Tuesday, October 18, 2011

Seorang Tua

Lewat tahun-tahun yang lalu..

Seorang tua itu memancing saya dengan manis bicara untuk menolongnya/membantunya menulis. Seorang tua itu menjanjikan, nama saya bakal digunakan di dalam novel yang barangkali 70% nya saya yang menukilkannya ( dia hanya memberi beberapa belas atau mungkin puluhan perenggan untuk dijadikan bab : satu perenggan satu bab). Seorang tua itu meminta saya menebalkan skrip novelnya yang kurang sedikit tebalnya. Seorang tua itu meminta saya menulis tiga bab untuk novelnya yang bertajuk 'entah'. Seorang tua itu mengajak saya menulis novel bersama untuk dipertandingan sempena hari merdeka lewat lewat tahun dahulu 50 nukilan saya dan 50 lagi nukilannya (novel itu gagal). Seorang tua itu memberitahu saya yang dia telah menghantar novel bersama tersebut ke STP untuk diterbitkan tetapi memerlukan masa untuk diteliti. Bertahun saya tunggu tiada berita lagi darinya.

Dulu dan kini namanya memang megah dipersada penulisan, kini dapatannya melimpah ruah, kini dia bersenang lenang melancong ke luar negara. Alhamdulillah Allah menganugerahkannya rezeki yang banyak seperti janji Allah, siapa berusaha dia pasti berjaya.

Kagum saya dalam setahun dia dapat menghasilkan novel yang banyak. Kata orang dia adalah penulis yang berdisiplin, itu sebabnya setiap tahun dia dapat menghasilkan karyanya mengikut sasarannya. Erm saya doakan agar dia berjaya sentiasa.


Dan seorang tua itu hanya menganugerahkan saya RM 300 atas usaha saya yang pada waktu itu terlalu ghairah untuk menulis. Terlalu ghairah untuk menghasilkan sebuah buku.

Dan seorang tua itu telah membuatkan saya berfikir sepanjang panjangnya. Dan seorang tua itu telah memberi saya contoh teladan yang baik untuk menghasilkan novel. Kena berDISIPLIN!

3 comments:

diyanordin said...

Dan kerna itu akak mesti kembali menulis.

Rindu membaca tulisan akak seperti dulu.

Caiyok kak!

yalin said...

salam adik Diya....
huhu berusaha..
nanti jumpa cuti sekolah nanti yer

Humaira' said...

.. Orang tua itu sedang tercari-cari dirimu!

Rujuk: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3932555235965&set=a.1104652420162.2016878.1342311210&type=1&permPage=1