Wednesday, February 28, 2007

Lama tapi Baru...

Dah lama tapi baru nak letak hehehe

Cantik ( Di sebalik Malam)

Semua orang memang mahu kelihatan cantik. Fitrah alam, tapi cantik itu berlainan di setiap mata yang memandang. Barangkali A, B dan C menganggap kita biasa sahaja. Tapi L menyatakan kita sangat menawan. Mungkin L menganggap kita istimewa tapi A, B dan C tidak. Itulah yang dinamakan kehidupan dan kebijaksanaan DIA yang menciptakan. Tapi, kalau ada orang yang ingin semua orang memandang dia cantik, itu bermakna dia tamak! Andai semua orang memandangnya cantik lantaran akhlak yang tersemat pada dirinya, maka selayaknya itu dia dapat. Tapi jika orang melihat dia cantik lantaran susuk patung, emas, beras atau ayat yang dipakainya. Maka terimalah azab atas kecantikan yang kau minta tidak bertempat itu.

Cantik ibarat merak, hanya menongkat megah sedangkan dagingnya tiada siapa yang makan pun. Cantik biarlah hanya untuk suami. Andai kecantikan dijaga untuk menambat hati insan lain atau untuk meluruhkan hati mak datin demi kemewahan hidup hanya di dunia… hahaha kalian memang seorang yang berfikiran panjang. Panjang berjela-jela sampai tak jumpa pengakhiran hidup itu hanya dua yakni syurga dan neraka. Jangan terlalu berlencong-lencong. Pulanglah. Berkali ku tegaskan TUHAN itu maha kasihNya luas cintaNya. Pulanglah. Jangan main dengan api lagi, takut kau yang hangus terbakar dijilat api.

Wahai gigolo yang takut lenyap kemewahan hidupmu, insaflah, berzina itu haram. Tambah dengan isteri orang. Baik kau kahwin jer dengan mak datin tu kalau dia janda. Kalau dia bukan janda , kau cubalah tackle anak orang berada dan kahwin. Bukan apa, takut makin banyak bencana yang menimpa lantaran kemungkaran demi kemungkaran yang kita lakukan tanpa segan silu. Malulah, kemungkaran yang kau lakukan itu di atas bumiNya. Barangkali kau boleh cari space lain untuk bermaksiat!

Ya Allah, aku bersyukur dengan kesempurnaan anggota tubuhku. Alhamdulillah dua telinga, sepasang mata, seulas bibir, hidung dan segalanya buatku sempurna tanpa cacat celanya. Itu kecantikan darimu…Alhamdulillah. Aku bersyukur!!!! Moga Kau lindungi kami dari segala maksiat dan bencana. Amin.

  • Bila Putri Berbicara
  • No comments: