Thursday, January 25, 2007

Aku Bukan Perasan...

Pasti ramai yang merinduiku lantaran semenjak dua menjak ini, aku sengaja menyombong diri dengan meletakkan diriku di anak tangga yang ke tujuh di rumah ibu bapaku. (perasan sungguh). Oh ya kalau tak rindu pun, buat-buatlah rindu yer. Hehehe.

Buat dia yang merindui, yang menjenguk untuk membaca repekkan terbaruku. Maaf aku hulurkan. Bukan tidak mahu aku melangsaikan rindumu tapi aku kini dalam maslahat yang kecil. Modemku rosak lagi. Kemalasanku menyebabkan kaki dan tanganku ini, tidak membawa kereta milik keluargaku ke tempat membaiki komputer. Maaf ya. Tapi ternyata memang ku suka membuat dirimu merindui..itu tandanya...moga kau faham sendirilah! ( ha ha ha, ku tegaskan sedikit kenakalanku ini sesekali tidak memusnahkan buana)

Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Kekeringan ini membuat aku memikirkan amalan berjimat cermat. Bukan bermakna selama ini aku kuat membazir, tapi mungkin amalan menabung dengan betul itu kurang aku praktikkan. Hahaha tak perlah, aku dewasa dengan pengalaman. Tinggal beberapa hari lagi nak cukup bulan. Bukankah itu menyeronokkan! Heheheh

Alhamdulillah kerjaku tinggal lagi sedikit cuma. Empat episod itu akan aku pastikan selesai bulan ini juga. Moga aku kuat dan tidak main2 lagi. Banyak idea yang datang menerjah minda tapi seringkali disekat dengan keripuhan yang ku cipta sendiri.

Hari ini sebenarnya aku ke CC. Nak menghantar karya. Maka sempatlah aku mencatat sedikit sebanyak di blog yang lama terbiar sepi ini. InsyaAllah bulan 2 nanti aku rajin-rajinkan diri mencatat. Walau tak ramai yang suka membaca tapi aku tahu ada seorang hamba Allah tu gemar bertandang ke sini, bila dia rindu. Hahahaha. Geli pula rasa bila ada insan yang suka membaca catatan tak berhikmahku, walau dia sering mengutukku lantaran bahasa ku yang entah hapa-hapa katanya. (ciss dia tu mmg) tapi yang nyata dia gemar ke sini..kah kah kah. Dan yg paling aku tak tahan..katanya, bahasaku yang tidak best itu akan menjadi sempurna apabila berganding dengannya. Hahaha , awak saya tengah gelak tergolek-golek ni.

Oklah, sebagai seorang cikgu amat tak manis berlama-lamaan di cc ini. Maka aku mahu pulang. Kebetulan hari ini kelas Kimia untuk STPM masih belum bermula. Yahoo!! Maka secara automatiknya aku cuti mengajar dan perlu menulis.

Salam sayang dari yalin buat semua.

  • Di Sebalik Malam
  • No comments: