Thursday, November 05, 2009

Salam Pagi yang indah..

Pagi ini indah dan merdu seperti biasa,
Tiada sengketa, tiada gelodak di jiwa,
cuma rindu yang sekali sekala datang menghimpit,
cuma syahdu yang sekali kala datang menjenguk wajah.

Bertanya khabar
bertanya berita
bertanya sentosa

mengharap cinta
mendamba kasih
menilai cinta

salam pagi yang indah-indah

Thursday, October 22, 2009

Karya seseorang..



Bagus karya adik Diya Nordin, Natalia Natasya. Tersentuh hati saya membacanya. Kisah keluarga dan percintaan. Banyak selitan dari ayat2 Al Quran selain ayat-ayat cinta yang sememangnya menarik minat saya.


Teringat kata emak tercinta, katanya antara kita dan suami ada jurang pemisah seandainya ada sesuatu yang berlaku, tapi dengan keluarga, ibu ayah dan adik beradik ikatan darah itu tiada akan musnah.


Hati manusia boleh berubah, dari dia yang beria pada awalnya tiba-tiba menyatakan pertunangan ini adalah satu kesilapan apabila hari ijab kabul tinggal lagi sebulan. Huhu sedih kisah adik Diya tu..
Harapan akak moga adik Diya terus dan terus menghasilkan karya yang bermutu. Jangan lupa hantar kesudahan novel tu pada akak. Tak sabar nak mengetahui penamatnya.
keluargaku syugraku..

Wednesday, September 30, 2009

Atas sebuah permintaan..

Atas sebuah permintaan, saya memulakan bicara mengisi blog yang lama beku. Syukran adik Diya yang memberi momentum kepada saya bagi memulakan bicara yang lama beku.

Entah apa yang patut saya bicarakan. Kebekuan yang meliputi likat bicara saya. Soal apa yang perlu saya katakan? Apa yang perlu saya kongsikan?

Saya sedang berusaha menyiapkan students saya menghadapi PMR. Saya tengah sedikit rungsing melihat mereka yang leka seolah bakal tidak berhadapan dengan apa-apa. Entahlah, apa yang saya harap segala yang tercurah telah ditadah sepenuhnya.

Lepas PMR, SPM pula yang sedikit merisaukan saya. Pelajar perlu disiapkan bagi menghadapi kertas Math Moden dan Kimia. Saya harap sangat agar mereka semua berjaya. Amin.

Thursday, September 03, 2009

kita perlu berubah

Hidup yang statik amat membosankan. Kadangkala badai yang datang itu penyeri. Tapi jika badai yang datang itu adalah ombak besar yang bergulung-gulung, ketakutan pasti menapak dalam.

Hidup memang tidak selalunya indah. Dunia bagai pentas drama yang kadangkala boleh jadi menakutkan atau mengembirakan. Tapi yang pasti hidup perlu diteruskan.

Dan akhir kata, kita perlu berubah.

Wednesday, July 22, 2009

Salam Kembali

Lama sudah saya menyepi membiarkan sawang-sawang mendiami blog saya buat seketika. Saya dikejar keripuhan dan keletihan yang teramat. Entahlah semenjak dua menjak badan saya asyik diserang keletihan. Idea menulis pun berkurangan lantaran kerap sangat tidur awal di malam hari.

Tapi tak apalah, apa yang berlaku bersebab. Dan saya amat gembira dengan sebab itu. Kekuatan akan saya cari, insan Yalin bakal muncul kembali mewarnai dunia penulisannya yang kini malap. Sayakan bercita-cita untuk menjadi penulis hebat (hehehe perasan betul). Itu adalah cita-cita saya selain menjadi cikgu yang mantap. Heheh doakan saya. Dunia saya penuh dengan angan-angan yang sedang cuba saya realisasikan.

Tanpa impian, cita-cita tidak akan jadi kenyataan!

Wednesday, June 03, 2009

BERCINTA untuk BERSABAR..

belajarlah untuk bercinta dengan kesabaran,
walaupun jauh,
jika kita bercinta dengan kesabaran,
segalanya kepahitan akan sedikit-sedikit hilang,
kesabaran seni terindah yang memeritkan,
tapi itu yang perlu kita pupuk sedaya upaya,
sedalam dalamnya.

p/s; angin kau sampaikan lagu buat permataku tenang selalu, bayu sampaikan berita aku kini ceria, aman dan bahagia...

Tuesday, May 19, 2009

dia kini suamiku...



Gambar kenangan bersama ibu dan ayah. Saya, suami, kak long dan Abang Long. 2 Mei melakar sejarah dalam hidup saya. Mak dan ayah terima kasih banyak-banyak. Keluarga yang banyak membantu.

Syukran pada sahabat yang hadir, pada anak-anak murid yang turut berganding bahu. Pada semua yang menitip doa buat saya dan suami. Pada adik Tuah Saujana yang mengirim sesuatu yang berharga.

Pada guru-guru MTI yang sudi hadir. Pada rakan Maktab, pada anak-anak murid yang sentiasa mengingati gurumu ini.

Pada suami tersayang dan semua, terima kasih atas segalanya.



Saya dan Suami berada di Makam Mahsuri, Langkawi. Hanya senyuman yang menghiasi bibir saya.







Bulan madu, kami di Langkawi. Syukran Bibik Ana dan Pak Cik Daim yang menaja percutian kami. Gambar di atas kami berada di cable car.




Monday, May 04, 2009

BUKAN KERANA NAMA

Saya menulis bukan kerana nama. Saya menulis bahana cinta. Pembakar semangat saya ialah suami yang juga seorang penulis.
Saya tiada mengejar keglamouran. Saya hanya mengejar apa yang saya cinta. Jika anda mengatakan saya begitu. Anda salah. Dan anda adalah insan jauh dari saya.. Insan yang tidak pernah mengenal saya. Yang tidak mengerti saya. Saya tiada marahnya.
Sebab saya telah ada seseorang yang mengerti saya sedalamnya.

Dia adalah suami saya. Lelaki yang baru kelmarin menjadi suami saya.

Monday, April 27, 2009

Buku buku dan buku...

Saya teringin menghasilkan sebuah buku... saya jeles dengan seseorang yang banyak buku yang dihasilkannya. "Nah, nak bagi lin jeles," katanya sambil meletakkan seplastik buku di atas riba saya. Saya meneliti huhu jelesnya apabila namanya terpampang megah di depan kulit buku yang dihasilkan.

Saya hanya pernah menghasilkan manuskrip komik. Pertama peluang yang diberikan oleh sifu saya MFA, Mohd Fadli Akiti (namanya sungguh unit), dan yang kedua oleh Saudara Wanzu dari PTS. Laju sahaja saya siapkannya sebab saya suka menulis manuskrip komik. Kena dengan jiwa saya.

Saya juga pernah menghasilkan Novel bersama Pak Latip, saya tak tahulah bila novel itu bakal diterbitkan. Saya tak sabar nak melihat hasil kerja saya agar saya bersemangat semula untuk menulis.

Berusaha Yalin!! Saya harap selepas ini saya dapat menghasilkan buku dengan seseorang yang dekat dengan saya. Berusaha Yalin! Moga dia mahu bekerjasama. InsyaAllah.

Thursday, April 23, 2009

Wah Luasnya Dunia..



Dunia ini luas! Benarkah? Selalunya orang hanya akan menutur ‘emm kecilnya dunia.’ Saya hanya tersenyum. Bahana saya insan yang kaya dengan senyuman. Luas atau kecilnya dunia tiada saya endahkan yang saya tahu, tangga kesyukuran harus saya panjat bahana berpeluang untuk singgah di buana yang fana ini. Syukran ya Tuhan.

Dalam buana yang tinggalnya berjutaan manusia. Saya mengenali seorang rakan yang belum sempat saya nobatkan sebagai sahabat dia telah bertukar warna. Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Hanya kerana seorang lelaki dia menjadi jauh dengan saya. Hanya kerana seorang lelaki, persahabatan yang lebih dulu terbina kuat terungkai. Hanya kerana seorang lelaki dia mengadaikan sebuah persahabatan. Bagaikan persahabatan itu tidak berharga di matanya.

Biarlah, kini dia sedang menjilat ludahnya. Nasihatnya yang diberikan kepada saya dulu kini dia yang mengulanginya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai dia menghianati kepercayaan saya padanya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai persahabatan kami tergadai kerananya. Dan yang paling menjijikkan apabila dia menyatakan yang lelaki itu sangat boleh dipercayai. Boleh menyimpan rahsia.

Hahaha saya bagai mahu terguling-guling mendengarnya. Dan yang paling menyedihkan dia menyatakan ‘kak Lina tak tahu apa-apa pasal kita’ (kita merujuk kepada dirinya). Padahal kami pernah tinggal bersama, makan bersama, tidur bersama, bergembira bersama. Tetapi dia membongkar rahsia saya bagi mendekati lelaki durjana itu.
Pertama kali dalam sejarah peristiwa ini berlaku kepada saya. Pertama kali dalam sejarah saya menjumpai sahabat yang tidak setia. Pertama kali dalam sejarah persahabatan dan kepercayaan saya dikianati hanya kerana seorang lelaki. Nasib baik pertama kali dan bukan banyak kali. Bersyukur sangat-sangat!

p/s; Ini kisah belaku pada abad yang dulu. Ketika pemahaman saya masih jahil dalam menilai manusia. Saya mengingatnya kembali apabila sibuk mencari alamat-alamat untuk mengirimkan kad undangan bagi membuktikan cinta saya dan tunang yang pemalu itu bakal bersatu. Doakan kami ya! Biar jalinan cinta itu bahagia sampai ke syurga. Amin.

Hati saya...



Kebanyakkan orang tidak akan membaca sesuatu yang berbentuk peribadi. Hai A jangan membuang masa menulis sesuatu yang lahir dari hati yang hanya mengambarkan hatimu. Tulis sesuatu yang luas yang menceritakan bukan tentang hatimu terhadap hatimu.

Erm betul juga nasihat yang dilemparkan oleh seorang sahabat berkurun tahun yang lalu. Kerana apa yang digambarkan dari hati buat seseorang yang tertentu tidak pernah dihargai. Malah apa yang dilahirkan dari hati kadang kala disambut dengan keladak rasa malu yang sangat tebal.

Barangkali manusia kurang mahu menghargai apa yang dia ada. Barangkali manusia kurang mahu mengakui apa yang dimiliki. Malu pada sebuah kebenaran yang indah. Malu pada satu perasaan yang lahir dari hati yang suci ikhlas. Manusia oh manusia. Entah bagai macam ragammu. Dan yang nyata Insan Yalin juga adalah seorang manusia.

Saya tidak bermaksud untuk menceritakan pasal hati. Kerana bahana sedia maklum, orang yang bakal sehidup semati pun jarang mahu mendengar dengan seikhlas hati. Maka saya melahirkan rasa saya di atas lengokkan pen yang menari ligat di satu daerah setia yang bernama diari.

Minggu depan, minggu depan saya bakal bergelar seseorang yang banyak tanggungjawabnya. Minggu depan saya perlu bersedia mental dan fizikal. Bagai ada satu ketakutan yang bakal menghampiri jiwa saya. Bukan saya takut tapi sedikit berjaga dengan perubahan-perubahan serta kejutan-kejutan yang berlaku sepanjang saya terikat dengan seseorang.

Manusia itu tiada skala sifatnya. Sering berubah-ubah sehingga kadangkala ia sukar untuk dibaca. Saya ingin sangat membaca sesuatu yang tersirat di hati seseorang agar saya dapat melangkah ke suatu daerah itu (daerah yang bakal saya lalui) dengan tenang.

Saya tidak minta apa-apa. Cuma ini kata hati saya buat hati saya.

Wednesday, April 22, 2009

Penjelajahanku...

Kami berbasikal menjelajah di semua kawasan-kawasan masjid yang terdapat di Tamadun Islam. Best juga berbasikal...

Cantikkan senibinanya. Rasanya bagaikan kami melancong ke seluruh dunia mencari masjid-masjid yang tertanam dengan timbunan sejarah.

Warga Maahad yang bergambar di depan salah satu Masjid yang berada di Pusat Tamadun Islam.

Laporan lengkap akan disediakan. Sekadar menunjukkan gambar kenangan di sana.



Thursday, April 16, 2009

Al Kisah



Saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang baru sahaja bertunang. Katanya dia sangat menyintai tunangnya itu sehingga setiap kali memasuki blog tunangnya dia akan meninggalkan ungkapan ‘cinta awak’ dengan penuh rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Bahana cintanya pada tunangnya itu melangit apabila ikatan pertunangan terbina.
Wah! Sangat indah bukan apabila di kotak mesej ada orang menyatakan sayangnya pada kita. Sungguh romantic benar kawan saya itu, membenarkan seantero makhluk mengetahui perasaannya pada tunangnya itu.
Seminggu selepas itu, rakan saya menemui saya dengan kesedihan yang sarat di wajahnya. Wajahnya benar-benar terluka dan mencuka. Jiwanya pasti luka parah apabila melihat mukanya yang retak berjuta itu. Saya kehairanan. Apakah yang berlaku? Bukankah dulu wajahnya yang paling ceria.
Barulah saya tahu, dalam ceritanya yang bersulam air mata itu ada satu kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan. Tunangnya itu rupanya tiada langsung menghargai kata kasihnya. Katanya lagi tunangnya itu sedikit malu dengan ungkapan ‘cinta awak’ yang ditinggalkan diblognya setiap hari. Tergamam saya mendengar.
Malu mendapat kata sayang dari insan yang bakal bergelar isterinya! Lelaki itu sungguh pelik. Saya tertanya-tanya patutkah kawan saya itu berkahwin dengannya.
Nasihat saya, jangan kata cinta dia. Kata sahaja ‘ I hate u’. (dengan nada lawak)
Rakan saya hanya tersenyum palsu. Barangkali hatinya dan akalnya tengah mempertimbangkan saranan saya. Lama dia terdiam sebelum menyatakan dia benci dengan ungkapan ‘cinta awak’ itu.
Yang paling saya suka, rakan saya menyatakan bibirnya tidak akan menyatakan cintanya lagi pada lelaki itu!
Bagus bagus bagus biar padan muka dia!

Wednesday, April 15, 2009

cinta



cantikkan pemandangan disebelah. Telah mengamit rasa cinta yang teramat pada alam.

salam penuh kecintaan

Tuesday, March 10, 2009

SALAM MAULIDURASUL

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Zulmat yang beralih sinar,
bahana apa?
Lahirnya insan agung yang terlalu agung