Wednesday, October 19, 2011

Filem kita dan kita

Filem mencerminkan kita. Tapi dalam semenjak dua menjak ini, filem kurang mencerminkan kita. Atau barangkali saya boleh membetulkan filem sekarang adalah bukan sebahagian daripada kita! Bagai satu kewajipan setiap filem pasti ada babak-babak masuk disko, minum arak, melakukan seks bebas dan segala keruntuhan akhlak itu bagaikan satu budaya dalam masyarakat kita. Islam tidak mengajar kita akur dengan kejahilan, Islam tidak mengajar kita membenarkan kemaksiatan, Islam langsung tidak membenarkan kita menjahanamkan diri kita dengan arak atau sebarang yang boleh memudaratkan.

Nota saya: Barangkali, filem adalah cerminan artis-artis kita. Barangkali juga ya, kerana hidup mereka terlalu bebas dan bersosial. Dan mereka pula tiada segan silu melakonkan watak itu. Erm...

Sedih sunggh menyedihkan apabila filem yang tiada moral diangkat sampai mencecah berjuta-juta kutipannya. Jelas menunjukkan kemaruk hiburan, budaya hedonisme telah merasukki fikiran dan jiwa anak mudi kita. Sampai tiada nilai sensetiviti di hati kita sebagai orang Islam apabila kita membenarkan segala kejahilan dan kelantungan dengan gelak ketawa tanpa ada rasa marah. 8 juta orang barangkali.. erm angka yang banyak tu.

Nota saya: "Malam pertama kali ke 7" antara dialog di dalam filem kita yang menyebabkan peratus menyampah saya terhadap filem meningkat secara mendadak. Rendah sungguh moral kita sebagai orang melayu yang beragama ISLAM.

Jangan hairanlah jika zaman kini , kita sering digemparkan dengan kehadiran bayi yang dijumpai di dalam longkang, jamban, dalam tong sampah, sungai dan segala tempat yang boleh disorokkan. Bayangkan, siapa yang sanggup berbuat demikian melainkan nilai kemanusian telah tercabut dari paksi kebenaran. Hanya manusia zalim sahaja yang sanggup berbuat demikian. Hanya haiwan yang bertopengkan manusia sahaja yang tergamak berbuat begitu. Hanya orang yang tiada akal dan agama sahaja yang bertindak sedemikian rupa.



Saya takut, jika kita terlalu menyajikan remaja-remaja kita dengan babak seks, keseronokkan, keganasan, minum arak, dan segala babak yang menjahamkan nilai-nilai moral, itulah nanti yang menjadi makanan minda dan ikutan mereka nanti. Mereka itu siapa? Mereka itulah generasi yang akan menerajui zaman tua kita. Mereka itulah anak-anak kita yang mungkin juga sedara kita. Bagaimana bentuk acuan, begitulah nanti jadinya mereka ini.

Kalian pernah dengar kata seorang pemimpin Islam kita iaitu Saidina Ali, jika kita ingin melihat keadaan dunia pada masa akan datang, maka lihatlah pemuda pemudinya pada hari ini iaitu generasi sekarang. Pemuda pemudi hari ini yang lazimnya membunuh dan membuang zuriat-zuriat yang dikandungkan secara haram. Pemuda pemudi hari ini yang lawaknya telah sampai ke paras dewa yang tiada seriusnya dalam tindakan, pertuturan dan pemikiran. Pemuda pemudi hari ini yang meneguk arak seperti meminum air teh bunga.

Jangan sampai satu hari nanti, segala nilai-nilai yang baik terhakis, jangan sampai satu hari nanti kita takut membiarkan anak perempuan kita bermain sendirian walau sesaat kerana perogol ada di mana-mana.

Jangan sampai satu hari nanti dunia ini kita rasa sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Hari ini kita dengar bayi dicampak dalam longkang, bayi diliwat, ramai remaja kehilangan dara, kes rogol kebanyakkan adalah suka sama suka. Hari esok apa yang bakal kita dengar ? Hari esok apa yang akan menduga kita jika hari ini kita membiarkan segala kemungkaran kemaksiatan bermaharaja lela! Nauzubillah.



Maka, wahai pengiat filem, mohon datangkan kami filem yang mendatangkan keinsafan, filem yang natijahnya kami dianugerahkan akhlak-akhlak yang mulia, filem-filem yang menjadikan kami anak-anak yang soleh solehan bukan toleh. Jauhkan kami dari filem lulucon atau seram atau ganas yang menjadi jamahan nafsu tetapi bukan makanan minda dan jiwa.

Wahai pengiat filem, jika kekayaan yang kau cari dengan mencagar maruah bangsa dan negara, fikirlah jutaan kali. Takut nanti habuan didunia kau lebat, habuan diakhirat kau semput, lantaran rata-rata mencontohi apa yang kau ajarkan di filem. Memang benar katamu, filem beginilah yang mendatangkan hasil, tapi jangan kau lupa satu filem dari luar yang hanya menceritakan tentang "sepasang kasut" sahaja mampu mendapat anugerah yang hebat. Mampu menyentuh jiwa orang yang menontonnya.



Wahai pengiat filem, jika daya penarik bagi filemmu adalah pelaris dari "makanan nafsu semata", duduk dan belajarlah ilmu keduniaan, kemanusian, kesantunan, keagamaan. Bukan tiada pengiat filem yang boleh dicontohi tapi rata-rata ego dalam ketabsuban. Filem yang berkualiti bukan dari limpahan kutipan yang diperolehi, tapi keberkesanannya memberi momentum soleh kepada penjamahnya.


YA ALLAH YA TUHANKU LINDUNGILAH AKU, KELUARGAKU, SEDARA SEISLAMKU , BAYI-BAYI KECIL SERTA kANAK-ANAK KECIL DI DUNIA INI. JAUHKANLAH AKU DAN MEREKA SEMUA DARI KECELAKAAN DAN DUGAAN YANG TIDAK MAMPU KAMI TANGGUNG YA ALLAH.

No comments: