Friday, November 29, 2013

call


SITUASI 1

kenapa dia call abang? pertanyaan sang suami yang membuatkan A.Zalilah terkedu. Tersagat hati mendengar ungkapan sangsuami. BUkankah suami insan terhampir dengan isteri, tentu sahaja jika seseorang kenalan itu gagal dihubungi, maka insan yang paling hampirlah akan ditanyakan.

Kenapa dia tak call mama jer? sambung sang suami tanpa menghiraukan hati isteri yang remuk. Dalam hati isteri tertanya - tanya, salahkah jika insan berkenaan menghubungi suaminya. hanya bertanyakan tentang resit pembayaran.

Tiba-tiba hp sang suami berbunyi.

"Salam en Azir, en satu tempat kerja dengan I.Zalilah ke?"
"Ya, ada apa yang saya boleh bantu." tanya sang suami dengan ramah berkhemah.
"Saya nak emelkan satu manuskrip padanya, boleh en Azir sampaikan?"
"Boleh tiada masalah."

Dan talian ditamatkan.

Sang isteri lagi terkedu. Tiada keluhan dari mulut sang suami. Rupanya begitu afalnya sang suami. Insan ditempat kerja menjadi keutamaan sedangkan sedikit berkaitan isteri dirungut-rungutkan.

Sang isteri mula terfikir, barangkali dia perlu menukar no warisnya kepada nombor yang bukan milik suaminya.



SITUASI  2

"Sayang tadi orang yang sayang beli barang dengannya telefon abang. Nasib baik perasan. Abang dah mesejkan maklumat yang diminta. "

" ya ke? alhamdulillah syukran abang,"

Tiba-tiba hp sang suami berbunyi.

"Salam en Azir, en satu tempat kerja dengan I.Zalilah ke?"
"ya saya, kenapa ya encik?"
"Saya nak emelkan satu manuskrip padanya, boleh en sampaikan"
"Saya rasa baik encik terus emelkan ke emelnya, itu adalah lebih baik, nanti saya msgkan alamat emelnya"
"terima kasih en"
"sama-sama"


Note:Tiba-tiba terasa ingin menjadi penulis novel tentang cinta. Agak sukar juga untuk menimbulkan konflik rumah tangga. Sukar juga menjadi penulis, berbanding editor yang tugasnya hanya mencantikkan bahasa dan susunan ayat. Penulis perlu membernihkan idea. editor membetulkan dan mencantikkan bahasa.

Teringin menghasilkan novel dengan suami, tetapi suami tidak pernah berminat untuk berduet. Bahana saya insan yalin insan biasa- biasa sahaja di matanya. Barangkali mungkin berduet dengan iman imanku sayang. hehe agak menarik.







Thursday, November 28, 2013

cinta nan indah

cinta itu nikmat
jika sarat dengan kasih sayang
erat memahami
padu penkongsian
dilimpahi kata kata cinta nan indah
penuh sentuhan kasih

cinta itu azab
jika cinta berpaling arah
tiada kefahaman
suka pengasingan
sarat kejian
kaku sentuhan

Thursday, November 14, 2013

JIKA ANDA RASA TIDAK DIHARGAI



JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI.... anda perlu bersabar tidak semua orang di dunia tahu menghargai orang disekelilingnya.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI.... anda berhentilah mengharap untuk dihargai. Supaya hati anda tidak disakiti dengan teruk.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI oleh orang yang anda kasih, ada perlu sedar bahawa kasihnya untuk anda sudah tiada.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI... anda berpalinglah dari mencintainya lebih kepada meyintai PENCIPTA lebih.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI... lihatlah anak-anak anda. Mereka sangat sayang dan menghargai diri anda.



Ikan di laut, Asam di darat


 





Manusia ni dilahirkan dengan perasaan. Perasaan yang berwarna-warni itulah yang menceriakan hidup kita.Kadang kala jarang ada orang yang betul betul memahami kita sepenuhnya. Barangkali mungkin hanya Allah yang memahami kita. Bukankah ALLAH yang menciptakan kita, jadi HANYA DIA yang memahami ciptaanNya.Hanya DIA.


Bercakap mengenai perempuan. Perempuan atau isteri amat pantang sekali apabila:

1. Di dalam handset baru suaminya, terdapat gambar suaminya dengan rakan sekerja perempuan. Walaupun terdapat 3 orang yang bergambar, tetapi apabila melihat wajah suaminya yang tersenyum bahagia seolah-olah gembira berjumpa dengan kenalan lama terasa sangat menyakitkan. Seharusnya gambar yang perlu pertama sekali ada dalam hp baru si suami adalah gambar isteri dan anak-anak.

2. Apabila dia menerjah masuk ke dalam FB suaminya terdapat private message antara suami dan rakan sekerjanya yang tidak mengira waktu. Sedangkan pada waktu itu suaminya berada dalam situasi yang masam kerana ada musibah yang berlaku. Berada dalam kerisauan yang teramat, masam sahaja kelihatan tetapi masih mampu dan berupaya berbalas mesej dengan seseorang yang bergelar perempuan lain di belakang isterinya.

3. Apabila terdapat gurau-gurau manja antara suami dan rakan sekerja sedangkan, untuk bermesej dengan si isteri amat payah. Perlu si isteri yang memulakan dahulu. Contohnya abang, i love u. Baru msg itu dibalas jika tidak beku dengan isteri tetapi mesra alam dengan perempuan lain.

4. Suami yang tidak pernah menghargai  kewujudan isterinya. Tetapi sangat menyantuni perempuan lain. Dengan kata lain, hati perempuan lain perlu dijaga, hati isteri sendiri tidak mengapa.

5.Suami yang tidak mahu berkongsi apa-apa. Seolah-olah ada sesuatu yang disorokkannya. Ingat perkahwinan itu adalah satu perkongsian hidup, jika rasa beban berkongsi baik berpisah sahaja.

6.Suami yang payah memegang tangan isterinya, seolah-olah ada najis muhalazah di telapak tangan isterinya.

7. Suami yang masam mencuka apabila menjaga anak. Tidak terfikirkah dia bagaimana isterinya menjaga anak-anak semasa ketiadaan dia.

8. Suami yang sekali sekala berjumpa isterinya tetapi sewaktu berjumpa tiada kelihatan gembira pun di wajah suaminya.Seolah-olah memberitahu jauh itu lebih baik.

9. Suami yang memberi ingatan kepada isterinya bahawa FB itu tempat formal dimana rakan-rakannya terdiri daripada org-org yang terkenal, maka sila jangan tulis yang bukan-bukan di dinding Fb. Sedangkan rata-rata kawannya menulis yang bukan-bukan sebagai contoh tak berpuasa di bulan ramadan, uzur dan sebagainya. Perkara itu amat menjengkelkan.

10. Suami yang tidak sedar akan kesalahannya kemudian mengungkit yang bukan-bukan yang tak masuk akal, sehingga menyebabkan isterinya menyampah!

huhu moga saya dijauhi dari mendapat suami yang sedemikian rupa. Moga hidup saya bahagia dan diberkati sentiasa dengan buah-buah hati tercinta. Buat suami2 hargailah apa yang kamu ada, jangan memuji kecantikan perempuan lain lebih dari isteri sendiri, jangan menyantuni perempuan lain lebih dari isteri sendiri, jangan suka atau berminat pada perempuan lain lebih dari isteri sendiri.  Jika berminat juga beritahu isteri anda terlebih dahulu supaya dia dapat prepare untuk hidup tanpa kamu.


Wednesday, November 13, 2013

Terima kasih Allah.

Rutin melawat ke klinik kesihatan CJ. Bersama buah hati  Faqeha yang juga terlewat tarikh temujanji. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Hari ini doktor yang baik hati di klinik tersebut membuat imbasan baby di dalam perut. SubhanAllah, maha suci Allah, kagum melihat baby di dalam perut yang bergerak-gerak menerusi monitor komputer. Terasa betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan sekian makhluk. Terasa comelnya anak di dalam rahim yang masih kecil sebesar 3/4 dari saiz tapak tangan meronta-ronta dan bergerak-gerak di dalam perut. Hari yang sungguh mengujakan dan sangat mengembirakan saya. Terima kasih Allah. Insan Yalin cinta Allah!

Jauh

Kita dekat tapi jauh
Hati kita tak bersatu
Jiwa kita sudah tidak selari
Haluan kita telah membentuk dua jalan berbeza yang tiada titik temu

Rahsia kita pegang masing-masing
perkongsian telah lama mati
cinta kian terkubur
Ikatan wujud hanya terdesak

Di mata sudah pudar sinar cinta
Di bibir tiada senyuman bahagia
Hanya senyuman hambar

Jika dulu
aku memandangnya dengan selaut cinta membara
dia membalas dengan pandangan kosong yang pudar
kini aku belajar memandangnya
dengan kosong rasa
agar jiwa tidak sakit
dengan ketidak endahnya

Monday, October 21, 2013

Iman-Imanku Sayang..

