Thursday, December 24, 2015

Maulidur Rasul


Hari ini hari keputeraan Baginda Agung yakni Nabi Muhammad SAW. Rindu benar rasanya pada Insan mulia ini. Bila hati ini menyentuh tentang cerita saat-saat kewafatanmu ya Rasul betapa sayunya hati ini. Kasihmu terhadap umatmu terlalu kuat sehingga bibirmu hanya kedengaran umati umati di saat-saat akhir kehidupanmu. Ya Rasullulah SAW betapa kasihnya baginda pada kita semoga di dada kita hanya baginda rasulullah yang menjadi pujaan.

Malu rasanya
melafazkan cinta
pada dirinya
insan mulia

kerana cinta kepada rasulullah
bererti cinta kepada Allah..

suka sangat akan lagu nasyid tersebut. Ya Allah moga aku antara yang mendapat syafaat baginda kelak. Aku, kedua orang tuaku, adik beradikku, anak-anakku, suamiku dan semua ummat ISLAM bakal mendapat syafaat dari baginda rasulullah. Amin.

Sunday, December 13, 2015

HIDUP KEMBALI...

Assalamualaikum
Saya dah lama tinggalkan blog ini. Lama dan sungguh lama. Entah kenapa hati saya tergerak untuk mencari sajak-sajak lama saya di esastera.com.Hasil saya dapat adalah blog yang usang ini. Maaf saya terlupa akan kewujudan kamu. Insya Allah saya akan manfaatkan semula blog ini. Salam pertemuan semula. Moga ada manfaatnya kelak.