Friday, August 09, 2013

Salam lebaran

Saya rasa tahun ini, Ramadan berlalu dengan pantas sekali. Saya belum menghayati Ramadan dengan tekun, tiba-tiba khabaran esok raya menerjah. Sedikit walang dan menyesalnya saya kerana tidak menghayati Ramadan dengan baik. Moga ada lagi Ramadan buat saya tahun hadapan. Ya Allah moga tahun depan ada Ramadan buatku lagi. Amin.

Sufi Nur Iman dan Iman Nur Faqeha  agak teruja menyambut raya. Seronok melihat Iman Nur Faqeha berjalan-jalan dengan baju kurung barunya. Jalan yang tidak berhenti-henti. Barangkali teruja apabila dapat berjalan dalam usia yang agak muda. (10 bulan sudah pandai berjalan). Anak itu bakal setahun pada 7 Syawal ini.

Sufi Nur Iman, pagi-pagi lagi mengikut umminya solat hari raya. Teruja apabila pakaiannya sama dengan umminya. Hehe karenah anak-anak memang seringkali menceriakan. Bahagia melihat anak-anak bahagia. Itulah anugerah terindah yang Allah berikan kepada semua ummi-ummi di dunia. Tq Allah.

Raya ini saya beraya di Batu Kurau, keluarga belah suami. InsyaAllah esok, saya sekeluarga akan bertolak ke Batu Gajah. Tak sabar nak jumpa keluarga belah Batu Gajah. Di Batu Kurau, petang Rabu mak dan abah sibuk membakar lemang. Seronok juga melihat mereka membuat lemang. Adik ipar saya tidak ketinggalan belajar cara membuat lemang.

Cuma raya ini saya rasa sedikit kosong. Ada ruang yang perlu disi tetapi saya tak pasti apa yang lompangnya dalam hidup saya. Moga kekosongan itu dapat diisi. Amin.

 Saya harap saya dapat menjadi orang yang bahagia dunia akhirat. Saya harap anak-anak kesayangan saya sihat. Saya harap kasih, cinta , rindu dan sayang suami saya hanya untuk saya dan anak-anak. Saya harap semua keluarga saya berada dalam keadaan sejahtera. Saya harap guru-guru yang pernah mengajar saya bahagia dunia akhirat. Saya harap Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya serta hidayah kepada semua umat manusia. Saya harap kedua ibu bapa saya bahagia dan sejahtera. Saya harap semua umat Islam dapat hidup dalam keadaan yang baik juga mati dalam keadaan yang beriman.

Saya harap syawal memberi perubahan yang besar dalam hidup saya. Moga saya menjadi hambaNya yang paling bersyukur. Moga kami sekeluarga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Selamat hari raya, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf. Semoga lembaran ini memberi rahmat kepada kita semua. Amin. Salam lebaran dari saya, Puan Nor Azlinawati Yaacob, Sufi Nur Iman, Iman Nur Faqeha dan MKRiza saya. Maaf zahir batin.

No comments: