Monday, April 27, 2009

Buku buku dan buku...

Saya teringin menghasilkan sebuah buku... saya jeles dengan seseorang yang banyak buku yang dihasilkannya. "Nah, nak bagi lin jeles," katanya sambil meletakkan seplastik buku di atas riba saya. Saya meneliti huhu jelesnya apabila namanya terpampang megah di depan kulit buku yang dihasilkan.

Saya hanya pernah menghasilkan manuskrip komik. Pertama peluang yang diberikan oleh sifu saya MFA, Mohd Fadli Akiti (namanya sungguh unit), dan yang kedua oleh Saudara Wanzu dari PTS. Laju sahaja saya siapkannya sebab saya suka menulis manuskrip komik. Kena dengan jiwa saya.

Saya juga pernah menghasilkan Novel bersama Pak Latip, saya tak tahulah bila novel itu bakal diterbitkan. Saya tak sabar nak melihat hasil kerja saya agar saya bersemangat semula untuk menulis.

Berusaha Yalin!! Saya harap selepas ini saya dapat menghasilkan buku dengan seseorang yang dekat dengan saya. Berusaha Yalin! Moga dia mahu bekerjasama. InsyaAllah.

Thursday, April 23, 2009

Wah Luasnya Dunia..



Dunia ini luas! Benarkah? Selalunya orang hanya akan menutur ‘emm kecilnya dunia.’ Saya hanya tersenyum. Bahana saya insan yang kaya dengan senyuman. Luas atau kecilnya dunia tiada saya endahkan yang saya tahu, tangga kesyukuran harus saya panjat bahana berpeluang untuk singgah di buana yang fana ini. Syukran ya Tuhan.

Dalam buana yang tinggalnya berjutaan manusia. Saya mengenali seorang rakan yang belum sempat saya nobatkan sebagai sahabat dia telah bertukar warna. Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Hanya kerana seorang lelaki dia menjadi jauh dengan saya. Hanya kerana seorang lelaki, persahabatan yang lebih dulu terbina kuat terungkai. Hanya kerana seorang lelaki dia mengadaikan sebuah persahabatan. Bagaikan persahabatan itu tidak berharga di matanya.

Biarlah, kini dia sedang menjilat ludahnya. Nasihatnya yang diberikan kepada saya dulu kini dia yang mengulanginya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai dia menghianati kepercayaan saya padanya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai persahabatan kami tergadai kerananya. Dan yang paling menjijikkan apabila dia menyatakan yang lelaki itu sangat boleh dipercayai. Boleh menyimpan rahsia.

Hahaha saya bagai mahu terguling-guling mendengarnya. Dan yang paling menyedihkan dia menyatakan ‘kak Lina tak tahu apa-apa pasal kita’ (kita merujuk kepada dirinya). Padahal kami pernah tinggal bersama, makan bersama, tidur bersama, bergembira bersama. Tetapi dia membongkar rahsia saya bagi mendekati lelaki durjana itu.
Pertama kali dalam sejarah peristiwa ini berlaku kepada saya. Pertama kali dalam sejarah saya menjumpai sahabat yang tidak setia. Pertama kali dalam sejarah persahabatan dan kepercayaan saya dikianati hanya kerana seorang lelaki. Nasib baik pertama kali dan bukan banyak kali. Bersyukur sangat-sangat!

p/s; Ini kisah belaku pada abad yang dulu. Ketika pemahaman saya masih jahil dalam menilai manusia. Saya mengingatnya kembali apabila sibuk mencari alamat-alamat untuk mengirimkan kad undangan bagi membuktikan cinta saya dan tunang yang pemalu itu bakal bersatu. Doakan kami ya! Biar jalinan cinta itu bahagia sampai ke syurga. Amin.

Hati saya...



Kebanyakkan orang tidak akan membaca sesuatu yang berbentuk peribadi. Hai A jangan membuang masa menulis sesuatu yang lahir dari hati yang hanya mengambarkan hatimu. Tulis sesuatu yang luas yang menceritakan bukan tentang hatimu terhadap hatimu.

Erm betul juga nasihat yang dilemparkan oleh seorang sahabat berkurun tahun yang lalu. Kerana apa yang digambarkan dari hati buat seseorang yang tertentu tidak pernah dihargai. Malah apa yang dilahirkan dari hati kadang kala disambut dengan keladak rasa malu yang sangat tebal.

