Thursday, April 23, 2009

Wah Luasnya Dunia..



Dunia ini luas! Benarkah? Selalunya orang hanya akan menutur ‘emm kecilnya dunia.’ Saya hanya tersenyum. Bahana saya insan yang kaya dengan senyuman. Luas atau kecilnya dunia tiada saya endahkan yang saya tahu, tangga kesyukuran harus saya panjat bahana berpeluang untuk singgah di buana yang fana ini. Syukran ya Tuhan.

Dalam buana yang tinggalnya berjutaan manusia. Saya mengenali seorang rakan yang belum sempat saya nobatkan sebagai sahabat dia telah bertukar warna. Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Hanya kerana seorang lelaki dia menjadi jauh dengan saya. Hanya kerana seorang lelaki, persahabatan yang lebih dulu terbina kuat terungkai. Hanya kerana seorang lelaki dia mengadaikan sebuah persahabatan. Bagaikan persahabatan itu tidak berharga di matanya.

Biarlah, kini dia sedang menjilat ludahnya. Nasihatnya yang diberikan kepada saya dulu kini dia yang mengulanginya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai dia menghianati kepercayaan saya padanya. Hebat sangatkah lelaki itu sampai persahabatan kami tergadai kerananya. Dan yang paling menjijikkan apabila dia menyatakan yang lelaki itu sangat boleh dipercayai. Boleh menyimpan rahsia.

Hahaha saya bagai mahu terguling-guling mendengarnya. Dan yang paling menyedihkan dia menyatakan ‘kak Lina tak tahu apa-apa pasal kita’ (kita merujuk kepada dirinya). Padahal kami pernah tinggal bersama, makan bersama, tidur bersama, bergembira bersama. Tetapi dia membongkar rahsia saya bagi mendekati lelaki durjana itu.
Pertama kali dalam sejarah peristiwa ini berlaku kepada saya. Pertama kali dalam sejarah saya menjumpai sahabat yang tidak setia. Pertama kali dalam sejarah persahabatan dan kepercayaan saya dikianati hanya kerana seorang lelaki. Nasib baik pertama kali dan bukan banyak kali. Bersyukur sangat-sangat!

p/s; Ini kisah belaku pada abad yang dulu. Ketika pemahaman saya masih jahil dalam menilai manusia. Saya mengingatnya kembali apabila sibuk mencari alamat-alamat untuk mengirimkan kad undangan bagi membuktikan cinta saya dan tunang yang pemalu itu bakal bersatu. Doakan kami ya! Biar jalinan cinta itu bahagia sampai ke syurga. Amin.

1 comment:

MKriza said...

Manusia ini berwarna hatinya.
Biru tak semestinya melambangkan kedamaian.
Merah tak semestinya menunjukkan kemarahan.

* Emm... boleh buat perenggan tak? Senang mata membacanya.