Saturday, December 02, 2006

Terkenang

Terkenang

Sahabat di sekolah dan di matrikulasi (i)



Entah kenapa saya terkenang sahabat lama. Sahabat dari saya sekolah rendah, menengah, matrik dan di Universiti. Mungkin sebab rakan semasa di U dulu nak tamatkan zaman solonya. Tahniah buat Aifa Jasni dengan pasangannya Fakulrazi (Razi). Esok kendurinya kan? Minta maaf saya tak dapat datang sebab menghadiri kenduri di sini. (Mak Su saya kahwin).



Masa saya sekolah rendah. Saya bersekolah di SKKG. Saya ingat lagi guru kelas yang paling saya sayang Puan Hajah Che Don. Masa saya pindah ke Perak dia pun bersara. Cikgu, saya ingat cikgu sampai sekarang. Saya sayang cikgu dan saya doakan agar cikgu bahagia dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.



Kawan baik saya semasa di SKKG ialah Faieza binti Long Chek, Mariati, Balkish Zubaidah dan Khairul Nisa (mereka ini satu kelas dengan saya). Saya dan Faieza anak askar di kem Genting Klang. Rahayu Ismail , Zarina juga sahabat saya. Ingat dulu kita orang dulu pernah minat pada seorang mamat yang bersopan santun dan tinggi lampai orangnya. Namanya Zuhairi. Heheheh saya dengan Rahayu selalu dok usha budak ini sampai satu hari makanan yang dibawanya terjatuh ketika makan di kantin. Mungkin time tu aura pandangan kami (ayu dan saya terlalu kuat sehingga bekalannya jatuh) heheh.



Masa sekolah SKKG dulu, saya paling tidak suka dengan seorang budak nama Zamri. Dia ini duduk sebelah saya. Hari-hari dia buat saya marah. Kami asyik gaduh memanjang. Saya dan dia pengawas sekolah, tak semegahkan?. Huhu bila ingat balik rasa nak tergelak. Mesti dia dah lupakan saya. Dalam kelas saya juga ada dua budak nama Farid, Farid Bustamam dan Farid Sulaiman seorang pengawas seorang pernah jadi ketua kelas. Heheh yang paling saya rindu sekali ialah Faieza binti Long Chek. Awak kita rindu awaklah. Apa khabar agaknya awak yer?



Darjah 6 saya pindah ke Perak. Sekolah di Convent Bt Gjh. Menengah pun di sekolah itu juga. Kawan baik saya kat sana ialah Fatimah, Huda, Yati, Nany , Izra, Lin, Nora, Nisa, Ros, Salmi, Loi Mei Lee, Eza Salfarina, dan banyak lagi. Banyak juga kenangan masa di sekolah ini. Heheh biarlah saya simpan sahaja. Tak pun nanti saya citer.(kalau rajin).



Di Matrik pula, kawan baik saya ialah Yusnida Jomari dan Diba. Yus entah buat apa sekarang tapi Diba dah meninggal. ( Tolong sedekah al-Fatihah buat dia). Kematiannya sungguh mengejutkan saya dan buat saya sedar yang mati itu tidak mengenal usia. Diba, selamanya saya akan kenang awak. Kolej Taj Country Resort melakar sejarah antara saya dan juga dia. Dan yang saya tahu kematian bukan bererti lenyapnya cinta persahabatan saya buatnya. Hingga kini saya mengingatinya. Dulu kini dan selamanya. Dulu, Diba sering menitip ayat Lin sayang disayang di buku saya. Kini selamanya Diba sayang disayang di hati Lin. Wahai Diba (Hasnorliza Al-Haris ), Lin sayang Diba! Sayang yang tiada akhirnya! Sungguh!

No comments: