Tuesday, October 19, 2010

Sajak..

Buat Suamiku,
kau terindah buatku,
kau penjana senyuman di hatiku,
kau penguat jiwa,
kau penawar kalbu.

kau hulurkan iman padaku,
menyulam sejuta keindahan di naluriku,
mengait sarat benang-benang rindu di fuadku,
bila sedetik berjauhan dengannya,

aku cinta iman,
dan aku juga cinta kamu.

nukilan,
Ummi Lina

Monday, February 22, 2010









Titis-titis air mata saya mengalir bila mendengar tangisannya.
Jiwa saya gembira.
Rasa sakit segera hilang
Dan saya bersyukur yang amat terhadap kelahiran puteri saya ini.


Sufi Nur Iman binti Mohd Khairul Riza
Lahir di Hospital Ipoh pada 14.2.2010, pukul 4.25 pagi dengan beratnya 3.35 kg
Dia, permata Ummi dan Ayah

Thursday, January 28, 2010

Kenangan Di SHG.

Semalam sedang saya menitiskan air mata melihat program bersamamu ada mesej yang masuk. Hanya bertulis ungkapan salam. Pelik. Maka salamnya saya balas.

Rupanya dia. Pelajar saya di SHG. Sekolah Henry Gurney yang banyak mengajar saya tentang kehidupan.

Syukran pelajarku kerana masih mengingati saya sebagai gurumu walaupun telah empat tahun kamu meninggalkan sekolah itu.

Kenangan di SHG masih terpahat dalam ingatan.

Wednesday, January 13, 2010

chemistry

Saya cikgu kimia. Kimia tu maknanya 'art of changing'. Saya suka kimia. Bukan sahaja kimia, mate dengan sains pun saya suka.

kimia best
sains senang
mate mudah...

saya cinta mate, kimia dan sains. Saya cinta juga suami saya. heheheh