Thursday, April 16, 2009

Al Kisah



Saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang baru sahaja bertunang. Katanya dia sangat menyintai tunangnya itu sehingga setiap kali memasuki blog tunangnya dia akan meninggalkan ungkapan ‘cinta awak’ dengan penuh rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Bahana cintanya pada tunangnya itu melangit apabila ikatan pertunangan terbina.
Wah! Sangat indah bukan apabila di kotak mesej ada orang menyatakan sayangnya pada kita. Sungguh romantic benar kawan saya itu, membenarkan seantero makhluk mengetahui perasaannya pada tunangnya itu.
Seminggu selepas itu, rakan saya menemui saya dengan kesedihan yang sarat di wajahnya. Wajahnya benar-benar terluka dan mencuka. Jiwanya pasti luka parah apabila melihat mukanya yang retak berjuta itu. Saya kehairanan. Apakah yang berlaku? Bukankah dulu wajahnya yang paling ceria.
Barulah saya tahu, dalam ceritanya yang bersulam air mata itu ada satu kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan. Tunangnya itu rupanya tiada langsung menghargai kata kasihnya. Katanya lagi tunangnya itu sedikit malu dengan ungkapan ‘cinta awak’ yang ditinggalkan diblognya setiap hari. Tergamam saya mendengar.
Malu mendapat kata sayang dari insan yang bakal bergelar isterinya! Lelaki itu sungguh pelik. Saya tertanya-tanya patutkah kawan saya itu berkahwin dengannya.
Nasihat saya, jangan kata cinta dia. Kata sahaja ‘ I hate u’. (dengan nada lawak)
Rakan saya hanya tersenyum palsu. Barangkali hatinya dan akalnya tengah mempertimbangkan saranan saya. Lama dia terdiam sebelum menyatakan dia benci dengan ungkapan ‘cinta awak’ itu.
Yang paling saya suka, rakan saya menyatakan bibirnya tidak akan menyatakan cintanya lagi pada lelaki itu!
Bagus bagus bagus biar padan muka dia!

1 comment:

izyan insyirah said...

hanya kerana ucapan cinta hati dah merana?belum pun bergelar laki bini? ada2 aje org bercinta ini...

ada orang yang tidak suka dihebohkan rasa cintanya kepada org lain.yg tau hanya, org yang dia cinta saja..

ada orang yang suka menghebohkan rasa cintanya..biar satu dunia tau katanya...
:):)