu.

entah mengapa suka rasanya untuk saya menalunkan bahagia di hati ini. Saya benar-benar bahagia bila mengetahui suatu masa dulu cinta yang saya damba itu bersambut. Suatu masa dulu insan yang saya sayang itu rupanya dalam diam turut menyimpan rasa pada saya. Alhamdulillah bukankah itu satu nikmat buat saya.Walau segalanya telah terlambat tapi saya gembira mengetahui bahawa satu masa dulu hatinya dan cintanya pernah jadi milik saya tanpa saya mengetahuinya.

lain kali pesan saya jika kita menyintai seseorang luahkan sahaja. Jika dapat orang beku dan kaku seperti saya. sampai bila pun saya tidak mengetahui yang ada orang yangcinta saya.betahun saya simpan rasa ini. Menyesal saya menolak perkenalan yang dihulurkan. Menyesal saya hanya menyatakan 'kita hanya sahabat di alam maya' walau dalam hati saya dulu pernah inginkan agar persahabatan maya itu beralih nyata.tapi kini yang pasti dah jadi nyata pun. sebagai adik kakak walau umur kami sebaya.

saya sedih benar-benar semalam. Sangat sedih bila dia menyatakan segala. Tapi saya gembira juga. sekurang-kurangnya saya tahu dia pernah sayang n cinta saya. ha ha ha.

Itu kisah lama. Kisah lama yang baru saya tahu semalam. Mungkin tidak ada jodoh kami. Dia pun bakal nak jadi suami orang dalam masa terdekat ini. Saya doa dan sentiasa berdoa agar dia bahagia. Pengharapan ini adalah benar. tanpa secalit yang tidak benar.

Kisah cinta ini benar-benar bodoh bukan. Dan perasaan yang menutup rasa cinta itu juga bodoh. Kenapalah ditolaknya cinta itu sedang memang dia mengharap cinta itu miliknya. Sekali lagi pasrah. Pasrah pada ketentuannya. Jangan sedih putri_katak. yang berlalu itu udah-udah ler.Mungkin ada yang terbaik buatmu nanti. Mungkin kasih seorang adik kakak lebih bermakna buat kau dan juga dirinya.

Dengar Dr cinta ini berpesan. Cinta itu tidak semestinya bersatu. Kisah cintamu ini kisah cinta yang terhebat. Penuh dengan kesenian melampau. Kelewatan menyatakan rasa hati itu seni. Memendam rasa sampai bertahun itu juga seni. dan mungkin menghadiri majlis perkahwinannya itu juga satu cabang seni yang terindah.Hei putri_katak, kisah cintamu ini kisah cinta orang dewasa. Cinta yang hanya berakhir dengan kebahagian hanya cerita cinta budak-budak. kau harus bangga kerna pernah melalui kisah percintaan yang unik ini.

Buat dia, jangan risau yer. Kita ok jer. insan bernama yalin ini tidak akan musnah sebab cinta. Syukran sebab cerita sekurang-kurangnya kisah itu buat putri_katak ini melompat suka. Syukran sebab menyinta walau cinta itu telah terpadam dan kau bakal menjadi suami orang. wahai adik percayalah benjana Ilahi ini sangat indah.Mengenalimu itu sudah satu nikmat.Bersahabat denganmu juga nikmat.Berkongsi masalah denganmu juga nikmat dan membongkar rasa yang tertanam bertahun itu juga nikmat walau ada secalit kesal dalam hati kita.

moga jadi suami yang baik. Moga bahagia hingga akhir hayat. Kenang daku sebagai kakak terbaikmu. Hei yalin budak brutal in iman. segala cabaran dia hadapi dgn senang dan tenang. Dia budak selamber. Dia tak akan rasa apa-apa. salam brutal in iman..

maka carilah iman itu mengisi dadamu
haha poyo jer aku ni.
putri_kataknay.
saat dan detik ini.

Thursday, December 21, 2006

tentang cinta

Semasa saya menulis catatan ini, saya sedang mendengar lagu puisi di blog Brad. Pada masa yang sama hujan turun di dada langit. Renyai-renyai menyentuh bumi Allah ini dengan kasihNya. Dan kini sayalah putri_kataknay. saya tersenyum dan berfikir benarkah dunia ini akan tandus tanpa cinta. Menerima seseorang dalam hidup lantas cuba menyayanginya lantaran kasihnya yang tidak kunjung padam. Cinta itu entahlah.

saya pun tidak mengerti cinta yang sebenar. kata seseorang kita hendaklah berada di daerah itu, barulah kita mengenal cinta.

saya pernah menyukai seseorang. Maksud saya putri_kataknay ini pernah menyukai seseorang. tapi balasannya sepi lantaran malunya yang melangit diatidak meluah rasa. Tapi tiada pernah dia menyimpan dendam. Sentiasa mendoakan agar dia sentiasa bahagia dan sejahtera di bawah lindunganNya.

Ingin dengar satu kisah. Tentang putri katak yang pernah mengenali seorang putera katak yang tidak pernah jemu mengemis cinta dari putri kataknya. putri kataknya itu sangat jahat.Dia suka menitip ujian demi ujian. Entah apa yang cuba dilakukan. Tapi putera katak ini sentiasa menerimanya sebagai cabaran untuk menyentuh cinta puteri kataknya itu. Katanya cinta itu sungguh mahal untuk ku sentuh.

katanya lagi segala ujian itu untuk menjadikan dia putera idaman si putri katak. Dia rela dititipkan ujian. Putra katak ni sungguh menyentuh hati. Dia pernah berkata pada putri kataknya.

'Andai awak jumpa insan lain yang lebih baik dari saya, saya tak marah dan akan doakan kebahagian awak'

Putera katak itu juga meminta agar dia tidak dilupakan.Putri katak itu hanya tersenyum. Hatinya sukar untuk ditafsirkan. Dia kaku dalam bercinta walhal dialah doktor cinta buat katak-katak yang lain. Dia sering menitip nasihat cinta buat katak-katak yang lain tapi malangnya dia lupa untuk tinggalkan titipan nasihat cinta buat dirinya.

entahlah saya pun tak tahu penghujung cinta putri katak ni. Pada saya jika kita menyintai seseorang cubalah merebut hatinya. Cubalah cubalah cubalah. Mana tahu lamaran yang ke 103 kali itu diterima.

saya yang naif tentang cinta. sedang berbicara tentang cinta... :)
insanYalin

Tuesday, December 19, 2006

Seorang Tua dan Cintanya

Seorang Tua dan Cintanya



Dia terpana
Ini cinta pandang pertama
Setelah 21 tahun sengal tanpa cinta

Dia tersenyum
Manis bermakna
cinta itu menghimpitnya
Mendakapnya dengan seribu sayang


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Cintanya yang bersinar
Memudakan ketuannya
Meremajakan jiwanya


InsanYalin

Sunday, December 17, 2006

Ripuh

Lama tak update, heheh sibuk sikit.Ermm..sejujurnya saya malas. Ha Ha Ha. Tak tahu apa yang nak dikongsikan bersama. Syukran buat Brad, saya gembira sebab cerpen saya ada dalam Bs 112 kat sebelah tu. Belilah. Sokong saya dan komen karya saya cam ada seorang adik di Esastera.com tu buat. Hehe. Saya tak kisah demi kebaikan rela karya dicincang dan dikomen oleh sesiapa pun.

Semalam kawan saya kahwin, saya tak pergi lagi. tahniah buat Wani. dari kejauhan saya doakan awak bahagia yer.saya tak tahu alasan apa yang nak saya berikan. erm insyaAllah ada izinnya kita jumpa. Tahniah sebab dah sempurnakan separuh dari agama :)

saya tengah sibuk menghasilkan cerpen tentang merdeka. huhu otak saya blur sesangat. Rasanya menjangkit kat BLUR- pelukis kat Bs tu.. hehe apa-apa pun saya harap semua sahabat saya bahagia.Doakan kebahagian saya juga yer...

salam penuh ingatan dan cinta
putri_kataknay
anak pak Acob
dari bukit banyak GAJAH...

Sunday, December 10, 2006

Cinta

JatuH CiNTa SaTu KesilapaN?

Jatuh cinta satu kesilapan?
Limaza…bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa,
Bukankah ia datang tanpa di pinta,
Hadir tanpa di duga.

Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada yg Esa atau
Melangit pada yang tak kekal
Sama ada kitalah hamba pada cinta atau PENCIPTA

Cinta bukan satu kesilapan,
Ia perasaan yang suci,
Tapi kita yang menzahirkan…
Kenapa cinta yang dipersalahkan,
Tatkala ia dinodai..
Bukan salah cinta itu..tapi salah diri,
Sebab tak dibina dengan islam,
Tak dihalusi dengan keimanan,
Tidak di bajai dengan ketakwaan

Cinta bukan satu kesalahan ,
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana “tak sempurna iman seseorang
Jika ia tidak mengasihi saudaranya
seperti mana ia mengasihi dirinya.”

Cinta bukan satu kesilapan ,
Bukankah Allah itu maha pengasih dan penyayang,
Cinta tu luas maknanya….
Cinta ibu membawa kesyurga,
Cinta keluarga memberi bahagia,
Cinta pada kerajinan peroleh kejayaan,
Cinta pada buku dicurahkan ilmu ,
Cinta pada sahabat mendapat berkat,
Cinta pada ibadah mendatangkan rahmat tuhan,
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki.

Tapi …..memang cinta satu kesilapan,
Jika ia menjauhkan diri dari PENCIPTA,
Jika ia membina jurang dari yang ESA,
Jika ia mengalpakan diri lantas mengangkat darjat kemaksiatan,
Jika ia memadam cahaya Ilahi,
Jika ia mengundang kemungkaran khalidnya,
Jika ia menjadikan kita hambanya.
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi,
Dan memang ia merupakan satu KESILAPAN.


Nay
27 Ogos 2003
karya lama saya

Saturday, December 02, 2006

Terkenang

Terkenang

Sahabat di sekolah dan di matrikulasi (i)



Entah kenapa saya terkenang sahabat lama. Sahabat dari saya sekolah rendah, menengah, matrik dan di Universiti. Mungkin sebab rakan semasa di U dulu nak tamatkan zaman solonya. Tahniah buat Aifa Jasni dengan pasangannya Fakulrazi (Razi). Esok kendurinya kan? Minta maaf saya tak dapat datang sebab menghadiri kenduri di sini. (Mak Su saya kahwin).



Masa saya sekolah rendah. Saya bersekolah di SKKG. Saya ingat lagi guru kelas yang paling saya sayang Puan Hajah Che Don. Masa saya pindah ke Perak dia pun bersara. Cikgu, saya ingat cikgu sampai sekarang. Saya sayang cikgu dan saya doakan agar cikgu bahagia dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.



Kawan baik saya semasa di SKKG ialah Faieza binti Long Chek, Mariati, Balkish Zubaidah dan Khairul Nisa (mereka ini satu kelas dengan saya). Saya dan Faieza anak askar di kem Genting Klang. Rahayu Ismail , Zarina juga sahabat saya. Ingat dulu kita orang dulu pernah minat pada seorang mamat yang bersopan santun dan tinggi lampai orangnya. Namanya Zuhairi. Heheheh saya dengan Rahayu selalu dok usha budak ini sampai satu hari makanan yang dibawanya terjatuh ketika makan di kantin. Mungkin time tu aura pandangan kami (ayu dan saya terlalu kuat sehingga bekalannya jatuh) heheh.



Masa sekolah SKKG dulu, saya paling tidak suka dengan seorang budak nama Zamri. Dia ini duduk sebelah saya. Hari-hari dia buat saya marah. Kami asyik gaduh memanjang. Saya dan dia pengawas sekolah, tak semegahkan?. Huhu bila ingat balik rasa nak tergelak. Mesti dia dah lupakan saya. Dalam kelas saya juga ada dua budak nama Farid, Farid Bustamam dan Farid Sulaiman seorang pengawas seorang pernah jadi ketua kelas. Heheh yang paling saya rindu sekali ialah Faieza binti Long Chek. Awak kita rindu awaklah. Apa khabar agaknya awak yer?



Darjah 6 saya pindah ke Perak. Sekolah di Convent Bt Gjh. Menengah pun di sekolah itu juga. Kawan baik saya kat sana ialah Fatimah, Huda, Yati, Nany , Izra, Lin, Nora, Nisa, Ros, Salmi, Loi Mei Lee, Eza Salfarina, dan banyak lagi. Banyak juga kenangan masa di sekolah ini. Heheh biarlah saya simpan sahaja. Tak pun nanti saya citer.(kalau rajin).



Di Matrik pula, kawan baik saya ialah Yusnida Jomari dan Diba. Yus entah buat apa sekarang tapi Diba dah meninggal. ( Tolong sedekah al-Fatihah buat dia). Kematiannya sungguh mengejutkan saya dan buat saya sedar yang mati itu tidak mengenal usia. Diba, selamanya saya akan kenang awak. Kolej Taj Country Resort melakar sejarah antara saya dan juga dia. Dan yang saya tahu kematian bukan bererti lenyapnya cinta persahabatan saya buatnya. Hingga kini saya mengingatinya. Dulu kini dan selamanya. Dulu, Diba sering menitip ayat Lin sayang disayang di buku saya. Kini selamanya Diba sayang disayang di hati Lin. Wahai Diba (Hasnorliza Al-Haris ), Lin sayang Diba! Sayang yang tiada akhirnya! Sungguh!