Monday, April 27, 2009

Buku buku dan buku...

Saya teringin menghasilkan sebuah buku... saya jeles dengan seseorang yang banyak buku yang dihasilkannya. "Nah, nak bagi lin jeles," katanya sambil meletakkan seplastik buku di atas riba saya. Saya meneliti huhu jelesnya apabila namanya terpampang megah di depan kulit buku yang dihasilkan.

Saya hanya pernah menghasilkan manuskrip komik. Pertama peluang yang diberikan oleh sifu saya MFA, Mohd Fadli Akiti (namanya sungguh unit), dan yang kedua oleh Saudara Wanzu dari PTS. Laju sahaja saya siapkannya sebab saya suka menulis manuskrip komik. Kena dengan jiwa saya.

Saya juga pernah menghasilkan Novel bersama Pak Latip, saya tak tahulah bila novel itu bakal diterbitkan. Saya tak sabar nak melihat hasil kerja saya agar saya bersemangat semula untuk menulis.

Berusaha Yalin!! Saya harap selepas ini saya dapat menghasilkan buku dengan seseorang yang dekat dengan saya. Berusaha Yalin! Moga dia mahu bekerjasama. InsyaAllah.

4 comments:

MKriza said...

Berusaha!

Unik bukannya unit.Sila betulkan he he

Nissa' Yusof said...

kak yalin, nanti ajar saya tulis manuskrip komik boleh?
:)

izyan insyirah said...

kalau tujuan menulis hanya nak mendapat nama...sy rasa tk perlu..

sofea damia said...

salam..kalau boleh ustzh lina buat la novel..teringin nk baca..
SEMOGA USTAZAH LINA BERJAYA...
from:_budak bertuah_...hehe..