Aku datang dari-Nya dan aku pasti akan kembali pada-Nya. Hanya ALLAH tempat aku bergantung segalanya dan hanya ALLAH tempat aku meminta sebarang pertolongan. Hanya ALLAH...hanya ALLAH. (Ummu Iman/ Cikgu yalin_chemistry/maths / Insan Yalin)
Tuesday, February 14, 2012
Salam penuh kecintaan
Gambar Iman masa kecil, sekarang iman 2 tahun :)
Hari ini adalah hari cinta, cinta yang menitip sejuta rasa kebahagian, cinta yang menjemput hadir satu rasa yang sukar dinyatakan dari dalam lubuk hati yang paling dalam.
Cinta yang mengamit rasa keimanan, kesyukuran, kepuasan dan nikmat menjadi seorang ummi. Dan tatkala melihat cinta membesar di hadapan mata dengan keindahan dan kepandaian berserta kepetahan bersulam kecerdikan, terasa bertapa indahnya dunia ini.
Syukran Ya Allah kerana izinMu, aku ternobat seorang ummi. Dengan izinMu, ku merasai nikmatnya bersama-sama membesarkan cinta kami, Sufi Nur Iman. Dan syukran juga buatMu Ya Allah dengan berkat izin dan kekuasaanMu dalam diri ini ada satu lagi cinta yang bernadi yang bakal menyerikan hidupku nanti. Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu itu, hambaMu ini bersyukur sepenuh hati.
Alhamdulillah.. alhamdullilah ..alhamdulillah
Buat permata hati pengarang jantung Sufi Nur Iman, kaulah permata bernilai, cinta hatiku, intan payungku, buah hatiku. Selamat hari jadi sayang. Dan untuk tahun mendatang hari jadimu akan ummi sambut pada setiap 29 safar mengikut kalendar Hijrah.
Ya Allah, Kau peliharalah anakku selama mana dia berada di muka bumiMu Ya Allah, Kau jauhkan dia dari sebarang kecelakaan dan kejahatan manusia dan mahkluk.Kau peliharalah dia. Moga dia membesar dengan sihat dan sejahtera dan bahagia sentiasa di dunia dan juga di akhirat. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