Bagi saya anak-anak adalah segalanya. Saya belajar satu benda hari ini. Hari ini ada insan yang bercerita tentang peristiwa di Gua Hirak, ketika Jibrail menyampaikan wahyu yang pertama kepada Rasullullah saw. Ketika Rasullulah saw berkata saya tak tahu membaca, Jibrail memeluk Rasulullah saw berkali. Insaf seketika, begitu jugalah cara kita mendidik anak. Selalunya jika anak tidak tahu dan tidak mahu, kita memarahinya. Sepatutnya kita memeluknya dengan kasih sayang..

Cantik dan indahnya didikan Islam itu.InsyaAllah anak-anak ummi akan sentiasa mendapat pelukan, ciuman dan kasih sayang.

Sufi Nur Iman
Iman Nur Faqeha
Muhammad Iman Al Fatih atau Nur Hidayatul Iman/ Nur Izzatul Iman (nama-nama pilihan bakal anak no 3)

Thursday, September 12, 2013

insaf

pregnancy test menunjukkan dua line, perang kata-kata terasa sungguh bahaya. takut nanti melahirkan zuriat yang nakal dan tidak soleh. mula beramal, untuk memastikan iman al fateh atau hidayahtul iman menjadi anak yang soleh.

Tuesday, September 10, 2013

perang saraf ii

Kelakar. Komuniti Terencat Baka Malaysia bila berfb jelas kelihatan ketidakmatangan dalam ilmu cara hidup sempurna. Rata-rata bercakap menunjangkan akal bersalut nafsu. barangkali konsep darwin telah memamah tatasusila dan adab sesama monyet, makhluk  dan juga manusia.

mereka sangat gembira berada di dalam ruang lingkup mereka. sehinggakan tidak hairanlah kualiti kerja yang mereka buat sangat rendah. ramai yang menggadu dan yang paling best ada komuniti itu yang disaman lantaran hasil kerja yang rendah.

mereka seharusnya mengurangkan aktiviti sosial melampau mereka serta kembali kepada pencipta.mereka patut buang sikap ambil ringan dan mudah ttg ilmu cara hdp sempurna mereka.mereka perlu didedahkan ttg ilmu halal haram.moga mereka dirahmati Khalid.

kesimpulannya mereka amat menjengkelkan...

Monday, September 09, 2013

Perang Saraf..

Saya sedang melancarkan perang saraf terhadap seseorang.Saya harap dia bersedia. Saya akan menggunakan segala-galanya untuk menyakiti hatinya. Hehe saya telah bertukar menjadi sangat jahat. Nantikan kejahatan saya itu.

Perang saraf yang pertama.
Staf-staf di Komuniti Terencat Baka Malaysia atau ringkasannya KTBM, komunitinya rata-rata terencat bakanya lantaran ketidak sempurnaan yang berlaku kepada mereka. Difahamkan, komuniti itu telah menerima teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada monyet. Dan komuniti Darwin ini sanggup bergambar bogel seperti monyet dan menganggapkannya sebagai satu seni.

Komuniti ini juga amat sosial sekali. Hubungan antara monyet-monyet jantan dan betinanya tiada batasnya. Berdua-duaan adalah perkara biasa dan apabila bergambar rata-rata suka berada dalam keadaan yang sangat rapat. Tetapi yang anehnya... mereka bersifat begitu hanya dalam kalangan mereka sahaja. Jika dengan kamuniti lain. Mereka akan berjauhan.

itu sahaja laporan untuk hari ini. Sekian terima kasih

Thursday, August 29, 2013

bodoh!

saya tak pernah terfikir yang saya akan membesarkan anak-anak saya sendiri. saya tak pernah terfikir saya akan berjauhan dengan suami sampai bertahun-tahun. jujur saya katakan saya akan rasa sedih dan tertekan melihat anak-anak saya bagai kurang kasih sayang.

saya akan rasa sangat sedih dan sedih dan sedih bila melihat anak saya tertidur tanpa sempat saya memenuhi manjanya yang sarat. jujur saya rasa amat bersalah dan menyesal kerana menasihatinya seolah-olah dia seperti anak dewasa. saya berasa saya seakan orang bodoh yqng mengharapkan anak tiga tahun itu menjaga dan melihat adiknya untuk saya memenuhi keperluan saya untuk ke tandas atau sebagainya.

saya juga merasakan saya memang insan yang bodoh apabila sedikit marah kepada anak tiga tahun itu jika adiknya mengalami kesakitan.

saya memang ummi yang sangat bodoh! saya berasa sangat hodoh apabila tidak meminta pd Allah sebaliknya sering mengharapkan seseorang menolong saya. Saya harap Allah hadiahkan saya kekuatan, kesungguhan, kesabaran, ketaatan, kecukupan, ketaqwaan dan kebahagiaan dalam hidup saya. Jauhkan saya dari sifat dan perasaan jahat . jauhkan saya dan anak-anak saya juga dari gangguan syaitan.

saya bangga menjadi ummi iman dan faqeha. iman kini telah mula menghafal surah al ikhlas, an nas, al fatehah dan ayat kursi selain rajin bersolat. faqeha juga pandai menundukkan dahinya di dada tikar sejadah jika diajak bersolat.... kalian amat mengkagumkan.

Monday, August 26, 2013

hari-hari itu adalah satu hidupan


Hanya orang yang hidup mempunyai rasa,
orang yang mati, segala derianya mati,
tiada apa yang hidup,
 kecuali kekakuan dan kesejukkan.

Orang hidup, emosinya sarat,
rasa cukup dan kurang rasa bercampur baur,
ada saja yang tidak kena,
ada sahaja yang kena,
nafsu seringkali memandu akal,
jarang sekali akal memandu nafsu,
nafsu petunjuk jalan,
menjadi tunjang kehidupan,
natijah,
bau bau lantung,
yang busuk meloyakan terhidu.


Hassan Al-Banna berkata: Kemenangan & kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, bersabar menanggung kesusahan dan kemiskinan.


Friday, August 09, 2013

Salam lebaran

Saya rasa tahun ini, Ramadan berlalu dengan pantas sekali. Saya belum menghayati Ramadan dengan tekun, tiba-tiba khabaran esok raya menerjah. Sedikit walang dan menyesalnya saya kerana tidak menghayati Ramadan dengan baik. Moga ada lagi Ramadan buat saya tahun hadapan. Ya Allah moga tahun depan ada Ramadan buatku lagi. Amin.

Sufi Nur Iman dan Iman Nur Faqeha  agak teruja menyambut raya. Seronok melihat Iman Nur Faqeha berjalan-jalan dengan baju kurung barunya. Jalan yang tidak berhenti-henti. Barangkali teruja apabila dapat berjalan dalam usia yang agak muda. (10 bulan sudah pandai berjalan). Anak itu bakal setahun pada 7 Syawal ini.

Sufi Nur Iman, pagi-pagi lagi mengikut umminya solat hari raya. Teruja apabila pakaiannya sama dengan umminya. Hehe karenah anak-anak memang seringkali menceriakan. Bahagia melihat anak-anak bahagia. Itulah anugerah terindah yang Allah berikan kepada semua ummi-ummi di dunia. Tq Allah.

Raya ini saya beraya di Batu Kurau, keluarga belah suami. InsyaAllah esok, saya sekeluarga akan bertolak ke Batu Gajah. Tak sabar nak jumpa keluarga belah Batu Gajah. Di Batu Kurau, petang Rabu mak dan abah sibuk membakar lemang. Seronok juga melihat mereka membuat lemang. Adik ipar saya tidak ketinggalan belajar cara membuat lemang.

Cuma raya ini saya rasa sedikit kosong. Ada ruang yang perlu disi tetapi saya tak pasti apa yang lompangnya dalam hidup saya. Moga kekosongan itu dapat diisi. Amin.

 Saya harap saya dapat menjadi orang yang bahagia dunia akhirat. Saya harap anak-anak kesayangan saya sihat. Saya harap kasih, cinta , rindu dan sayang suami saya hanya untuk saya dan anak-anak. Saya harap semua keluarga saya berada dalam keadaan sejahtera. Saya harap guru-guru yang pernah mengajar saya bahagia dunia akhirat. Saya harap Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya serta hidayah kepada semua umat manusia. Saya harap kedua ibu bapa saya bahagia dan sejahtera. Saya harap semua umat Islam dapat hidup dalam keadaan yang baik juga mati dalam keadaan yang beriman.

Saya harap syawal memberi perubahan yang besar dalam hidup saya. Moga saya menjadi hambaNya yang paling bersyukur. Moga kami sekeluarga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Selamat hari raya, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf. Semoga lembaran ini memberi rahmat kepada kita semua. Amin. Salam lebaran dari saya, Puan Nor Azlinawati Yaacob, Sufi Nur Iman, Iman Nur Faqeha dan MKRiza saya. Maaf zahir batin.

Sunday, August 04, 2013

bulan cinta

Saya ingat lagi, tahun lepas pada bulan yang sama, saya tengah sarat mengandungkan anak saya yang kedua. Iman Nur Faqeha lahir pada 7 syawal.Saya berasa sangat bersyukur dengan kelahirannya. 7 syawal bersamaan dengan 25.8.2012, yakni sehari sebelum kelahiran insan yang saya cinta 26.8.1979.

Saya sangat kasih dan cinta pada insan yang lahir pada 26.8.79 ini. Saya bertemu dengannya di laman sesawang esastera.com. Membaca profilnya saya sudah tertarik. Tertarik kemudian mengabaikannya, lantaran saya masuk ke esastera.com hanya untuk berkarya.

Satu hari tanpa diduga, saya menerima email darinya, sebagai tanda salam perkenalan dan bertukar karya.  Saya sangat tertarik dengan offer itu. Pada saya bertukar karya dapat memantapkan penulisan say3a. Tambah perkerjaannya sebagai editor membolehkan saya berkebarangkalian dapat menerbitkan buku dengannya. Hehe sungguh nakal saya.

Benjana illahi, tiada siapa yang tahu. Saya telah bertemu jodoh dengannya. Saya tidak pernah  menerbitkan buku dengannya. Saya hanya berkasih sayang dan bercinta dengannya. Saya tidak pernah berduet menghasilkan karya dengannya tetapi hanya melahirkan anak-anak yang comel untuknya. 

Saya amat kagum dengan hasil penulisan dan bukunya. Saya sangat mencintai dan mengasihi dia. Moga cinta kami hingga ke syurga. Dan saya tidak mahu insan kedua atau ketiga dalam percintaan kami kecuali anak anak.


Selamat hari lahir buat permata hati,Iman Nur Faqeha
Selamat hari lahir buat cinta hatiku, Mohd Khairul Riza

Bulan ini bulan cinta bahana ramai insan yang kucinta dilahirkan pada bulan ini.  Selamat hari lahir juga buat ayahanda tercinta pada 5 ogos 1955.

Thursday, August 01, 2013

Wira Kemerdekaan Wira Yang Terpinggir

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah yakni pencipta saya. Saya tak pernah terfikir bahawa karya ini akhirnya akan dibukukan. Saya rasa sangat teruja dan rendah diri. Syukran Pak Latip, apa yang kita usahakan akhirnya berjaya. Walaupun dekat hampir 8 tahun karya ini tanpa khabar berita.

Sungguh tiada apa yang membahagiakan bagi seorang penulis, apabila karyanya diangkat menjadi sebuah buku. Saya pernah menghantar koleksi cerpen-cerpen saya pada sebuah syarikat penerbitan. Ditolak dengan alasan rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Saya terima seadaanya. Maka koleksi cerpen cinta saya masih lagi elok dalam simpanan, satu saya telah berikan pada editor PTS untuk dinilai, tetapi dia meminta saya menukar cerpen Cinta Athia kepada sebuah novel. Hehe saya buat hanya separuh jalan kemudian terkubur.( Entah apa jadi pada salinan itu, saya pun tak tahu. Nama editor itupun saya dah lupa. Biar sajalah).Kisah ini berlaku 5 atau 6 tahun yang lalu. Hehe lama bukan?

Banyak pahit maung yang saya rasa untuk bergelar penulis. Kadang-kadang rasa diri bagai ditipu dan terasa terlalu bodoh lantaran terlalu ghairah menulis sehingga dibuli orang. Lantaran itu jugalah saya sepi sehingga malu untuk digelar insanYalin kerana sudah terlalu lama tidak menulis atau menghasilkan karya (saya hanya pandai menulis sajak dan cerpen). Dunia saya hanya untuk anak-anak dan pendidikan. Saya ingin menjadi guru KIMIA dan guru Matematik yang sangat hebat! itu matlamat saya sepanjang beberapa tahun ini.

Tapi setelah melihat buku ini. Saya teruja, terasa ingin kembali menghasilkan karya. Saya memang suka menulis.Cinta dalam bidang penulisan tak pernah terpadam, tapi hanya terkubur seketika sebelum saya berjumpa dengan semangat baru. Terima kasih semangat baru. Terima kasih ALLAH. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH berikan kepada saya. Syukran juga buat anak-anak saya yang tercinta, moga kalian akan bangga melihat nama ummi kalian yang julung-julung kali tercetak di atas buku ini. (Walaupun nama atok kalian salah. YAACOB bukan YAAKOB) sedikit terkilan tapi masih bersyukur.



Tuesday, July 30, 2013

Ramadan ini..


Sudah lama rumah saya ini sepi. Saya kesibukkan yang teramat sangat. Hahaha itu sekadar alasan zaman berzaman. Saya tidak bijak menguruskan masa untuk berblog. Masa-masa saya hanya di sekolah dan bersama anak-anak yang dikasihi iaitu Iman dan juga Faqeha.Itulah buah hati saya buat masa sekarang. Muhammad Iman Al Fateh masih belum wujud, walaupun namanya telah saya cari. Saya kuatir untuk menambah, lantaran masih berjauhan dengan insan yang terlalu ingin menjadi seseorang.

Hari-hari yang saya lalui, walaupun kadang-kadang saya rasa agak mencabar menjaga anak kesayangan dua orang ini sendiri, ada juga berita gembira yang ALLAH titipkan  kepada saya.

1. Buku saya bersama Pak Latif bakal terbit, Alhamdulillah syukur saya yang teramat-amat kepada Tuhan yang telah mencipta saya.
2. Anak saya sudah pandai berjalan. Iman Nur Faqeha. Seawal 10 bulan . (Kini dia 11 bulan beberapa hari)
3. Sufi Nur Iman sudah mula menghafal ayat kursi. Pandai ke tandas sendiri.Pandai menyuap adik makan dan sudah pandai bergaduh dengan adiknya.Dan kadang kala menunjukkan kuasa vetonya sebagai kakak.
4.Saya bersemangat mengajar kimia setelah Allah takdirkan saya bertemu dengan guru kimia dari SBPI
5. Allah titipkan kebahagian dan kecukupan serta kepuasan di hati saya setiap kali saya berbuka.Walau hanya berbuka dengan air ais yang beraneka jenis.
6. Allah telah tenangkan hati saya, jika tidak saya selalu gelisah memikirkan dia.
7. Emak saya yang sangat perihatin memasakkan lauk untuk stok berbuka dan bersahur..hehehe TERIMA KASIH EMAK.Betullah hanya engkau segalanya emak!
8. Segala urusan saya, selalunya Allah permudahkan. Tq ALLAH!

 Saya belajar menjadi insan bersyukur. Belajar menjadi ummi yang penyabar . Belajar menjadi hamba yang betul-betul mengharap bantuan hanya dari Allah.

Saya jadi bersemangat untuk menjaga anak-anak saya dengan baik.Tidak mahu menjadi insan yang tidak bersyukur. Kena selalu bersyukur. Itu matlamat hidup saya sekarang.

Saya teringat hari sabtu lepas, apabila seorang wanita tiba-tiba menegur suami saya ketika kami berada di Maidin, Meru.(kalau saya perempaun itu, saya tidak akan tegur lelaki yang hanya menjadi rakan sekelas saya semasa di tingkatan 3 heheh suami saya mesti marah, jika membacanya). Perempuan itu mendakwa dia adalah berkas kawan sekelas suami saya semasa tingkatan tiga.Dia jua menceritakan pada suami saya bahawa suaminya jauh. Samalah katanya lagi.Pada saya , situasi dia tidak sama dengan saya. Saya hanya bersendiri dengan anak-anak. Sedangkan dia, walaupun berjauhan masih tinggal bersama ibu bapanya. Saya tergelak sendirian. Pada suami saya nyatakan apa yang saya rasa.
Saya kata tak sama..Saya memang sedikit nakal. Sengaja ingin menguji hati suami sayang yang kadang-kadang saya sendiri sukar meramalkan.

Hidup ini macam-macam kadang kala apa yang kita harap tak seindah yang datang. Tapi jika kita bersyukur segalanya akan jadi tenang dan damai..

sayangku Iman dan sayangku Faqeha.. sekurang-kurangnya ummi masih ada kalian. Terima kasih sebab sudi menemani hidup ummi. Terima kasih sebab sudi dengar cerita ummi. terima kasih sebab tak jemu-jemu memanggil nama ummi. Terima kasih buat ummi rasa ummi sangat penting pada kalian. Ummi rasa sangat dihargai bila bersama anak-anak ummi.

TERIMA KASIH ALLAH..