Barangkali manusia kurang mahu menghargai apa yang dia ada. Barangkali manusia kurang mahu mengakui apa yang dimiliki. Malu pada sebuah kebenaran yang indah. Malu pada satu perasaan yang lahir dari hati yang suci ikhlas. Manusia oh manusia. Entah bagai macam ragammu. Dan yang nyata Insan Yalin juga adalah seorang manusia.

Saya tidak bermaksud untuk menceritakan pasal hati. Kerana bahana sedia maklum, orang yang bakal sehidup semati pun jarang mahu mendengar dengan seikhlas hati. Maka saya melahirkan rasa saya di atas lengokkan pen yang menari ligat di satu daerah setia yang bernama diari.

Minggu depan, minggu depan saya bakal bergelar seseorang yang banyak tanggungjawabnya. Minggu depan saya perlu bersedia mental dan fizikal. Bagai ada satu ketakutan yang bakal menghampiri jiwa saya. Bukan saya takut tapi sedikit berjaga dengan perubahan-perubahan serta kejutan-kejutan yang berlaku sepanjang saya terikat dengan seseorang.

Manusia itu tiada skala sifatnya. Sering berubah-ubah sehingga kadangkala ia sukar untuk dibaca. Saya ingin sangat membaca sesuatu yang tersirat di hati seseorang agar saya dapat melangkah ke suatu daerah itu (daerah yang bakal saya lalui) dengan tenang.

Saya tidak minta apa-apa. Cuma ini kata hati saya buat hati saya.

Wednesday, April 22, 2009

Penjelajahanku...

Kami berbasikal menjelajah di semua kawasan-kawasan masjid yang terdapat di Tamadun Islam. Best juga berbasikal...

Cantikkan senibinanya. Rasanya bagaikan kami melancong ke seluruh dunia mencari masjid-masjid yang tertanam dengan timbunan sejarah.

Warga Maahad yang bergambar di depan salah satu Masjid yang berada di Pusat Tamadun Islam.

Laporan lengkap akan disediakan. Sekadar menunjukkan gambar kenangan di sana.



Thursday, April 16, 2009

Al Kisah



Saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang baru sahaja bertunang. Katanya dia sangat menyintai tunangnya itu sehingga setiap kali memasuki blog tunangnya dia akan meninggalkan ungkapan ‘cinta awak’ dengan penuh rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Bahana cintanya pada tunangnya itu melangit apabila ikatan pertunangan terbina.
Wah! Sangat indah bukan apabila di kotak mesej ada orang menyatakan sayangnya pada kita. Sungguh romantic benar kawan saya itu, membenarkan seantero makhluk mengetahui perasaannya pada tunangnya itu.
Seminggu selepas itu, rakan saya menemui saya dengan kesedihan yang sarat di wajahnya. Wajahnya benar-benar terluka dan mencuka. Jiwanya pasti luka parah apabila melihat mukanya yang retak berjuta itu. Saya kehairanan. Apakah yang berlaku? Bukankah dulu wajahnya yang paling ceria.
Barulah saya tahu, dalam ceritanya yang bersulam air mata itu ada satu kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan. Tunangnya itu rupanya tiada langsung menghargai kata kasihnya. Katanya lagi tunangnya itu sedikit malu dengan ungkapan ‘cinta awak’ yang ditinggalkan diblognya setiap hari. Tergamam saya mendengar.
Malu mendapat kata sayang dari insan yang bakal bergelar isterinya! Lelaki itu sungguh pelik. Saya tertanya-tanya patutkah kawan saya itu berkahwin dengannya.
Nasihat saya, jangan kata cinta dia. Kata sahaja ‘ I hate u’. (dengan nada lawak)
Rakan saya hanya tersenyum palsu. Barangkali hatinya dan akalnya tengah mempertimbangkan saranan saya. Lama dia terdiam sebelum menyatakan dia benci dengan ungkapan ‘cinta awak’ itu.
Yang paling saya suka, rakan saya menyatakan bibirnya tidak akan menyatakan cintanya lagi pada lelaki itu!
Bagus bagus bagus biar padan muka dia!

Wednesday, April 15, 2009

cinta



cantikkan pemandangan disebelah. Telah mengamit rasa cinta yang teramat pada alam.

salam penuh kecintaan