Thursday, November 28, 2013

cinta nan indah

cinta itu nikmat
jika sarat dengan kasih sayang
erat memahami
padu penkongsian
dilimpahi kata kata cinta nan indah
penuh sentuhan kasih

cinta itu azab
jika cinta berpaling arah
tiada kefahaman
suka pengasingan
sarat kejian
kaku sentuhan

Thursday, November 14, 2013

JIKA ANDA RASA TIDAK DIHARGAI



JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI.... anda perlu bersabar tidak semua orang di dunia tahu menghargai orang disekelilingnya.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI.... anda berhentilah mengharap untuk dihargai. Supaya hati anda tidak disakiti dengan teruk.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI oleh orang yang anda kasih, ada perlu sedar bahawa kasihnya untuk anda sudah tiada.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI... anda berpalinglah dari mencintainya lebih kepada meyintai PENCIPTA lebih.

JIKA ANDA RASA ANDA TIDAK DIHARGAI... lihatlah anak-anak anda. Mereka sangat sayang dan menghargai diri anda.



Ikan di laut, Asam di darat


 





Manusia ni dilahirkan dengan perasaan. Perasaan yang berwarna-warni itulah yang menceriakan hidup kita.Kadang kala jarang ada orang yang betul betul memahami kita sepenuhnya. Barangkali mungkin hanya Allah yang memahami kita. Bukankah ALLAH yang menciptakan kita, jadi HANYA DIA yang memahami ciptaanNya.Hanya DIA.


Bercakap mengenai perempuan. Perempuan atau isteri amat pantang sekali apabila:

1. Di dalam handset baru suaminya, terdapat gambar suaminya dengan rakan sekerja perempuan. Walaupun terdapat 3 orang yang bergambar, tetapi apabila melihat wajah suaminya yang tersenyum bahagia seolah-olah gembira berjumpa dengan kenalan lama terasa sangat menyakitkan. Seharusnya gambar yang perlu pertama sekali ada dalam hp baru si suami adalah gambar isteri dan anak-anak.

2. Apabila dia menerjah masuk ke dalam FB suaminya terdapat private message antara suami dan rakan sekerjanya yang tidak mengira waktu. Sedangkan pada waktu itu suaminya berada dalam situasi yang masam kerana ada musibah yang berlaku. Berada dalam kerisauan yang teramat, masam sahaja kelihatan tetapi masih mampu dan berupaya berbalas mesej dengan seseorang yang bergelar perempuan lain di belakang isterinya.

3. Apabila terdapat gurau-gurau manja antara suami dan rakan sekerja sedangkan, untuk bermesej dengan si isteri amat payah. Perlu si isteri yang memulakan dahulu. Contohnya abang, i love u. Baru msg itu dibalas jika tidak beku dengan isteri tetapi mesra alam dengan perempuan lain.

4. Suami yang tidak pernah menghargai  kewujudan isterinya. Tetapi sangat menyantuni perempuan lain. Dengan kata lain, hati perempuan lain perlu dijaga, hati isteri sendiri tidak mengapa.

5.Suami yang tidak mahu berkongsi apa-apa. Seolah-olah ada sesuatu yang disorokkannya. Ingat perkahwinan itu adalah satu perkongsian hidup, jika rasa beban berkongsi baik berpisah sahaja.

6.Suami yang payah memegang tangan isterinya, seolah-olah ada najis muhalazah di telapak tangan isterinya.

7. Suami yang masam mencuka apabila menjaga anak. Tidak terfikirkah dia bagaimana isterinya menjaga anak-anak semasa ketiadaan dia.

8. Suami yang sekali sekala berjumpa isterinya tetapi sewaktu berjumpa tiada kelihatan gembira pun di wajah suaminya.Seolah-olah memberitahu jauh itu lebih baik.

9. Suami yang memberi ingatan kepada isterinya bahawa FB itu tempat formal dimana rakan-rakannya terdiri daripada org-org yang terkenal, maka sila jangan tulis yang bukan-bukan di dinding Fb. Sedangkan rata-rata kawannya menulis yang bukan-bukan sebagai contoh tak berpuasa di bulan ramadan, uzur dan sebagainya. Perkara itu amat menjengkelkan.

10. Suami yang tidak sedar akan kesalahannya kemudian mengungkit yang bukan-bukan yang tak masuk akal, sehingga menyebabkan isterinya menyampah!

huhu moga saya dijauhi dari mendapat suami yang sedemikian rupa. Moga hidup saya bahagia dan diberkati sentiasa dengan buah-buah hati tercinta. Buat suami2 hargailah apa yang kamu ada, jangan memuji kecantikan perempuan lain lebih dari isteri sendiri, jangan menyantuni perempuan lain lebih dari isteri sendiri, jangan suka atau berminat pada perempuan lain lebih dari isteri sendiri.  Jika berminat juga beritahu isteri anda terlebih dahulu supaya dia dapat prepare untuk hidup tanpa kamu.


Wednesday, November 13, 2013

Terima kasih Allah.

Rutin melawat ke klinik kesihatan CJ. Bersama buah hati  Faqeha yang juga terlewat tarikh temujanji. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Hari ini doktor yang baik hati di klinik tersebut membuat imbasan baby di dalam perut. SubhanAllah, maha suci Allah, kagum melihat baby di dalam perut yang bergerak-gerak menerusi monitor komputer. Terasa betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikan sekian makhluk. Terasa comelnya anak di dalam rahim yang masih kecil sebesar 3/4 dari saiz tapak tangan meronta-ronta dan bergerak-gerak di dalam perut. Hari yang sungguh mengujakan dan sangat mengembirakan saya. Terima kasih Allah. Insan Yalin cinta Allah!

Jauh

Kita dekat tapi jauh
Hati kita tak bersatu
Jiwa kita sudah tidak selari
Haluan kita telah membentuk dua jalan berbeza yang tiada titik temu

Rahsia kita pegang masing-masing
perkongsian telah lama mati
cinta kian terkubur
Ikatan wujud hanya terdesak

Di mata sudah pudar sinar cinta
Di bibir tiada senyuman bahagia
Hanya senyuman hambar

Jika dulu
aku memandangnya dengan selaut cinta membara
dia membalas dengan pandangan kosong yang pudar
kini aku belajar memandangnya
dengan kosong rasa
agar jiwa tidak sakit
dengan ketidak endahnya