Thursday, April 23, 2009

Hati saya...



Kebanyakkan orang tidak akan membaca sesuatu yang berbentuk peribadi. Hai A jangan membuang masa menulis sesuatu yang lahir dari hati yang hanya mengambarkan hatimu. Tulis sesuatu yang luas yang menceritakan bukan tentang hatimu terhadap hatimu.

Erm betul juga nasihat yang dilemparkan oleh seorang sahabat berkurun tahun yang lalu. Kerana apa yang digambarkan dari hati buat seseorang yang tertentu tidak pernah dihargai. Malah apa yang dilahirkan dari hati kadang kala disambut dengan keladak rasa malu yang sangat tebal.

Barangkali manusia kurang mahu menghargai apa yang dia ada. Barangkali manusia kurang mahu mengakui apa yang dimiliki. Malu pada sebuah kebenaran yang indah. Malu pada satu perasaan yang lahir dari hati yang suci ikhlas. Manusia oh manusia. Entah bagai macam ragammu. Dan yang nyata Insan Yalin juga adalah seorang manusia.

Saya tidak bermaksud untuk menceritakan pasal hati. Kerana bahana sedia maklum, orang yang bakal sehidup semati pun jarang mahu mendengar dengan seikhlas hati. Maka saya melahirkan rasa saya di atas lengokkan pen yang menari ligat di satu daerah setia yang bernama diari.

Minggu depan, minggu depan saya bakal bergelar seseorang yang banyak tanggungjawabnya. Minggu depan saya perlu bersedia mental dan fizikal. Bagai ada satu ketakutan yang bakal menghampiri jiwa saya. Bukan saya takut tapi sedikit berjaga dengan perubahan-perubahan serta kejutan-kejutan yang berlaku sepanjang saya terikat dengan seseorang.

Manusia itu tiada skala sifatnya. Sering berubah-ubah sehingga kadangkala ia sukar untuk dibaca. Saya ingin sangat membaca sesuatu yang tersirat di hati seseorang agar saya dapat melangkah ke suatu daerah itu (daerah yang bakal saya lalui) dengan tenang.

Saya tidak minta apa-apa. Cuma ini kata hati saya buat hati saya.

No comments: