Monday, March 12, 2007

Yahooo!!!
Cuti sekolah yang bermula...

Yahoo, alhamdullilah cuti sekolah pun bermula. Peranan guru ganti pun sudah selesai. Insyaallah, akan kembali ke Henry Gurney lagi sebagai guru tambahan. Yakni guru dari luar yang mengajar mereka matematik dan sains.

Malam Jumaat yang lalu, saya sekeluarga telah pergi ke Alor Setar, Kedah. Sepupu saya kahwin. Tapi malam itu jem teruk sangat. Hampir dua jam kami terkandas. Menurut abang ipar sebentar sahaja lagi kami akan melalui terowong. Tapi yang peliknya lepas itu jalan jem teruk. Sampai abang ipar saya boleh keluar dari kereta dan bersembang dengan acu yang turut menyertai konvoi kami ke Alor Setar.

Gelisah juga saya, dalam hati berkata dan tertanya, teruk sangat ke accident yang berlaku. Kereta polis dan bomba tak putus-putus datang . Rupanya ada sebuah bas yang masuk jurang. Itu pun saya tahu selepas surat khabar menceritakan. Ngeri pula rasanya. Kami sampai di Alor Setar pukul 2 pagi, lantaran jem yang teruk itu.

Bercerita tentang majlis perkahwinan, alhamdulillah, sepupu saya itu selamat di kahwinkan. Sepupu saya itu sebaya dengan saya. Maka tidak pasal-pasal pak cik dan mak cik saya bertanya tentang saya. Cis, malas tul nak bersoal jawab tentang perkara ini. Bagi saya kalau ada seru nanti saya kahwinlah. Saya pun belum masuk 26 lagi. Mak pula cakap, kerja dulu baru kahwin. Takut sangat saya kahwin, mak ..mak..kadangkala tergelak dengan afalnya mak saya. Agaknya dia ingat kalau saya kahwin, saya tak hiraukan dia lagi.

Cuti ini banyak yang saya rancangkan. 17 hari bulan ini ada program motivasi di tempat tuisyen saya. Saya tengah buat persedian untuk itu. Doakan agar segalanya berjalan lancar. Dan selesai nanti, akan saya ceritakan apa yang berlaku.

Penulisan skrip komik saya tinggal lagi 2 episod. Saya kena habiskan segera. Cerpen saya juga tak siap-siap lagi. Banyak yang perlu saya buat. Moga segala urusan saya dipermudahkan Allah. Ya Allah, betapa saya bersyukur menjadi umat muhamad saw dan seseorang yang dilahirkan dalam Islam. Alhamdulillah….

Buat BUDAK 2008, cepatlah edit cerpen saya itu….kalau salah eja tolong betulkan ya. Heheheh

p/s: Brad syukran yer..

No comments: