Sunday, August 04, 2013

bulan cinta

Saya ingat lagi, tahun lepas pada bulan yang sama, saya tengah sarat mengandungkan anak saya yang kedua. Iman Nur Faqeha lahir pada 7 syawal.Saya berasa sangat bersyukur dengan kelahirannya. 7 syawal bersamaan dengan 25.8.2012, yakni sehari sebelum kelahiran insan yang saya cinta 26.8.1979.

Saya sangat kasih dan cinta pada insan yang lahir pada 26.8.79 ini. Saya bertemu dengannya di laman sesawang esastera.com. Membaca profilnya saya sudah tertarik. Tertarik kemudian mengabaikannya, lantaran saya masuk ke esastera.com hanya untuk berkarya.

Satu hari tanpa diduga, saya menerima email darinya, sebagai tanda salam perkenalan dan bertukar karya.  Saya sangat tertarik dengan offer itu. Pada saya bertukar karya dapat memantapkan penulisan say3a. Tambah perkerjaannya sebagai editor membolehkan saya berkebarangkalian dapat menerbitkan buku dengannya. Hehe sungguh nakal saya.

Benjana illahi, tiada siapa yang tahu. Saya telah bertemu jodoh dengannya. Saya tidak pernah  menerbitkan buku dengannya. Saya hanya berkasih sayang dan bercinta dengannya. Saya tidak pernah berduet menghasilkan karya dengannya tetapi hanya melahirkan anak-anak yang comel untuknya. 

Saya amat kagum dengan hasil penulisan dan bukunya. Saya sangat mencintai dan mengasihi dia. Moga cinta kami hingga ke syurga. Dan saya tidak mahu insan kedua atau ketiga dalam percintaan kami kecuali anak anak.


Selamat hari lahir buat permata hati,Iman Nur Faqeha
Selamat hari lahir buat cinta hatiku, Mohd Khairul Riza

Bulan ini bulan cinta bahana ramai insan yang kucinta dilahirkan pada bulan ini.  Selamat hari lahir juga buat ayahanda tercinta pada 5 ogos 1955.

No comments: