Friday, December 07, 2007

PUISI

AKU MENCINTAI

Hanya Dia
Aku mencintai Dia
Sesungguhnya
Aku menyayangi
Sebenarnya

Tika deria rasa hilang
Tika mata menjadi buta
Tika hati mati
Tika akal lenyap waras

Aku menjejaki cintaMu
Aku mencari redhaMu
Aku menagih cahayaMu

Dan aku terdampar
Dalam sungai
Kehausan
Jiwa

Insan Yalin
Batu Gajah, Perak.
26 Julai 2007

Monday, December 03, 2007

Friday, October 05, 2007

Salam Ramadan

Ramadan datang
Kini syawal bakal menjelang...

Aku masih di sini
dalam mencari makna aku
dalam mengerti makna perlu

InsanYalin
MTI Changkat Jering

Sunday, August 19, 2007

TAK TERJANGKAU

Salam Sawang..

Lama sudah blog ini bersawang. Ripuh dengan kehidupan dan tiada masa untuk ke CC. Heheh alhamdulillah la ni cuti sekolah. Cuti Yahooooo!!!!!! seronok sangat-sangat. Tak payah nak sibuk-sibuk masuk kelas untuk mengajar. Asyik mengajar jer, satu minggu ini cuti untuk jadi pelajar balik. Belajar tentang kehidupan, belajar tentang realiti manusia, belajar tentang cara menulis, menulis dan menulis...

Seminggu ini jugak, masa untuk membaca. Membaca untuk menimba segala yang terkurang. Alhamdulillah minggu lepas dan semalam adalah ana menyertai satu bengkel seni halus bicara. Cara nak menghasilkan karya selembut sutera. Maklumlah insanYalin ini bahasanya ibarat tikar menkuang, susah untuk beralih sutera bicara. Bahasanya leweh, melankolik dan sebagainya.

Di sana banyak yang saya belajar. Manusia itu apabila gah, barangkali dia tak gemar dengan soalan temeh. Tapi buat saya yang masih mentah dan merah ini soalan itu amat penting...biarlah apa kata mereka yang penting..saya ingin belajar dan nak bertanya...


salam dari Yalin...

Saturday, June 09, 2007

salam dari yalin

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

________________________________________________________________________________________

Lama tintaku mati di sini, lama juga bicara bisuku tergendala. Syukran buat yang sudi menjengukku. Syukran dan syukran. Erm.. dah lama rasanya cerpenku tiada kelihatan. heheh cerpenku banyak yang tergendala. malas! Aku kini diserang satu penyakit berbahaya iaitu malas! Doakan agar kerajinanku bercambah dan bersimpang siur melingkari tubuhku.

Buat sahabatku Ema, syukran atas perkahwinan kamu dengan Achik. Di sebabkan kenduri itu juga sahabat terengganuku turun ke Perak tercinta. Fiza n Mardiah, syukran atas lawatan sambil belajar ke rumah ku..(heheh poyo jer lawatan sambil belajar) . Erm.. belajarlah juga kan? heheh cara nak buat majlis nanti. Almaklumlah, Fiza rasanya tak lama lagi. heheh.

Cuti sekolah ni, best gak. Yalin balik Johor. Member ganu datang perak dan yalin dah berjaya bawa depa ke TELUK BATIK...n Kelli's Castle.

Erm.. buat sahabat berdua itu, jangan lupa datang lagi ke Perak ni. Jalan ke Medan Gopeng pun telah ku ketahui heheh, lain kali datang lagi, yalin ambil kat situ yer.

Besok dah nak balik Taiping. Sekolah dah bermulalah.Huhuhuhuhuhuhuhuu, rasa macam cuti tak cukup jer..heheh (Teruk betul aku ni hik hik hik)

Salam n Wasalam.

Saturday, May 12, 2007

Puisi Yalin

Terlupa Untuk Leka.


Langit yang menangis
Membawa lembaran rindu
Tangisan syahdu
Melebur hati yang beku

Lama dia menangis
Lalu tersedar dalam insaf
Tiada ingin lagi bercucuran

Ada tanaman yang mekar
Di sebalik kemarau dugaan

Sehingga dia terlupa untuk leka.


Nukilan,
Insan Yalin
MTI, Changkat Jering.

p/s: Sdr Faisal, yalin ke PWTC..alhamdulillah bekesempatan ke sana. Saya orang yang gila buku...

Sunday, April 22, 2007

sedikit dariku...

Jauh bukan alasan ukhwah itu akan terputus. Diam bukan bermakna luput dalam ingatan. Tapi jihat yang terbina ini sebenarnya mengamit rindu. Rindu yang dapat mengeratkan ukhwah yang hambar itu kembali bersemi.

Alhamdulillah segalanya diatur olehNya, dan alhamdulillah penantian itu walaupun pahit, jika dinantikan dengan kesabaran hasilnya manis. Alhamdulillah akhirnya penantian itu berakhir dan saya telah ditempatkan di satu kawasan yang amat baik rasanya buat saya. Syukur TUHAN , bila KAU menempatkan hambaMu yang kerdil ini, mengajar di tempat yang sungguh islamik.

Saya suka persekitaran di sekolah baru saya ini. Suasanya tenang, saya suka sangat bila tempat duduk ustaz dan ustazah diasingkan. Dan sangat selesa bila kantin untuk ustaz dan ustazah juga diasingkan. Alhamdulillah, persekitaran di sini sangat best bagi saya yang maha pemalu ini.

Oh ya jika anda ingin merasai ke‘best’san, berada di MTI ini, silalah mengajar, belajar atau duduk di sini. Heheheh. Nak tahu tak, kini ustazah itu gelaran untuk saya. Hahah kadang-kadang rasa macam tak layak sahaja mendapat title ‘ustazah’ ni maklumlah, ustazah ni nak pandai cakap arab berbanding dengan student-studentnya. Hehehe tambah pula ilmu agama saya sangat kurang. Mereka di sini belajar nahu (tatabahasa), balaghah (kata-kata kiasan), dan macam-macam lagi. Saya apa pun tak tahu.

Di sini saya mengajar kimia untuk kelas 4 sham. Saya juga mengajar science untuk kelas 2 Tuffah dan maths untuk kelas satu Abyadh. Untuk pelajaran Sivik saya ajar untuk semua form two.

Saya baru tahu yang abyadh tu maksudnya putih, tuffah itu apple dan sham itu adalah matahari. Best juga belajar bahasa arab ini. Tapi itu jelah yang saya tahu selain “limaza”, “kam” , “ kal fahaluk” , erm.. apa lagi yer. Hahaha.

Minggu lepas, saya ke ULU KENAS. Ada kem kepimpinan di MTI, tak pasal-pasal kena jadi fasi. Tapi yang bestnya selain fasi, saya turut tolong ustazah Nor lin memasak untuk peserta kem. Ustazah Norlin tu padai betul memasak dalam kuantiti yang banyak. Kagum dan bangga saya sebab nama dia juga Lin..heehehe. (poyo je saya ni). Saya juga bertemu dengan Ustazah Radziah yang sangat peramah dan baik. Best juga kenal dengan isteri Ustaz Khuraim Asadi itu, dia memang baik. Dan pada saya mereka memang pasangan yang ideal. Suka saya tengok mereka..

Saya juga dapat teman serumah yang baru, Ustazah Nur Ima (ajar fizik) berasal dari Johor, Ustazah Normala Yusuf (ajar biologi) berasal dari Pahang dan Ustazah Balkish (ajar Kh) dari Selama Perak. (bakal duduk dengan kita orang Balkikh ni).

Apalagi yang nak saya cerita ya..erm.. oh ya, saya dah jumpa dengan Anuar. Adik ipar Abu Umar yang belajar di sana. Tiba-tiba saya terasa asyik untuk mendoakan kebahagian Abu umar dan Afifah. Heheh , Adik Umar, moga cepat menimmang cahaya mata..
Saya bakal sepi kembali. Mungkin minggu depan saya balik Batu Gajah lagi. Salam keripuhan dari saya.

p/s:syukran yang melawat blog saya, buat waverider, insyaAllah saya akan buat cerpen yang terbaik... syukran atas teguran...

Saturday, March 31, 2007

Akhirnya.....

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Akhirnya..boleh pun saya buka blod saya ni. Syukran Cik Du sebab beri panduan. Saya rindu dengan blog biru saya ni. Hilang kebrutalan bila tak dapat mencoret sesuatu di sini.

Pelik saya ni, bila dah boleh menulis.Tiba-tiba hati kaku untuk berbicara. Bila ada kesempatan tiba-tiba mulut bisu meluah kata. Entah apa yang nak saya tuliskan di sini. Mungkin saya akan berehat lagi selama seminggu atau lebih. Barangkali ya kut.

Alhamdulillah, saya akan ke Taiping nanti. Mengajar di sana. Rancangan awal dulu hendak ke KL untuk menanam cendawan. Heheh bejana Ilahi, DIA yang lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Nile, insyaAllah, saya kumpul material dulu. nanti kita boleh usahakan sama2 impian kita. Awak start dulu yer. Nanti saya menyusul. Kalau bela lintah pun best gak..nampak cam tak susah. Nampak jelah.. hehehe

Hei kawan-kawan, doakan saya nanti. Buat Yamie, saya rindu bangat kat awak. Moga satu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Saya doa kesejahteraan awak jangan lupa saya yer.

Buat Adik Muslimin, syukran atas kerajinan adik mengunjungi blog akak di esasterawan.com. Adik memang rajin lawat akak. Terharu pula. Oh ya, kak uda doakan agar segala yang terbaik buat adik.

Buat Du, jaga hatimu. Jangan biar ia kecewa. Kau bisa menemu cahaya. jangan tutup cahaya yang cuba hadir dalam hidupmu. Sesekali berdua itu indah. Bersendirian seringkali juga indah. Tapi jangan berdua dalam keadaan yang hadirnya makhluk laknat yak ke tiga sudah... Jaga diri hiasi peribadi, kata yang kau selalu ungkap itu akan saya ingat bila-bila. Du, awak mmg sahabat yang baik.

Buat Jidah, adik yang rajin mesej n apa2 jelah. Maaf ya, kadang2 tak sempat nak balas mesej adik. Bukan apa sajer nak bagi adik rindu... heheh

Buat adik MUJAHIDAH, lamanya menyepi, sis rindu adiklah...

Buat Budak 2008, saya sayang awak dan doakan awak sihat sayang.

Buat najm, bintang saya yang perahsia. Syukran sebab jadi sahabat saya yang baik. Saya juga sayang awak najm. Jangan berhenti sayang saya ya. Moga kita dapat jadi sahabat selamanya. Suka kenal awak.. hei bila nak bagitahu, dapat no saya dari siapa ha? najm, najm perahsia sungguh!

Buat Brad, doakan yang terbaik buat saya ya. Senyuman buat Brad.

Buat Rhea, entah bila kita nak jumpa lagi. Saya doa yang terbaik buat awak Rhea. Doakan saya juga ya.

Buat Adik Qal, adik yang tak pernah habis dengan masalah cintanya. Qal kadang2 akak tergelak dengan adik. Cinta sentiasa mengepungimu ya.. hehehehe

Buat Diya, moga segala yang kita plan nanti berjaya ya. Akak tunggu Diya nanti.. Jangan lupa mesej akak

Buat budak forumer BS, moga gath 1 april nanti berjalan lancar yer. makan jangan lupa yalin..heheh

Buat diriku sendiri, moga jadi cikgu yang baik.. ingat kata brad, jangan nak berkepit dengan mak jer.. sesekali perlu jauh juga.

salam buat semua. Salam kemaafan dari Yalin.

Monday, March 12, 2007

Yahooo!!!
Cuti sekolah yang bermula...

Yahoo, alhamdullilah cuti sekolah pun bermula. Peranan guru ganti pun sudah selesai. Insyaallah, akan kembali ke Henry Gurney lagi sebagai guru tambahan. Yakni guru dari luar yang mengajar mereka matematik dan sains.

Malam Jumaat yang lalu, saya sekeluarga telah pergi ke Alor Setar, Kedah. Sepupu saya kahwin. Tapi malam itu jem teruk sangat. Hampir dua jam kami terkandas. Menurut abang ipar sebentar sahaja lagi kami akan melalui terowong. Tapi yang peliknya lepas itu jalan jem teruk. Sampai abang ipar saya boleh keluar dari kereta dan bersembang dengan acu yang turut menyertai konvoi kami ke Alor Setar.

Gelisah juga saya, dalam hati berkata dan tertanya, teruk sangat ke accident yang berlaku. Kereta polis dan bomba tak putus-putus datang . Rupanya ada sebuah bas yang masuk jurang. Itu pun saya tahu selepas surat khabar menceritakan. Ngeri pula rasanya. Kami sampai di Alor Setar pukul 2 pagi, lantaran jem yang teruk itu.

Bercerita tentang majlis perkahwinan, alhamdulillah, sepupu saya itu selamat di kahwinkan. Sepupu saya itu sebaya dengan saya. Maka tidak pasal-pasal pak cik dan mak cik saya bertanya tentang saya. Cis, malas tul nak bersoal jawab tentang perkara ini. Bagi saya kalau ada seru nanti saya kahwinlah. Saya pun belum masuk 26 lagi. Mak pula cakap, kerja dulu baru kahwin. Takut sangat saya kahwin, mak ..mak..kadangkala tergelak dengan afalnya mak saya. Agaknya dia ingat kalau saya kahwin, saya tak hiraukan dia lagi.

Cuti ini banyak yang saya rancangkan. 17 hari bulan ini ada program motivasi di tempat tuisyen saya. Saya tengah buat persedian untuk itu. Doakan agar segalanya berjalan lancar. Dan selesai nanti, akan saya ceritakan apa yang berlaku.

Penulisan skrip komik saya tinggal lagi 2 episod. Saya kena habiskan segera. Cerpen saya juga tak siap-siap lagi. Banyak yang perlu saya buat. Moga segala urusan saya dipermudahkan Allah. Ya Allah, betapa saya bersyukur menjadi umat muhamad saw dan seseorang yang dilahirkan dalam Islam. Alhamdulillah….

Buat BUDAK 2008, cepatlah edit cerpen saya itu….kalau salah eja tolong betulkan ya. Heheheh

p/s: Brad syukran yer..

Monday, March 05, 2007

pena yang menari

[testing: cik yalin... buleh jer buat posting dan edit dekat sini... takde apa masalah pun...]

Sunday, March 04, 2007

Buat APPLE

Selamat hari lahir buat sahabatku Apple. Semoga kebahagian itu selamanya milikmu. walau kita jauh, dijihatkan oleh Laut Cina Selatan, tapi titipan doa buatmu pasti ada. Moga bahagia sokmo. Jadi cikgu yang baik kat sabah tu yer... hehe



Photobucket - Video and Image Hosting

Kenangan terindah bersamamu sahabat. Pastinya hati ini gembira bersama kalian. Moga ukhwah kita berpanjangan. Oh ya buat adik Jidah yang juga menyambut hari lahir pada 1 Mac, moga berbahagia dan berjumpa cintamu. Kih Kih Kih.

salam n wasalam.

Wednesday, February 28, 2007

Lama tapi Baru...

Dah lama tapi baru nak letak hehehe

Cantik ( Di sebalik Malam)

Semua orang memang mahu kelihatan cantik. Fitrah alam, tapi cantik itu berlainan di setiap mata yang memandang. Barangkali A, B dan C menganggap kita biasa sahaja. Tapi L menyatakan kita sangat menawan. Mungkin L menganggap kita istimewa tapi A, B dan C tidak. Itulah yang dinamakan kehidupan dan kebijaksanaan DIA yang menciptakan. Tapi, kalau ada orang yang ingin semua orang memandang dia cantik, itu bermakna dia tamak! Andai semua orang memandangnya cantik lantaran akhlak yang tersemat pada dirinya, maka selayaknya itu dia dapat. Tapi jika orang melihat dia cantik lantaran susuk patung, emas, beras atau ayat yang dipakainya. Maka terimalah azab atas kecantikan yang kau minta tidak bertempat itu.

Cantik ibarat merak, hanya menongkat megah sedangkan dagingnya tiada siapa yang makan pun. Cantik biarlah hanya untuk suami. Andai kecantikan dijaga untuk menambat hati insan lain atau untuk meluruhkan hati mak datin demi kemewahan hidup hanya di dunia… hahaha kalian memang seorang yang berfikiran panjang. Panjang berjela-jela sampai tak jumpa pengakhiran hidup itu hanya dua yakni syurga dan neraka. Jangan terlalu berlencong-lencong. Pulanglah. Berkali ku tegaskan TUHAN itu maha kasihNya luas cintaNya. Pulanglah. Jangan main dengan api lagi, takut kau yang hangus terbakar dijilat api.

Wahai gigolo yang takut lenyap kemewahan hidupmu, insaflah, berzina itu haram. Tambah dengan isteri orang. Baik kau kahwin jer dengan mak datin tu kalau dia janda. Kalau dia bukan janda , kau cubalah tackle anak orang berada dan kahwin. Bukan apa, takut makin banyak bencana yang menimpa lantaran kemungkaran demi kemungkaran yang kita lakukan tanpa segan silu. Malulah, kemungkaran yang kau lakukan itu di atas bumiNya. Barangkali kau boleh cari space lain untuk bermaksiat!

Ya Allah, aku bersyukur dengan kesempurnaan anggota tubuhku. Alhamdulillah dua telinga, sepasang mata, seulas bibir, hidung dan segalanya buatku sempurna tanpa cacat celanya. Itu kecantikan darimu…Alhamdulillah. Aku bersyukur!!!! Moga Kau lindungi kami dari segala maksiat dan bencana. Amin.

  • Bila Putri Berbicara
  • Saturday, February 24, 2007

    Salam penuh kasih sayang

    Salam heheh
    Syukran buat Jidah sebab datang lawat Kak Yalin di BG. Betul tak yang akak kata BG tu indah dan permai. Walaupun akak tak tahu banyak jalan kat sini, tapi ok apa sebab setiap tempat yang akak lalu kat sini menjanjikan keindahan dan kedamaian buat akak. Hahaha.

    Adik moga datang lagi ek? Jangan serik datang ke teratak yang sederhana ni. Bayak Kak Nile pula. Jangan duk datang sorang-sorang. Oh ya syukran dengan lagu2 yang penuh dalam pc akak tu. Best betul. heheh. Syukran juga dengan buku tu, hahah, sangat menyukainya. Akan kusimpan sebagai kenangan dari insan yang bernama Jidah.

    Adik Mujahidah, entah bila pula dia nak sampai Batu Gajah. Silalah datang ke Batu Gajah. Batu gajah ini tempat yang best!! Kalau tak caya tanya JIDAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHH, dia tak nak balik ari tu. Hahaha

    Salam n Wasalam.

    Friday, February 16, 2007

    Syukur padaNya

    Salam buat semua. Dah lama rasanya tidak mencoret sepatah dua kata di sini.Haha keripuhan sekali lagi menghimpitku.Komputer pula rosak, entah kenapa nak connect internet tak boleh. Jadual waktu pula kian padat. Sibuk dengan mengajar di sekolah pada sebelah pagi dan petangnya sibuk dengan kelas tuisyen. Tapi disebabkan kerja itu hobi, maka rela jer.

    Best juga bila sibuk ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah juga melimpah. Syukran buat TUHANKU.

    Moga segalanya berjalan lancar buatku. Doakan buatku kalian. Salam buat semua. Oh ya, cerpenku di BS 115 jangan lupa beli...hahaha.

    oklah.. salam kemaafan n wasalam.

    Sunday, February 04, 2007

    brutal in iman

    Salam buat semua...alamak dah ada BS 115 lah. Cepat benar..salam juga buat cikgu kaunseling yang melawatku..adik Sal, apa khabar? Kak lina kat sini sihat sokmo..cuma makain sibuk..

    alhamdulillah isnin ni dah jadi guru ganti kat Hg. Kesibukan makin menghimpit..tapi tak pa..muda2 kena kerja kuat tuk kumpul duit. Adik Sal, kenangan di DN sentiasa dalam ingatan. Tak pernah luput walau sekali.. sayang korang semua ya.

    Sepi lagi..bukan sepi untuk lenyap..tapi demi kerja dan tanggungjawab. Nanti sokmo muncul orang tak rindu..hahaha. Salam n wasalam.

    Thursday, January 25, 2007

    Aku Bukan Perasan...

    Pasti ramai yang merinduiku lantaran semenjak dua menjak ini, aku sengaja menyombong diri dengan meletakkan diriku di anak tangga yang ke tujuh di rumah ibu bapaku. (perasan sungguh). Oh ya kalau tak rindu pun, buat-buatlah rindu yer. Hehehe.

    Buat dia yang merindui, yang menjenguk untuk membaca repekkan terbaruku. Maaf aku hulurkan. Bukan tidak mahu aku melangsaikan rindumu tapi aku kini dalam maslahat yang kecil. Modemku rosak lagi. Kemalasanku menyebabkan kaki dan tanganku ini, tidak membawa kereta milik keluargaku ke tempat membaiki komputer. Maaf ya. Tapi ternyata memang ku suka membuat dirimu merindui..itu tandanya...moga kau faham sendirilah! ( ha ha ha, ku tegaskan sedikit kenakalanku ini sesekali tidak memusnahkan buana)

    Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Kekeringan ini membuat aku memikirkan amalan berjimat cermat. Bukan bermakna selama ini aku kuat membazir, tapi mungkin amalan menabung dengan betul itu kurang aku praktikkan. Hahaha tak perlah, aku dewasa dengan pengalaman. Tinggal beberapa hari lagi nak cukup bulan. Bukankah itu menyeronokkan! Heheheh

    Alhamdulillah kerjaku tinggal lagi sedikit cuma. Empat episod itu akan aku pastikan selesai bulan ini juga. Moga aku kuat dan tidak main2 lagi. Banyak idea yang datang menerjah minda tapi seringkali disekat dengan keripuhan yang ku cipta sendiri.

    Hari ini sebenarnya aku ke CC. Nak menghantar karya. Maka sempatlah aku mencatat sedikit sebanyak di blog yang lama terbiar sepi ini. InsyaAllah bulan 2 nanti aku rajin-rajinkan diri mencatat. Walau tak ramai yang suka membaca tapi aku tahu ada seorang hamba Allah tu gemar bertandang ke sini, bila dia rindu. Hahahaha. Geli pula rasa bila ada insan yang suka membaca catatan tak berhikmahku, walau dia sering mengutukku lantaran bahasa ku yang entah hapa-hapa katanya. (ciss dia tu mmg) tapi yang nyata dia gemar ke sini..kah kah kah. Dan yg paling aku tak tahan..katanya, bahasaku yang tidak best itu akan menjadi sempurna apabila berganding dengannya. Hahaha , awak saya tengah gelak tergolek-golek ni.

