Friday, October 28, 2011

anakku sayang, SUFI NUR IMAN

Inilah Iman tersayang. Buah hati manja ummi. Dulu kecil jer anak umi. Sekarang...anak ummi dah besar. Alhamdulillah.
 Gambar Iman semasa raya. Iman dah besar, ummi macam tak percaya anak ummi  makin besar dan makin pandai. Alhamdulillah ya ALLAH aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan padaku. Iman kini setahun lapan bulan. Dah pandai solat, dah pandai ikut orang berzikir, dah pandai ngaji, dah pandai baca doa, dah pandai merajuk, dah pandai baca buku, dah pandai angkat pinggan bila makan, dah pandai macam-macam.

Ummi sayang Iman. Sayang Iman sangat-sangat sangat.

Wednesday, October 19, 2011

Filem kita dan kita

Filem mencerminkan kita. Tapi dalam semenjak dua menjak ini, filem kurang mencerminkan kita. Atau barangkali saya boleh membetulkan filem sekarang adalah bukan sebahagian daripada kita! Bagai satu kewajipan setiap filem pasti ada babak-babak masuk disko, minum arak, melakukan seks bebas dan segala keruntuhan akhlak itu bagaikan satu budaya dalam masyarakat kita. Islam tidak mengajar kita akur dengan kejahilan, Islam tidak mengajar kita membenarkan kemaksiatan, Islam langsung tidak membenarkan kita menjahanamkan diri kita dengan arak atau sebarang yang boleh memudaratkan.

Nota saya: Barangkali, filem adalah cerminan artis-artis kita. Barangkali juga ya, kerana hidup mereka terlalu bebas dan bersosial. Dan mereka pula tiada segan silu melakonkan watak itu. Erm...

Sedih sunggh menyedihkan apabila filem yang tiada moral diangkat sampai mencecah berjuta-juta kutipannya. Jelas menunjukkan kemaruk hiburan, budaya hedonisme telah merasukki fikiran dan jiwa anak mudi kita. Sampai tiada nilai sensetiviti di hati kita sebagai orang Islam apabila kita membenarkan segala kejahilan dan kelantungan dengan gelak ketawa tanpa ada rasa marah. 8 juta orang barangkali.. erm angka yang banyak tu.

Nota saya: "Malam pertama kali ke 7" antara dialog di dalam filem kita yang menyebabkan peratus menyampah saya terhadap filem meningkat secara mendadak. Rendah sungguh moral kita sebagai orang melayu yang beragama ISLAM.

Jangan hairanlah jika zaman kini , kita sering digemparkan dengan kehadiran bayi yang dijumpai di dalam longkang, jamban, dalam tong sampah, sungai dan segala tempat yang boleh disorokkan. Bayangkan, siapa yang sanggup berbuat demikian melainkan nilai kemanusian telah tercabut dari paksi kebenaran. Hanya manusia zalim sahaja yang sanggup berbuat demikian. Hanya haiwan yang bertopengkan manusia sahaja yang tergamak berbuat begitu. Hanya orang yang tiada akal dan agama sahaja yang bertindak sedemikian rupa.



Saya takut, jika kita terlalu menyajikan remaja-remaja kita dengan babak seks, keseronokkan, keganasan, minum arak, dan segala babak yang menjahamkan nilai-nilai moral, itulah nanti yang menjadi makanan minda dan ikutan mereka nanti. Mereka itu siapa? Mereka itulah generasi yang akan menerajui zaman tua kita. Mereka itulah anak-anak kita yang mungkin juga sedara kita. Bagaimana bentuk acuan, begitulah nanti jadinya mereka ini.

Kalian pernah dengar kata seorang pemimpin Islam kita iaitu Saidina Ali, jika kita ingin melihat keadaan dunia pada masa akan datang, maka lihatlah pemuda pemudinya pada hari ini iaitu generasi sekarang. Pemuda pemudi hari ini yang lazimnya membunuh dan membuang zuriat-zuriat yang dikandungkan secara haram. Pemuda pemudi hari ini yang lawaknya telah sampai ke paras dewa yang tiada seriusnya dalam tindakan, pertuturan dan pemikiran. Pemuda pemudi hari ini yang meneguk arak seperti meminum air teh bunga.

Jangan sampai satu hari nanti, segala nilai-nilai yang baik terhakis, jangan sampai satu hari nanti kita takut membiarkan anak perempuan kita bermain sendirian walau sesaat kerana perogol ada di mana-mana.

Jangan sampai satu hari nanti dunia ini kita rasa sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Hari ini kita dengar bayi dicampak dalam longkang, bayi diliwat, ramai remaja kehilangan dara, kes rogol kebanyakkan adalah suka sama suka. Hari esok apa yang bakal kita dengar ? Hari esok apa yang akan menduga kita jika hari ini kita membiarkan segala kemungkaran kemaksiatan bermaharaja lela! Nauzubillah.



Maka, wahai pengiat filem, mohon datangkan kami filem yang mendatangkan keinsafan, filem yang natijahnya kami dianugerahkan akhlak-akhlak yang mulia, filem-filem yang menjadikan kami anak-anak yang soleh solehan bukan toleh. Jauhkan kami dari filem lulucon atau seram atau ganas yang menjadi jamahan nafsu tetapi bukan makanan minda dan jiwa.

Wahai pengiat filem, jika kekayaan yang kau cari dengan mencagar maruah bangsa dan negara, fikirlah jutaan kali. Takut nanti habuan didunia kau lebat, habuan diakhirat kau semput, lantaran rata-rata mencontohi apa yang kau ajarkan di filem. Memang benar katamu, filem beginilah yang mendatangkan hasil, tapi jangan kau lupa satu filem dari luar yang hanya menceritakan tentang "sepasang kasut" sahaja mampu mendapat anugerah yang hebat. Mampu menyentuh jiwa orang yang menontonnya.



Wahai pengiat filem, jika daya penarik bagi filemmu adalah pelaris dari "makanan nafsu semata", duduk dan belajarlah ilmu keduniaan, kemanusian, kesantunan, keagamaan. Bukan tiada pengiat filem yang boleh dicontohi tapi rata-rata ego dalam ketabsuban. Filem yang berkualiti bukan dari limpahan kutipan yang diperolehi, tapi keberkesanannya memberi momentum soleh kepada penjamahnya.


YA ALLAH YA TUHANKU LINDUNGILAH AKU, KELUARGAKU, SEDARA SEISLAMKU , BAYI-BAYI KECIL SERTA kANAK-ANAK KECIL DI DUNIA INI. JAUHKANLAH AKU DAN MEREKA SEMUA DARI KECELAKAAN DAN DUGAAN YANG TIDAK MAMPU KAMI TANGGUNG YA ALLAH.

Tuesday, October 18, 2011

Seorang Tua

Lewat tahun-tahun yang lalu..

Seorang tua itu memancing saya dengan manis bicara untuk menolongnya/membantunya menulis. Seorang tua itu menjanjikan, nama saya bakal digunakan di dalam novel yang barangkali 70% nya saya yang menukilkannya ( dia hanya memberi beberapa belas atau mungkin puluhan perenggan untuk dijadikan bab : satu perenggan satu bab). Seorang tua itu meminta saya menebalkan skrip novelnya yang kurang sedikit tebalnya. Seorang tua itu meminta saya menulis tiga bab untuk novelnya yang bertajuk 'entah'. Seorang tua itu mengajak saya menulis novel bersama untuk dipertandingan sempena hari merdeka lewat lewat tahun dahulu 50 nukilan saya dan 50 lagi nukilannya (novel itu gagal). Seorang tua itu memberitahu saya yang dia telah menghantar novel bersama tersebut ke STP untuk diterbitkan tetapi memerlukan masa untuk diteliti. Bertahun saya tunggu tiada berita lagi darinya.

Dulu dan kini namanya memang megah dipersada penulisan, kini dapatannya melimpah ruah, kini dia bersenang lenang melancong ke luar negara. Alhamdulillah Allah menganugerahkannya rezeki yang banyak seperti janji Allah, siapa berusaha dia pasti berjaya.

Kagum saya dalam setahun dia dapat menghasilkan novel yang banyak. Kata orang dia adalah penulis yang berdisiplin, itu sebabnya setiap tahun dia dapat menghasilkan karyanya mengikut sasarannya. Erm saya doakan agar dia berjaya sentiasa.


Dan seorang tua itu hanya menganugerahkan saya RM 300 atas usaha saya yang pada waktu itu terlalu ghairah untuk menulis. Terlalu ghairah untuk menghasilkan sebuah buku.

Dan seorang tua itu telah membuatkan saya berfikir sepanjang panjangnya. Dan seorang tua itu telah memberi saya contoh teladan yang baik untuk menghasilkan novel. Kena berDISIPLIN!

Friday, October 14, 2011

IMAN/ MATH / KIMIA

Jumaat datang.. cepat masa berlalu. Alhamdulillah Jumaat adalah kegembiraanku. Bersama-sama suami dan anak itulah syurgaku di dunia.


UMMU IMAN

Dua tiga hari ni, Iman asyik berjaga malam. Tidurnya sering dikejutkan dengan mimpi. Mimpi apa entah.. tapi nampak agak sedikit menakutkan. Tapi apabila terjaga dari mimpinya, dia kembali ceria. Kudakap erat-erat anak yang menyinari hidupku itu. Bertanya dengan lembut,
" Kenapa sayang, ummi ada." Dia terjaga, lantas tersenyum padaku. Tangisan tadinya hilang.

"Iman, kalau Iman takut Iman baca doa ya." Mata bundarnya memandangku.
"Ya Allah , Ya Tuhanku selamatkan Iman dari gangguan dan kejahatan," ajarku. Yang mencuit hatiku dia mengangguk-angguk. Comel. Anakku sangat comel. Lantas dia lena di dalam dakapan ummi yang amat mengasihaninya.


CIKGU YALIN_CHEM

Risau, result kimia jatuh merudum. Nasib baik masa mash ada. Akan berusaha meningkatkan GRED pelajar.


CIKGU YALIN_MATHS

Alhamdulillah ada peningkatan. Moga kejayaan milik pelajar-pelajarku di 5 marjan/5 fiddah. Ustazah sentiasa mendoakan kalian. Amin.


ZAUJAH_RIZA

Moga aku menjadi yang terbaik buatnya..


INSAN YALIN

Tiba-tiba cintaku pada pena kembali berbunga. Rindu akan nama INSAN YALIN.

Thursday, October 13, 2011

Saturday, October 08, 2011

Segalanya....

RUTIN

Kerja yang agak memenatkan, tapi ada terselit sedikit keseronokan. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan. Lebih baik menjaga PMR dari SPM yang menjauhkan saya dari si dia ( suami tercinta). Buat studentku 3 sakinah... moga kalian buat yang terbaik paper MATHS pada hari Isnin ini. Berusaha anak-anakku sayang. Moga yang terbaik hanya buat kalian, itu doaku.


KENANGAN

SHG mencatit sejuta kenangan buatku. Kegawatan mencari kerja sewaktu dulu, menganugerahkan satu idea untuk menjalankan tuisyen dari rumah ke rumah (Home tuisyen). Alhamdulillah berkat kesabaran, peluang demi peluang muncul. Mulanya ditawarkan mengajar di dua buah pusat tuisyen, kemudian dipelawa oleh Puan Sopiah (ibu kepada pelajar home tuisyen) untuk mengajar di SHG, maka di situlah kenangan indahku bermula... secalit kenangan telah ku abadikan di dalam sebuah cerpen ANIMO SEORANG GURU yang pernah disiarkan di majalah DAF lewat masa dahulu.

Kini alhamdulillah... aku adalah seorang guru di MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. Mungkin nanti aku akan bercerita tentang itu.


SUFI NUR IMAN

Hari ke hari dialah pencetus keceriaan, kegembiraan dikalbuku. Melihat dia membesar adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Dialah permata kecintaanku. kini usianya setahun tujuh bulan. Wahai ibu-ibu aku kini telah menyelami satu rasa nikmatnya menjadi seorang ibu.


SUAMIKU MK RIZA

Kaulah insan yang kucinta sepenuh hatiku..moga percintaan kita hingga ke SYURGA. Amin.