Thursday, January 28, 2010

Kenangan Di SHG.

Semalam sedang saya menitiskan air mata melihat program bersamamu ada mesej yang masuk. Hanya bertulis ungkapan salam. Pelik. Maka salamnya saya balas.

Rupanya dia. Pelajar saya di SHG. Sekolah Henry Gurney yang banyak mengajar saya tentang kehidupan.

Syukran pelajarku kerana masih mengingati saya sebagai gurumu walaupun telah empat tahun kamu meninggalkan sekolah itu.

Kenangan di SHG masih terpahat dalam ingatan.

No comments: