Thursday, December 08, 2011

Tap! Tap! Bunyi lap top berlaga dengan jari



Hari ini sengaja menemukan jari dengan abjad-abjad di papan kekunci lap top. Biar tiada lagu rindu berkumandang. Sufi Nur Iman sedang lena di atas katil. Barangkali hujan yg turun, cuaca yang suram menyedapkan tidurnya. Umminya mengambil kesempatan untuk menulis sambil sekali sekala mata mencuri pandang akan anak yang dikasihi. Betapa umminya ini amat menyintai anaknya itu.

Lebih dua minggu tinggal di sini. Rutin. Cuti sekolah pasti kediaman ini akan dijejaki. Entah sampai bila berjauhan dan hanya dekat apabila tiba musim cuti sekolah. Erm walau bagaimana pun kesyukuran dipanjat. Syukur ya Allah.

Teringat kawan-kawan yang dapat berpindah.... alamak iman dah bangun. huhu comel jer dia bangun dan turun dari katil sambil memanggil ummi. hehehe nanti-nantilah saya sambung coretan ini.. :)

sambung kembali...

Tahun depan, Balkish, Zulia, Ustazah Husna, dan salah seorang cikgu lelaki sekolah saya akan bertukar. Tahniah buat mereka. Penantian mereka sudah berakhir. Alhamdulillah Allah mengkabulkan permintaan mereka. Saya turut gembira bagi pihak mereka.

Cuma saya sedih sedikit apabila adik saya yang saya kasih iaitu Ustazah Husna akan berpindah. Saya baru rasa ikatan ukhwah antara kami mula terbina. Kasih sayang mula bercambah. Tiba-tiba dia perlu bertukar. Saya doakan segala yang terbaik buat adik saya yang dikasihi.

Saya pula, entahlah. Rasanya bumi maahad ini bagai telah mengikat kaki saya. Berat rasanya untuk mengisi e-pertukaran. Erm moga ALLAH menunjukkan jalan buat saya. 
Malam kian larut.. Iman yang tadinya tidur kini berjaga. Cuti sekolah ni jam 12.30 malam hingga dua pagi bagaikan awal hari untuknya. Jenuh melayan kerenahnya bermain. Pukul dua nanti baru dia akan lena semula. Iman Iman...
sayang iman.




Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.