    Oklah, sebagai seorang cikgu amat tak manis berlama-lamaan di cc ini. Maka aku mahu pulang. Kebetulan hari ini kelas Kimia untuk STPM masih belum bermula. Yahoo!! Maka secara automatiknya aku cuti mengajar dan perlu menulis.

    Salam sayang dari yalin buat semua.

  • Di Sebalik Malam
  • Wednesday, January 17, 2007

    Filem di Mata Kerdil Yalin

    CICAK-Man

    Best sangat ke cerita ini sampai kutipannya mencecah 5 juta? Saya ini tentang filem memang terkebelakang sekali. Sebab tak suka sangat menonton. Baru-baru, kakak saya bawa balik cd (cd pinjam) . Cicak-Man, Diva popular dan Nana tanjung.

    Cicak-Manà saya tengok tak sampai 7 minit pun. Saya tutup sebabnya. Ada kelemahan yang begitu nyata sekali. Siapa kata dalam lab boleh makan dan minum. Saya tergelak sorang-sorang. Itu memang peraturan dalam makmal. Kesilapan itu membantutkan selera saya nak menonton.

    Diva popular à samalah, saya bertahan seketika cuma di depan tv. Tak larat nak tengok aksi masuk disko dan menari-nari tu. Hei, dalam setiap filem melayu, masuk disko tu satu kewajipan ke? Saya heran, kebanyakkannya pasti ada babak masuk disko. Mual.

    Nana Tanjung à saya tengok lama sikit, sebab nak cari di mana keseronokkannya. Haha saya tak jumpa pun. Mungkin sebab ada Apek, Wahida dan lawaknya bolehlah. Saya lekat lama sikit. Pastu saya naik n menulis. Hahaha.

    Kesimpulannya, saya ini tak suka menonton dan tak layak untuk memberi pandangan. Ha ha ha. Sekian Wasalam.

    Sunday, January 14, 2007

    Jenis Darah

    Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh ANDA mampu menggambarkan personaliti sebenar diri ANDA sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

    DARAH O
    Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

    DARAH A
    Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

    DARAH B
    Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannyadengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semuaperkarakitaboleh menyelesaikannya secara bersendirian.

    DARAH AB
    Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri

    p/s: Yalin jumpa kat laman iruding. Cam best jer..Yalin darah D

    Wednesday, January 10, 2007

    Surat UntukMu

    Tuhan
    jalanku buntu
    aku perlu dibantu

    Tuhan
    Jiwaku kosong
    aku inginkan nur

    Tuhan
    hatiku beku
    aku perlu kasihMu

    Tuhan
    langkahku buntu
    pimpinlah daku

    yalin07

    Tuesday, January 09, 2007

    Saya Yang Naif Menurut Katanya

    saya ada seorang kawan. Tergolong dalam sahabat maya saya. menurut katanya dia kasihankan saya.katanya Saya ini seorang yang naif dan menganggap kegelapan itu adalah segalanya buat saya. saya tersenyum... memang saya naif tentang perkara-perkara yang tidak perlu saya tahu.Ada sebab saya tidak mengambil tahu tentang sesuatu benda..ya bagi saya ada sebabnya.

    Dia suruh saya mencari buku. Buku lain yang selalunya saya baca. Dia tak mahu lihat saya tumpul dan kena jual. Hehehe, buat dia syukran. Syukran atas nasihat awak. Walaupun tidak seratus peratus cara awak dan nasihat awak saya terima.

    Saya ni seorang yang DEGIL, kedegilan dalam diri ini memang ada. Kalau orang kata A, saya suka buat B. hehehe tapi saya pastikan segala tindakan saya ini tidak mencemarkan adat dan maruah saya sebagai seorang ISLAM. Saya ni cuma nakal sikit jer. Dan kenakalan saya ni, tidak sampai memusnahkan buana. :)

    Hei syukran yer. Saya hargainya. Saya suka orang nasihat saya. maka tolonglah ingatkan saya jika laku saya ini ada yang tak sedap di mana.

    Saya tengah belajar satu yang baru sekaran ni. Dan saya benar-benar teruja. Baru saya tau, bagaimana nak jadi penulis komik. Selama ini saya BLUR. (mesti BLUR kat BS terbatuk-batuk heheh)

    SyUKRAN juga buat sdr MFA yang mengajar saya tentang imu yang baru. Belajar secara maya. Maklumlah dunia sekarang ni tanpa sempadan, walau laku dan tindakan kita ada sempadannya.

    salam penuh bahagia .
    Putri_kataknay.

    p/s:
    Buat Cik DU, syukran atas lagu pandangi langit kat blog saya di esasterawan. Saya menghargainya.

    buar Brad, syukran atas jawapan ttg bola walau lambat. Dan syukran juga akan ilmu 'Belajar Bercinta' yang dah bab lapan sekarang. Selalu gak lepak sana dengar lagu puisi. Bila jemu tukar lagu putri pula.

    Buat yang singgah blog yalin,
    Syukran yer. Syukran sebab ingat saya.

    Saturday, January 06, 2007

    Bicara jiwa hehe

    Mana satu yang harus saya pilih?

    1.Pusat Tuisyen.

    Alhamdulillah permulaan tahun 2007 ini memberi sesuatu yang baik untuk saya. InsyaAllah saya akan mengajar subjek sains dan matematik dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Alhamdulillah. Pastu ada juga pelajar tingkatan 6 dalam sembilan orang nak belajar kimia dengan saya. Kimia Fizik, Kimia Organik dan Kimia Inorganik!

    Pusat tuisyen di Taman Saujana juga panggil saya mengajar pertengahan bulan satu ini.

    Sekolah Henry Gurney (W) belum panggil saya lagi. Saya tunggu mereka panggil saya.. saya sangat suka mengajar di sini!

    Home Tuisyen saya pula. Ada seorang pelajar tingkatan 5 nak belajar Bio dan Kimia dengan saya. Hari-hari dua jam. Dapatlah saya dalam RM 896 kalau penuh kelasnya nanti dalam sebulan.

    2.Rancangan saya tahun ini!
    Nak bantu kawan saya tanam cendawan.. Nak berhijrah ke Selangor. Tengok cara dia buat bisnes then nanti saya nak buat bangsal Cendawan di belakang rumah saya pula. Saya mana boleh jauh dari perak lama-lama. Nanti saya gersang. He he he

    Saya nak jadi petani dan penulis. Nanti sambil-sambil tanam cendawan saya boleh berkarya. Tapi kena beli lap toplah. Uiks, entah bila nak tercapai.

    Selain tanam cendawan. Saya ingat nak buat part time juga kat sana. Jadi cikgu tuisyen ke? Alamak 8/1/2007 ni nanti saya kena bagi keputusan muktamad pada dia. Nak pergi ke tak yer?

    Boleh ke saya hidup jauh dengan mak, haziq dan pc saya ni?

    Huhu saya dalam dilema..

    Friday, January 05, 2007

    Seorang lelaki yang ku puja

    Namanya?
    entah

    Asalnya?
    Entah

    Lahirnya?
    Entah

    Kacaknya?
    Entah

    segalanya entah tentangnya

    tapi
    sajaknya
    puisinya
    bicaranya
    membuat aku memujinya
    mengamit aku merinduinya.

    insanYalin
    2/1/2007

    Tuesday, January 02, 2007

    brutal in iman

    Selamat tahun baru.
    2007 sudah pun menjelma.
    Moga tahun ini menjanjikan yang terbaik buat kita.
    Maaf andai ada salah silap.

    buat budak2008
    minta maaf sebab mentertawakan anda.

    buat Brad
    apalah kecoh benda lama.Itu orang sajer jer..heheh

    buat perindu
    Tiada kata termampu ku luahkan

    buat Jidah
    Bila masa pula ku korbankan cinta

    buat Haizam
    cinta mmg poyo hehe

    buat Bikash
    Selamat tahun baru yer sahabat...:)