Monday, November 14, 2011

M.K RIZA


Hujung minggu lalu ( yakni semalam) namanya tercatat di ruang cerpen. Semalam juga gambarnya tersisip bersebelahan namanya. Anak kecil yang mengenali gambar ayahnya, meyebut ayah..ayah berkali, jari kecilnya menunjuk ke arah gambar tersebut. Pandai anak kecil itu...

Cerpen 'Hantu Istana Kellie' mendapat tempat di dada akhbar. Tahniah. Moga kejayaan demi kejayaan menyusul dalam hidupmu.  

Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.

Thursday, November 10, 2011

Hujung Tahun



Salam hujung tahun...
Cepat masa berlalu,  minggu depan anak-anakku di 5 Marjan, 5 Fiddah dan 5 Zahab bakal menempuh peperiksaan SPM. Moga yang terbaik dapat mereka lakukan untuk diri mereka sendiri. Moga mereka sedar ilmu itu sangat penting dan wajib difahami sesungguhnya. Ya Allah Kau permudahkan urusan anak-anakku, kau terangkan hati mereka, agar mereka dapat menjawab segalanya dengan baik.

Cuti hujung tahun juga alhamdulillah dapat memamah jarak ruang dan waktu antara Iman dan ayahnya. Kasihan anak kecil itu yang sering berjauhan dengan ayahnya. Setahun 8 bulan 26 hari usianya. Anak kecil itu telah pandai menyebut ALLAH HU AKBAR atau ALLAH setiap kali barang mainannya jatuh. Pandai menyanyi sorang-sorang akan lagu yang umminya ajarkan.

saya ayam kok kok kok
saya burung twit twit twit
saya kucing meow meow meow
kami bunyi kok kok kok, twit twit twit, meow meow meow.

tercuit hati mendengarnya menyanyi tanpa nada yang betul. Pandai sungguh anakku. Dia juga kini pandai membilang satu dua tiga mengikut caranya. Ya Allah, aku bersyukur kerana berpeluang menjadi seorang ibu. Alhamdulillah Ya Allah, kerana ia adalah detik yang amat berharga buatku.

Iman juga pandai nak duduk sorang-sorang di kerusi belakang dalam kereta. Hehe

Erm hujung tahun bakal menjelma.. moga aku dapat menjadi pendidik, ibu dan anak yang hebat buat pelajarku, buat anakku Sufi Nur Iman dan buat ibuku NOR AZIAN OMAR.

Hidup Yalin, moga yang terindah bakal menyinari hidupku!